Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua... sekadar audit diri aku dan perkongsian bersama. Allah berfirman "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, makad damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu: dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Al-Hujurat . Ayat :10 PENYAKIT LIDAH Imam Al-Ghazali menyenaraikan sifat-sifat orang yang berpenyakit lidah iaitu orang-orang yang membawa kehancuran kepada perpaduan. AL-NAMIMAH Mengadu domba / merosakan hubungan baik sesama manusia. Al-GHIBAH Menceritakan keburukan orang lain dengan niat jahat sama ada kecacatan pada badannya, agamanya, keturunannya, perangainya, perbuatannya, kedudukannya, pakaiannya, rumahnya atau kenderaannya sama ada melalui isyarat pelbagai isyarat seperti tangan, mata, godaan, celaan, tulisan, gerak laku dan segala sesuatu yang boleh difahamkan oleh orang lain. AL-ISTIHZA' Mengejek, mengutuk, menghina ...