BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM.... Buat pertama kali jumpa dengan rakan blogger daripada KELAB BLOGGER BEN ASHAARI . Biasanya kita borak-borak dalam whatsapp saja. Alhamdulillah. Dengan izin Allah dapat juga bersemuka. UN datang Kuantan. Kebetulan SS cuti hari tu, jadi syukur sangat Allah permudah pertemuan kami. Ingat kan jumpa seminit dua saja, rupanya siap pusing Kuantan lagi kami. Bila kenal UN ni tak rasa janggal pun. Betul, macam dah 10 tahun kenal. Seronok. Siap tawaf tempat sama 4kali. UN pun mungkin sampai dah boleh hafal jalan. 🤠Banyak pula kedai yang nak pergi tu, tutup hari Isnin. Terima kasih Ben Ashaari dan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang menjadi punca perkenalan dan pertemuan ini. Baru sorang jumpa ni. Belum berpuluh-puluh ahli lagi.
Life only begins when you're truly happy