Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

Soda Bandung Resepi Aplikasi F&N Life Sepantas Kilat.

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Waktu bulan puasa ni, biasanya air akan menjadi keutamaan. Tambahan pula sekarang dah masuk pertengahan Ramadhan, sekali iftar, terus 2 gelas air. Air juga menjadi pembuka selera setiap hari. Suami biasanya akan bertanya : "Nak buat air apa hari ni?"

Hukum Berbekam & Derma Darah Ketika Berpuasa.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... Sumber gambar :Google Sejak pandemik melanda ni, baru sekali sempat pergi berbekam. Seterusnya sampai sekarang masih tak berpeluang nak pergi berbekam.  Cuma ambil sample darah je ada. Tapi, bulan puasa ni, bolehkah berbekam?

Pengalaman Pertama Menggunakan Aplikasi F&N Life & Unboxing Package!

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Tengok kawan-kawan blogger semua pakat-pakat order online air kegemaran ni, apa lagi, untuk pertama kali SS pun turut sama terpengaruh untuk membuat pembelian secara online menggunakan aplikasi F&N Life. Yaa Allah, Yaa Rabbi, Yaa Kariimmm... Senang sangat rupanya. Dah laa tu, cepat, pantas dan efisyen!. Patutlah ramai yang guna aplikasi ni, bila barang dah sampai, semua ceria je... Meh, SS ceritakan macam mana nak guna applikasi tu.

Perlukah Memperbaharui Niat Puasa Setiap Malam?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... Sejak dari kecil lagi, memang mak abah dah ajar niat puasa sebelum tidur malam harinya. Waktu tu tak belajar pun lagi niat puasa sebulan. Sampailah masuk sekolah menengah, bekerja, masih tak tahu pasal kewujudan niat puasa sebulan. Kat sekolah pun, ustaz dan ustazah hanya mendidik dengan niat puasa di malam hari.  Apa bila dunia semakin canggih dan semua perkara di hujung jari, makanya barulah terjumpa dengan artikel-artikel dan video-video ceramah mengenai puasa sebulan. Rasa teruja waktu malam pertama menyambut Ramadhan ketika itu sebab boleh niat puasa untuk sebulan terus. Manalah tahu kalau-kalau terlepas niat puasa malam hari yang hari-hari tu... Tapi oleh kerana dah terbiasa dari kecil berniat puasa di malam hari, rasa janggal pula bila tidak berbuat demikian. Untuk sedapkan hati sendiri, sejak daripada itu, terus niat puasa sebulan pada malam menyambut Ramadhan dan malam-malam hari berikutnya. Selepas baca sumber dari

Pilihan Ramadhan : Lipstik atau Pelembab Bibir?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google Bila sampai bulan Ramadhan, setiap kali nak keluar rumah, akan terfikir sejauh mana lipstik ni mampu memberi manfaat kepada bibir? Rutin SS pergi kerja memang pakai lipstik. Cuma sejak mula pakai pelitup muka ni, jarang sangat SS nak pakai. Nanti melekat-lekat kat pelitup muka, kotor pula. Setiap kali pakai lipstik dan pelitup muka, mesti akan tukar lepas buka pelitup. Rasa macam membazir pula.  Tapi, bila dah puasa ni, kalau pakai lipstik batal puasa tak? Kot-kot laa, termasuk dalam kawasan dalam mulut tanpa disedari?

TTC's STORY #11 : KEPUTUSAN UJIAN DARAH

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Google : Rujukan (KMC) 2014 NOVEMBER : Aku & suami ke Kuantan Medical Centre (KMC). Aku turutkan walau dalam ketakutan. Dapatkan konsultansi doktor. Aku beritahu bahawa aku mengalami haid yang tidak normal, aku dah rujuk klinik, dan doktor klinik suspek aku ada cyst. Kemudian doktor tekan-tekan perut aku. Tapi aku tak ada rasa sakit apa-apa pun. Doktor minta aku baring di katil rawatan untuk imbasan rahim. Waktu inilah, aku sedikit gugup. Alhamdulillah doktor kata tengok dari imbasan ini aku tak ada cyst. Syukur sangat-sangat. Tapi doktor minta aku dan suami buat rawatan susulan. Temujanji seterusnya pada kitaran haid hari ke-2 & hari ke-21 di makmal untuk ujian darah. 

Salam Ramadhan Untuk Semua

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t...... 

SSn1