Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

Anugerah Mercu Sanjung (MARS) Penasihat Gemilang 2022.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2012 - 2022, 10 tahun menjadi penasihat Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) UMP. Alhamdulillah untuk Anugerah Mercu Sanjung Penasihat Gemilang 2022. Terima kasih Akademi ADAB, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang untuk anugerah ini. Selama 10 tahun ini, terlalu banyak suka duka dan jatuh bangun. Daripada  sebuah Kelab Kebudayaan UMP dinaiktaraf kepada sebuah sekretariat. Menyusun hieraki sekretariat, membimbing mahasiswa dalam membentuk jati diri dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran bakat seni serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai seni dan budaya di Malaysia terutamanya. Pernah juga, bawa mereka ke Indonesia dan Thailand sebagai ganjaran pahit manis mereka bersama SKK. Mengenali budaya luar yang serumpun. Pernah pihak pengurusan mencadangkan untuk bawa mahasiswa ke Turki, Paris atau China. Tapi mengenangkan kos yang lebih tinggi dan aku hanya boleh bawa 5 o

SSn1