Skip to main content

Posts

Showing posts with the label My Spontaneous

Kursus TIKTOK Content Creator

Sementara ada kesempatan untuk menimba ilmu, SS sertai satu program anjuran Kolej Komuniti iaitu Kursus TikTok Content Creator . Tidak laa SS berhajat nak jadi content creator. Tapi sekadar nak ambil ilmu sikit sebanyak. Pelajar SS semuanya ada Tiktok. Tambahan pula SS dapat tugas jaga TikTok jabatan, sebab tu SS perlu belajar terutama asas penggunaan. 

Kafe Belibis Menang Pemandangan

Cuti sekolah kan, SS dah tak tahu nak bawa Nana (anak saudara SS) ke mana lagi dah. Petang tu Nana kata nak pergi makan-makan. Lagilah mati kutu SS nak bawa. Biasa laa perempuan, itu soalan cepu emas paling susah di dunia nak jawab. Hahaha…  Jadi pusing-pusing bandar Pekan, tak fikir panjang terus ke Kafe Belibis by Icah Catering yang viral kafe dalam keretapi. Sebelum ni SS biasa pergi pagi saja. Juadah makanan dan minuman tradisional Melayu Pahang. Laksa Pahang, Opor Daging, Nasi Impit, kuih-muih dan macam-macam lagi. Terkadang yang jadi berat kaki nak pergi sini sebab sistem kedai ni tak mesra. 😅😅 Layan diri tapi tak sistematik. Pelanggan akan ulang-alik, ulang-alik banyak kali. Dah laa kedai panjang. 😅 Tapi kali ni singgah la lagi setelah sekian lama tak pergi. Mana laaa tahu kalau-kalau ada improvement better than before kan. Tapi kali ni pertama kali laa singgah waktu petang. Alhamdulillah rezeki dapat parking. Area sini mmg susah sgt nak dapat petak parking. Ada juga yan...

Ucapan Ulangtahun Kelahiran 2023

Peringatan kepada diri sendiri (Ucapan sempena ulangtahun kelahiran kepada diri sendiri) 9 Jun yang lalu..... Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Menciptakan, Sekalung penghargaan didedikasikan kepada mak abah atas pengorbanan kedua-duanya, Seutuh rasa kasih bersulam ikatan cinta untuk suami tersayang yang menggalas beratnya beban amanah mempunyai aku sebagai isterinya.

Program Kesihatan Mental di Tempat Kerja

Simpan untuk dikenangkan.  Bila kali akhir anda ketawa begini? Ada rasa tidak terluah. Ada ilusi tidak tergambar. Tapi bengkel tempoh hari sangat membantu dalam perjuangan diri meneruskan kehidupan. Segarkan kembali minda dan jiwa. Buat suplemen di hari esok. Lama tak jumpa rakan-rakan yang pernah sebumbung dulu.

Anugerah Mercu Sanjung (MARS) Penasihat Gemilang 2022.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2012 - 2022, 10 tahun menjadi penasihat Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) UMP. Alhamdulillah untuk Anugerah Mercu Sanjung Penasihat Gemilang 2022. Terima kasih Akademi ADAB, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang untuk anugerah ini. Selama 10 tahun ini, terlalu banyak suka duka dan jatuh bangun. Daripada  sebuah Kelab Kebudayaan UMP dinaiktaraf kepada sebuah sekretariat. Menyusun hieraki sekretariat, membimbing mahasiswa dalam membentuk jati diri dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran bakat seni serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai seni dan budaya di Malaysia terutamanya. Pernah juga, bawa mereka ke Indonesia dan Thailand sebagai ganjaran pahit manis mereka bersama SKK. Mengenali budaya luar yang serumpun. Pernah pihak pengurusan mencadangkan untuk bawa mahasiswa ke Turki, Paris atau China. Tapi mengenangkan kos yang lebih tinggi dan aku hanya ...

Tersedak Ketika Tidur Lena

24 November 2022 - Sedang elok tidur nyenyak, dah dapat deep sleep elok dah, tiba-tiba terjaga sebab tersedak. Dan tersedak teruk rasa seperti kerongkong ni nak terkeluar. Perasaan ini seolah-olah betul-betul dah di hujung nyawa. Minum air sejuk peti makin parah tersedaknya. Minum air suam makin perit rasa tekak ni. Perasaannya tu betul-betul macam nak mati. Dada rasa sempit, berdebar-debar, nafas tersekat-sekat. Rasa nak muntah tak boleh muntah. Fuuhhh…. Ku cuba untuk tenang walau masih bersisa rasa tersedak. Keadaan ini mengambil masa selama satu jam untuk reda. Allahu, serik rasa.

Peluang

Bukan mudah untuk kita beri peluang. Tapi apakan daya kita sebagai manusia di bumi Tuhan ini. Tak salah untuk terus bagi peluang, tapi sentiasa beringat dan berwaspada. Walaupun cara berfikir dan perlakuan tidak lagi sama, mungkin lebih keras dan tegas berbanding sebelumnya, tidak mengapa. Itu adalah proses memperbaiki diri. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Lubang Misteri

Pada suatu hari Khamis, SS keluar awal dari kebiasaan. Biasanya SS akan keluar rumah jam 8.30 pagi. Tapi hari tu, SS keluar satu jam lebih awal. Sewaktu buka pintu rumah, SS nampak kelibat seorang perempuan seperti cepat-cepat berjalan daripada hadapan pintu pagar rumah SS. 

Tabiat Suka Koyakkan Kutikula

Setiap orang ada tabiat tersendiri, tapi ini salah satu tabiat SS.

Kayuhan Jalur Gemilang, tapi.....

Cerita pagi Ahad. Cuaca cerah dan baik  Perjalanan menuju ke tempat kerja. Biasanya waktu pagi jam 8.00 - 9.00 jalan raya lengang. Kereta tak banyak. 

King MYVI Masalah Gearbox

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum.... Apa kes kena tunda King Myvi Ozzy ni? Ini lah kereta banyak berjasa bawa SS kehulu kehilir. Merata-merata pusing Malaysia dah ni. Pernah satu ketika, ketika musim banjir, SS dalam perjalanan dari pejabat pulang ke rumah. SS melalui satu jalan yang dinaiki air. Tidak terfikir jalan itu akan naik air. Punyalah kecut perut SS nak redah air banjir, nak patah balik dah tak boleh. Kereta dan panjang kat belakang. Kereta depan pun nampaknya tawakal redah air. SS pula seorang diri dalam kereta. Memang cuak dan panik. "Eh, aku kan bawa King ni...." . Terlupa pula yang SS sedang memandu King. Bila terfikir pasal ni, automatik rasa berani terus terserap dalam diri. Akhirnya SS redah juga. Waktu ni terngiang-ngiang kata-kata suami. "Kalau redah air, jangan berhenti, teruskan saja." Alhamdulillah, selamat juga. Tapi ini cuma satu cerita perkongsian kenangan. Jadi, apa yang menyebabkan King Myvi ditunda ni? 

Kontak Rapat II

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.  SS masih kuarantin kendiri dirumah akibat menjadi CC2 kepada rakan sepejabat yang merupakan CC1 kepada suaminya yang positif Covid19 . Boleh baca kisah ringkas di SINI.  

Kontak Rapat

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t......  Kontak rapat merupakan seseorang yang kontak terhadap kes positif covid. Tapi hari ini SS disahkan oleh majikan sebagai kontak rapat CC2. Selama ni SS memang menjaga S.O.P. Keluar rumah pakai double mask dan face shield. SS juga akan sentiasa semak hot spot kes covid di sekitar SS berada. Semua tempat yang SS pergi memang 0 kes. Kalau terima barang courier pun SS akan jemur dahulu di luar rumah, kemudian sanitize dan cuci barang tersebut. Balik rumah pun SS akan pastikan tangan cuci bersih dengan sabun. Di pejabat juga begitu, SS hanya kekal di meja kerja dan menaip. Dalam sejam hingga dua jam, SS akan cuci tangan lagi. SS memang sangat paranoid terhadap sekeliling SS. SS perlu untuk menerapkan ketidakpercayaan terhadap orang-orang sekeliling SS. Sesiapa pun boleh membawa coronavirus ni, bukan? Walaupun mereka boleh menjadi kontak rapat kes-kes positif. Jadi lebih baik SS terus paranoid demi kesihatan orang-orang...

Kitaran Haid & Simptomnya

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Perempuan itu unik kejadiannya. Allah S.W.T menjadikan wanita seorang makhluk yang saat indah. Kekuatan dalamanya tidak boleh dipertikaikan. Boleh buat banyak kerja dalam satu masa, dalam fikiran seorang perempuan bagaikan sebuah dunia yang tersusun rapi dengan pelbagai bidang dan tindakan. Perempuan menjadi keindahan kepada dunia lelaki. Perempuan menjadi kedamaian kepada kanak-kanak. Perempuan juga mampu menjadi pelindung kepada sesama perempuan. Kata-kata seorang perempuan mampu mejinakkan hati yang liar. Terlalu banyak ingin dipuji mengenai perempuan yang tiada taranya. Begitulah indahnya ciptaan Allah. Subhanallah. Kitaran Haid merupakan satu anugerah dari Allah untuk hambaNYA yang perempuan original. 

Salah Siapa?

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... 

TTC's Story #9 : Perlu Sokongan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......     SS mengambil masa yang lama juga rupanya untuk update cerita pasal usaha-usaha dan perkongsian mengenai perjalanan SS ikhtiar hamil. SS bukan jenis yang suka nak bercerita pasal perihal peribadi. SS rasa tak menarik pun. Tapi sejak sejak PKP tahun lepas akibat terperap dalam rumah, SS banyak habiskan masa untuk kembali aktifkan blog. Simptom biasa bila menaip entri, tiba-tiba tak ada idea. Kemudian itu lah muncul idea untuk tulis pasal TTC ni.   

Apa Punca Kebakaran?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... Kejadian waktu nak pergi lepas balik lunch. Lunch tadi dari pejabat, SS keluar jalan lain, waktu nak masuk semula ke pejabat lalu semula jalan ni. Biasa pagi-pagi saja SS akan lalu jalan ni. Baru suku jalan, dah ternampak kelibat  2 buah   lori bomba dibahu jalan. Dan nun di sana, asap berkepul-kepul. Patutlah dua, tiga hari kebelakangan ini asyik bau asap. SS serba salah nak meneruskan perjalanan atau patah balik ikut jalan jauh. Lunch hour pun dah nak tamat. Tapi nun di sana macam langsung tak nampak jalan. Tup tup nampak kelibat motorsikal dan kereta keluar dari kepulan asap. Boleh lalu agaknya. SS pun redah saja dengan tawakal. 

Lumba Basikal

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum  Tuah basikal pinjam Sekali lagi terjebak dalam kayuhan. Tak berhajat langsung. Hari tu kayuhan santai pun, kawan yang ajak. Tapi sebab santai, SS setuju sajalah. Kali ni bila anjurkan perlumbaan, memang SS buat tak tahu je. Tapi jiran sebelah meja SS ni tiap2 hari ajak SS untuk cukupkan penyertaan wanita. 2 - 3 minggu juga dia pujuk SS. Akhirnya dengan berat hati, SS bersetuju. Twist mindset kepada menyokong program anjuran kawan SS ni. Alang-alang SS dah jadi sekretariat program membantu kelancaran penganjuran, dapatlah SS cari pengalaman dalam menguruskan program sukan pula.

Menjadi Frontliners

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM... ASSALAMUALAIKUM... Syukur kerana hari ini diberi amanah untuk turut sama merasai peranan sebagai barisan hadapan ( frontliners) walaupun tanpa pakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang lengkap. Hari ni, pelajar dah mula pulang ke kampus. Semua staf bersiap sedia dalam memantau  pergerakan pelajar dalam kampus.  Kali ini giliran kami pula bertugas di Pusat Isolasi Pelajar UMP Kampus Pekan. Kawasan yang kami pantau adalah kurang risiko iaitu di kafe, setelah  pelajar menempuh beberapa sekatan dalam kampus bagi tujuan pendaftaran. Apa pun, tugasan ini membuatkan kita lebih cakna terhadap sekeliling kita. Syukur atas peluang ini.

Spontaneous Thursday #10

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t......  Google Keadaan di pejabat agak genting sejak pagi. Aku terlibat dengan mesyuarat bersama wakil pelajar secara bersemuka dengan kawalan S.O.P. Tadi pun sedang kami mesyuarat, ada pihak polis dari luar datang. Buat  pemeriksaan mengejut S.O.P agaknya. Nasib baik kami semua memang  patuh S.O.P.