Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Kemana Hilangnya Ruangan Komen di Entri??

Assalamualaikum... Tolong... Tolong.... kenapa entry aku ni tak ada lagi ruangan untuk komen? Pelik ni... pelik ni... Pelik tapi benar... Dah puas aku adjust kat setting semua... ke aku ada tersalah tekan? kenapakah? kenapakah? Begini jadinya? Kenapakah? kenapaaa kaaahhh?? RUNSING.

Kenapa Perlu Menjerit Ketika Marah?

Assalamualaikum... Jam menunjukkan jam 12.26 tengah malam. jeng jeng jeng.... Bukan cerita seram saja je.. nak kasi tau, aku tengah tunggu husband aku balik kerja.. Sementara tu, lepak depan TV sambil online... at least riuh juga rumah dengan suara dari TV kan... Aku ada dapat satu mesej dari sahabat aku sorang ni... aku tertarik dengan mesej dia. jadi, aku nak share dengan semua rakan-rakan yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ini. Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar, dan saling berteriak (meninggikan suara). Syeikh tersebut berpaling kepada anak muridnya dan bertanya "mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?" Salah satu muridnya menjawab, " kerana kehilangan sabar , makanya mereka saling berteriak." Syeikh terus menguji murid-muridnya "tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang tepat berada disebelahnya? Bukankah pesan yang di

Kerana Kurang 15k !

Pagi-pagi lagi dah kecoh pasal insiden yang berlaku di masjid kat Pantai Dalam, KL tu...  Allahurobbi...  Tapi kita yang diluar kejadian ni tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sana kan...  Aku juga begitu, tak tahu sebenar-benar cerita.  Cuma sebagai Islam & Melayu, aku turut terasa malu bila kejadian itu berlaku di rumah Allah. Tempat suci, tempat ibadat.  Tujuan membina masjid akhirnya dirobohkan di masjid. Buat bakal-bakal pengantin, jangan takut, jangan risau. Jika berlaku pertelingkahan, berbincanglah secara baik. Bermusyawarahlah. Capai kata sepakat.  Letakkan Islam ditempat yang teratas bila ada masalah, In shaa Allah, kita akan tenang. Yang buruk jadikan sempadan Yang baik jadikan pengajaran. "Pasti terkandung hikmah".

Hilang Rakan Blogger

Assalamualaikum. Jam menunjukkan 1.48pagi ketika ini.... jeng jeng jeng. Mukadimah macam cerita seram je.. bukan, bukan.. saja nak menaip.. sebab mata masih segar... menemani Laki aku yang duk layan movie kat rumah ni haa... Sesambil tu, aku sendiri tak tau nak story apa dalam entri ni... puas fikir juga, macam tak ada cerita menarik, kemudian aku mulakan misi menjejak rakan2 blogger lama yang dah lama betul aku tak menyapa... akibat daripada diri yang sudah tidak aktif berblog lagi. Maka tinggallah blog aku yang terus sepiiiii.. githeewww... hehehe Ramai juga rupanya aku tengok last entry dorang, 2-3 tahun lepas. Bermakna, mereka juga sudah tidak aktif... sayangnya sebab tidak punya contact number atau keep in touch di facebook. Tapi aku pasti pilihan yang terbaik untuk mereka. Dunia hari ini kian singkat terasa. Masa 24jam dah tak cukup. Berkejaran segalanya.. Tapi aku juga pasti mereka turut merindui each other. Tak pe, saling mendoakan.  Tapi masih ramai juga y

SAHABAT SEJATI

Saat kita susah Saat zaman kejatuhan kita kita boleh tengok siapa yang datang Sama-sama membangun bersama kita... Ini lumrah. Sebaik mana pun kawan-kawan sekeliling kita Bukan penilaian setahun dua walau satu-dua dekad sekalipun dia belum boleh dikatakan sahabat selagi membiarkan kita bangun sendiri... Gambar hiasan dari Encik Google. "Ada pun, macam tak de........"

Makanan Kegemaran Rasullullah

Assalamualaikum Sunat berselawat ketika makan makanan sunnah ni. Jom kita refresh dan review sikit apa makanan kegemaran cinta hati kita ni, Rasulullah s.a.w. BARLI Air barli bagus untuk demam. Untuk lebih info boleh layari Resepi Cik Bee TEMBIKAI Petua anak comel.  Nabi s.a.w berkata wanita hamil tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya. Info khasiat tembikai boleh layari  DinSteady.com CENDAWAN Petua mata sihat dan perancang kesihatan keluarga. Khasiat cendawan, boleh terjah CendawanGlobal DELIMA Membersihakn tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari Khasiat delima, singgah laa di Rumah Tips MADU Ia adalah segala makanan, segala minuman dan segala ubat Bancuh dengan air panas untuk ubati cirit birit. Elok diminum pada waktu pagi dengan air suam supaya dpt membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Layari  maduazzikra KURMA Nabi

SSn1