Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Islam

PAKEJ HAJI SWASTA PREMIUM DI MKM TICKETING TRAVEL & TOURS

Petang tadi dapat video di aplikasi WhatsApp daripada mak yang sedang mendaki Gua Hira’. Mak kelihatan seronok dapat tengok dengan matanya sendiri keadaan ruangan tempat baginda Nabi Muhammad SAW menyendiri dan bermunajat. Kami adik-beradik yang tengok video pun turut sama rasa dekat dengan kebesaran Allah. Masya-Allah. Itu baru sebahagian daripada mengerjakan ibadah umrah. Bayangkan kalau dapat menunaikan rukun Islam kelima, Allahu, pasti tiada perasaan yang mampu menandingi salah satu kebahagiaan kita di dunia ini.

Sahabat Tadabbur Kuantan di Madrasah Al Jaffar

Alhamdulillah, pertama kali sertai kelas tadabbur November lepas. Jumpa pengumuman di Thread. Kemudian sertai Whatsapp group . Pengasasnya adalah Fatin Suhana seorang blogger suatu ketika dulu. Sekarang, beliau dah buka butik dan kelas tadabbur juga diadakan di butiknya. Tercetus untuk beliau untuk kongsi rezeki ilmu ini namun kawasan butiknya tidak cukup besar untuk adakan kelas yang lebih besar maka setelah berbincang dengan suami dan keluarganya beliau dapat kerjasama dengan Madrasah Al-Jaffar. Tapi tempat terhad, kalau tak silap SS dalam 150 orang sahaja. Kena isi Google Form . Mereka ada umum dalam group tapi kebiasaannya SS akan buka group bila lapang. 

Hukum Menjemput Bukan Islam Berbuka Puasa

Semalam pejabat sebelah ada buat juadah bawaan ( potluck)  dijemputnya kami yang sedang siapkan rakaman sempena Aidilfitri. Antara menu yang dihidangkan adalah Laksa Pahang. SS pun menerangkan serba sikit tentang Laksa Pahang kepada pelajar SS yang datang dari Sabah dan Sarawak. Ini pertama kali mereka jumpa Laksa Pahang. Sekali rasa, terus nak lagi. Menambah tau!. Sambil makan, asyik puji kesedapan Laksa Pahang. SS pesan kat mereka berdua, sebelum habis belajar ni dan sementara ada di bumi Pahang ni, ambillah peluang untuk meneroka makan-makan dan tempat-tempat yang menarik di Pahang dan di semenanjung. 

FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. HUKUM FIDYAH Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin. SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH : 1. Uzur Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. 2. Peremp...

FATWA SEMASA BERKAITAN PERKARA-PERKARA TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Keputusan Persidangan Fiqh Antarabangsa (al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa. Majma’ al-Fiqhi al-Islami) [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] Mengenai Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa. KEPUTUSANNYA (QARAR) SEPERTI BERIKUT : 1. Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga.Ubat titis hidung atau semburan hidung, dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum . 2- Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum. 3- Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin). 4- Memasukkan teropong ke dalam salur peranakan/rahim atau alat kedalamnya.(Contoh:alat pencegah kehamilan - IUCD) ...

Anak Perempuan

  Pernah dengar tak, orang-orang tua selalu berpesan,  'lebih baik jaga lembu sekandang, daripada jaga anak perempuan seorang..." Perumpamaan itu menunjukkan betapa mencabarnya bila punya anak perempuan . Apa yang mencabar? Rupanya tidak mudah menjaga anak perempuan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia sekarang ni.. Budak-budak hari ni, tak sama macam budak-budak dulu... apa yang paling ditakuti adalah gejala sosial yang berleluasa. Baca tajuk-tajuk besar itu pun, sudah menggerunkan ibu bapa. Tapi Allah tak kan jadikan sesuatu itu dengn sia-sia,kan? Pasti ada sebabnya...  itu semua rahsia Allah.. Perlu audit balik diri kita sendiri. Sekarang ini, nak mendidik anak pun, perlu ada ilmu yang penuh di dada. Pergi saja lah mana-mana bengkel / kursus yang ada. Timbalah sebanyak ilmu yang boleh. Selalunya  LPPKN  yang sering menganjurkan kursus-kursus kekeluargaan.  Anak itu rezeki... cabaran itu pasti datang deng...

Fakta Sains Berkaitan Wuduk

Hye semua... Susulan daripada entry  Wuduk & Pedicure  , jom kita share sikit sebanyak daripada pembacaan aku mengenai kaitan wuduk dan sains. Sumber : Google MENCUCI TANGAN Tapak tangan kita ni, banyak interaksi dengan sekeliling. Kita bersalam-salaman, kita pegang itu ini, sentuh itu ini kaann.... jadi banyaklaa bakteria singgah dan melekat kat tangan kita. Itu yang menyebabkan kuman, bakteria, virus dan sewaktu dengannya merebak dan kita senang dapat penyakit. Selesema laa, resdung la, jerawat laa, Sebab tu nak makan kene cuci tangan bersih-bersih... kan menambah-nambah penyakit. Dalam sektor perubatan, protokol pertama sebelum mula kerja mestilah membasuh tangan. Kalau kita pergi restoran-restoran ke, agensi kerajaan & swasta ke, mesti ada mereka tampal A4 paper cara-cara membasuh tangan dengan betul. Betapa kebersihan tangan amat dititikberatkan. Jadi sebab itu jugalah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan. Sewaktu cuci tangan...

Penyakit Lidah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua...  sekadar audit diri aku dan perkongsian bersama. Allah berfirman   "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, makad damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu: dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." Al-Hujurat . Ayat :10 PENYAKIT LIDAH Imam Al-Ghazali menyenaraikan sifat-sifat orang yang berpenyakit lidah iaitu orang-orang yang membawa kehancuran kepada perpaduan. AL-NAMIMAH Mengadu domba / merosakan hubungan baik sesama manusia. Al-GHIBAH Menceritakan keburukan orang lain dengan niat jahat sama ada kecacatan pada badannya, agamanya, keturunannya, perangainya, perbuatannya, kedudukannya, pakaiannya, rumahnya atau kenderaannya sama ada melalui isyarat pelbagai isyarat seperti tangan, mata, godaan, celaan, tulisan, gerak laku dan segala sesuatu yang boleh difahamkan oleh orang lain. AL-ISTIHZA' Mengejek, mengutuk, menghina ...

Makanan Kegemaran Rasullullah

Assalamualaikum Sunat berselawat ketika makan makanan sunnah ni. Jom kita refresh dan review sikit apa makanan kegemaran cinta hati kita ni, Rasulullah s.a.w. BARLI Air barli bagus untuk demam. Untuk lebih info boleh layari Resepi Cik Bee TEMBIKAI Petua anak comel.  Nabi s.a.w berkata wanita hamil tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya. Info khasiat tembikai boleh layari  DinSteady.com CENDAWAN Petua mata sihat dan perancang kesihatan keluarga. Khasiat cendawan, boleh terjah CendawanGlobal DELIMA Membersihakn tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari Khasiat delima, singgah laa di Rumah Tips MADU Ia adalah segala makanan, segala minuman dan segala ubat Bancuh dengan air panas untuk ubati cirit birit. Elok diminum pada waktu pagi dengan air suam supaya dpt membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Layari  maduazzikra KU...

POLIGAMI

Assalamualaikum .... jawab dulu salam aku tu... Ok... aku mengumpul segala kekuatan zahir dan batin untuk menaip entri pasal POLIGAMI ni.... Tajuk besar yang memang akan dibantah oleh ramai perempuan dan topik yang membuat lelaki senyum sampai esok pagi... Minggu lepas, aku pergi kursus POLIGAMI ni.... anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP. Dah lama aku tergerak hati untuk membuka minda aku dan lapangkan dada aku untuk menuntut ilmu ni... aku pun tak tahu apa yang menarik minat aku, bila difikir-fikirkan balik ini sebagai salah satu persediaan masa depan (kita tak tahu apa akan jadi hari esok kan. apapun mintak jauh laa kan...) dan ini pun salah satu tuntutan agama untuk menuntut ilmu.  Perempuan mana suka berkongsi... Lelaki mana tak teringin lebih satu isteri... Itu lumrah hati. Penceramah pertama bukan calang-calang orang iaitu Tuan Guru Shaikh Dr. Hj. Jahid bin Hj. Sidek Al-Khalidi . (klik kat nama Tuan Guru tu untuk biografi). ...

Peristiwa Ramadhan

Assalamualaikum ..~ ~ jawab dulu salam ni...  Saja nak share sikit beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan, moga menjadi panduan pada kita dan anak cucu cicit kita nanti..  PERANG BADAR AL-KUBRA DARI BLOG ATRIZA 17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah 313 tentera Islam 1300 tentera kafir Quraisy (4x ganda tentera Islam) Peralatan tentera Islam sangat kurang. Tentera Islam berjaya dalam peperangan ini  FATHUL MAKKAH KLIK SINI TONTON VIDEO 10 Ramadhan Tahun ke-8 Hijrah Mekah dibebaskan daripada musyrikin Mekah Kaabah dibersihkan daripada patung-patung berhala. PERANG TABUK GOOGLE Rejab hingga Ramadhan Tahun ke-9 Hijrah Perang terakhir yang Rasulullah sertai Pasukan Romawi menarik diri setelah melihat besarnya pasukan Islam. NUZUL AL-QURAN Also by Google 17 Ramadhan Gua Hira' ROMBONGAN TAIF Taif by Google Taif merupakan tempat Rasulullah dihalau dan dibaling batu sehin...