Skip to main content

Posts

RAMADHAN

Subhanallah... Ramadhan adalah bulan seribu rahmat untuk kita umat Muhammad s.a.w seantero dunia. Banyak ganjaran Allah nak bagi kat kita. Pahala berlipat kali ganda... Dibukakan pintu-pintu syurga.... Ditutup pintu neraka... Syaitan diikat agar tidak mengganggu ibadah kita... Subhanallah.... Janji Allah itu PASTI Tinggal untuk kita usahakan... manfaatkan Ramadhan sebaiknya. Bukan untuk siapa-siapa.. Tapi untuk diri kita... Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya... Walaupun usia kita meningkat, Walaupun kian menurunnya kudrat... Berusahalah. Ramadhan yang bermanfaat. Mohonlah pada Yang Maha Pencipta agar dipermudahkan segala usaha kita menghidupkan Ramadhan yang istimewa Ramadhan, Bulan untuk kita. Subhanallah... Alhamdulillah.... Allahuakhbar...... Blogger :  Atiqsalleh

NUZUL AL - QURAN

Peristiwa Nuzul  Al - Quran menjadi sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W Perkataan 'Nuzul' bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat pertama yang diturunkan adalah Al - Alaq ayat 1-5 .  "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan pengantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Gua Hira' 17 Ramadhan Malam Jumaat tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w ...kemudian wahyu telah putus sementara... ......dan seterusnya.... ...hingga seterusnya berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun akhirnya lengkap menjadi sebuah naskah kitab Al - Quran yang ada pada kita hari ini. Mukjizat Nabi S.A.W ini mempunyai : 30 juzuk 6666 ayat 114 surah Al - Quran Kareem... Mendedahkan segala jawapan setiap persoalan, sejarah, dan masa hadapan....

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

AZAM RAMADHAN 1435H

GOOGLE Assalamualaikum Dikesempatan bulan Ramadhan ni, mari lah kita sama-sama memperbaiki diri kita.. hati kita, minda kita...  Bulan Ramadhan kita bebas dari musuh (syaitan) durjana.... yang tinggal hanyalah nafsu. Tangani sebaiknya. Perbetulkan hati, perbetulkan niat.... Moga-moga kita dapat istiqamah sampai bila-bila... Paling tidak pun, Ramadhan kali ini biarlah menjadi yang lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. .. Mudah-mudahan kita dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan lagi. Aamiin...  Salam Ramadhan.

WORK - A - HOLIC

Bismillahirahmanirahim... Sekian lama aku tak menatap blog aku ni... memang tak de apa yang menarik pun, tapi ye lah, dah memang minat menulis dan menaipkan. Tapi tak ada masa yang lama untuk aku mengadap. Jadi kesempatan ini saja, kerana terlalu rindu dan gian nak menaip entry.  Dah lama juga tak singgah blog kawan-kawan, maafkan aku. Pengurusan masa aku masih belum stabil. Kerja, kerja, kerja! Aku tak mengeluh ni tau. Malah aku suka. Aku memang gila kerja, kerana dengan bekerja aku mendapat kepuasan hidup yang maksimum . PERHUBUNGAN Bila kerja, aku sebagai manusia ni masih dapat berinteraksi sesama manusia. Dunia sekarang kan dah canggih, duk sebelah-sebelah pun nak ber' wassup ' ber' message '. Tapi dengan kerja aku, handphone boleh simpan dalam beg dan aku boleh tumpu pada perhubungan dua hala antara aku dan pelajar-pelajar aku.  MASALAH Bila kerja, aku akan berdepan dengan banyak masalah dan kepuasan maksimum aku bila aku dapat atasi semua m...

AHMAD AMMAR

Sekadar mengabadikan video ini untuk tatapan dan motivasi diri. Diri sendiri, anak-anak & generasi ku. AHMAD AMMAR

MEMBERI

  Google Mereka mengajarku memberi. Memberi lebih baik dari menerima. Memberi biarlah ikhlas. Memberi barang, Memberi wang, Memberi makan, Memberi bantuan.... Memberi ilmu, Memberi idea... Memberi apa saja dengan ikhlas. Memberi seada mampu. "jangan berkira sangat la..."