Skip to main content

Anugerah Mercu Sanjung (MARS) Penasihat Gemilang 2022.

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


2012 - 2022, 10 tahun menjadi penasihat Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) UMP. Alhamdulillah untuk Anugerah Mercu Sanjung Penasihat Gemilang 2022. Terima kasih Akademi ADAB, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang untuk anugerah ini.



Selama 10 tahun ini, terlalu banyak suka duka dan jatuh bangun. Daripada  sebuah Kelab Kebudayaan UMP dinaiktaraf kepada sebuah sekretariat. Menyusun hieraki sekretariat, membimbing mahasiswa dalam membentuk jati diri dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran bakat seni serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai seni dan budaya di Malaysia terutamanya. Pernah juga, bawa mereka ke Indonesia dan Thailand sebagai ganjaran pahit manis mereka bersama SKK. Mengenali budaya luar yang serumpun. Pernah pihak pengurusan mencadangkan untuk bawa mahasiswa ke Turki, Paris atau China. Tapi mengenangkan kos yang lebih tinggi dan aku hanya boleh bawa 5 orang sahaja, adalah lebih baik aku pilih negara terdekat yang lebih rendah kosnya agar aku boleh bawa 40 orang ke sana. Di samping itu juga, aku perlu memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk menjadi pemimpin dan memilih yang terbaik untuk memberi peluang kepada mereka di kedudukan yang lebih tinggi. Semua ini tidak mudah. Semua ini memerlukan proses yang kental. Segala pahit getir terbalas apabila terlaksananya sebuah program dan mendapat kepuasan melaksanakannya.


Antara pengalaman pahit aku adalah bila difitnah oleh pelajar sendiri. Pelajar yang kita percaya dan boleh diharapkan. Rupanya mereka api dalam sekam. Ini adalah pengajaran yang sangat memberi kesan dalam hidup aku. Keikhlasan kita disalahertikan. Niat kita disalahtafsirkan. Aku anggap itu satu teguran dari Allah untuk aku lalu aku meletakkan jurang antara aku dengan mahasiswa. Aku mengambil masa lebih kurang 3 ke 4 tahun untuk move on. Alhamdulillah, akhirnya segala risiko yang aku hadap, segala pengorbanan dan kepahitan yang dilalui memberikan satu nikmat dalam kerjaya aku. Masih ramai mahasiwa yang memerlukan aku dan menghargai aku. Pelajar-pelajar yang mengkhianati aku suatu ketika dulu, tidak kemana pun. Tapi pelajar-pelajar yang sama-sama memahami dan tahu menghargai jauh lebih cemerlang dalam kerjaya mereka hari ini. Alumni-alumni SKK masih tetap menghubungi aku sehingga ke hari ini.

Untuk anugerah ini, pernah aku impikan suatu ketika dulu. Namun aku andaikan yang aku tidak selayak pegawai-pegawai lain yang lebih aktif dan lebih bagus berbanding aku. Tambahan pula sebuah badan pelajar teras kebudayaan di sebuah universiti teknikal bukanlah suatu yang mudah untuk dikekalkan. Dengan pelbagai karenah, birokrasi, fahaman dan perbezaan pendapat daripada pelbagai pihak kadang kala membuatkan aku rasa down. Tapi apa yang menguatkan aku adalah mahasiswa itu sendiri serta sokongan rakan-rakan sekeliling yang memahami.

Bersama kejayaan ini sebenarnya terdapat jalinan kerjasama yang terbaik diberikan oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UMP kepada aku terutama dalam menjayakan program-program SKK. Tanpa mereka, aku dan SKK juga tak kan mampu berdiri sendiri dan menjadi yang terbaik. 

Turut sama menerima anugerah pada malam itu adalah :
Sekretariat Kebudayaan & Kesenian UMP : Anugerah Harapan Mercu Sanjung Badan Pelajar
Ahmad Fahmi bin Fazli : Anugerah Bonang Emas ( Aktivis Lelaki Terbaik).
Nur Sakinah binti Ismail : Anugerah Bonang Emas (Aktivis Perempuan Terbaik)
Agha Khilfi bin Suarno : Anugerah Kepimpinan Teras Kebudayaan.
Mereka ini antara yang bersama-sama mengharungi suka duka dalam SKK dengan aku. 

Terpampang muka sebesar alam,
adik cakap macam kat pentas AJL dah. hahaha


Gambar di ambil oleh pelajar daripada kumpulan seni fotografi Shutterbuster
Juga salah sebuah kumpulan naungan SKK.


Aku petugas program, dalam masa yang sama penerima anugerah.
Makanya naik pentas sekejap, turun pentas dan sambung bertugas.

Aku tak mampu menjalankan tugas sendirian, makanya pelajar-pelajar ini adalah pembantu aku disamping pendedahan kepada mereka selaku stage manager untuk program-program kebudayaan. Pengalaman itu mahal, Peluang tidak datang berkali-kali. Selagi ada peluang, akan aku ketengahkan mereka.


3 orang pelajar cukup untuk membantu aku di belakang tabir.
Terima kasih Alis, Naqib dan Mel.

Mereka dari kumpulan Aural Adrenaline, SKK
Sebuah kumpulan seni suara SKK turut sama membuat persembahan pada malam tu.

Kawan-kawan daripada PTJ lain. 
Salah satu keseronokkan dalam program bila berjumpa dengan kawan-kawan yang tidak sealiran. 


Pelajar daripada kumpulan Srikala Satria,
Sebuah kumpulan silat seni bernaungan dibawah SKK.
Mereka sebagai pengiring ketibaan VIP dan persembahan pentas.


Istimewanya SKK, kumpulan kebudayaan Cina dan India juga bernaungan dibawahnya
Mereka antara yang dirai pada malam itu.

Salah seorang sahabat yang menerima Anugerah Pengetua Gemilang
Dr. Yusnita. Kenal sama-sama dalam Kursus Transformasi Minda.

Pelajar-pelajar yang memang pantang bila nampak kamera.

Aizat Azed. Mantan Timbalan Presiden SKK Sesi 2014/15
Sekarang dah berkerja di UMP.


Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Majlis Tertinggi dan ahli-ahli SKK 2021/2022 terutamanya kerana terus bergiat aktif dalam melaksanakan program-program atas talian supaya SKK tidak pasif di waktu PKP. Terima kasih juga kepada alumni SKK, tanpa mereka SKK tidak matang pada hari ini. Tidak dilupakan kepada boss aku, En. Mohd Zaki bin Ahmad, Ketua Bahagian Kebudayaan yang juga penasihat SKK atas kepercayaan yang diberikan kepada aku sehingga ke hari ini.

Pada malam itu aku sebenarnya bertugas selaku Pengurus Pentas Persembahan. Satu kepercayaan besar untuk aku galas sebaiknya. SKK mewarnai pentas Malam Anugerah Mercu Sanjung dengan 4 persembahan iaitu tarian, nyanyian, band dan silat. 


Bila dah selesai program, dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta, baru perasan yang aku belum bergambar secara rasmi dengan hadiah. Walhal penganjur dah sediakan backdrop untuk bergambar. Allahu, rugi pula rasa. Nak patah balik dah jauh sangat dan penat sebenarnya. Sebagai Pengurus Persembahan Pentas, aku dan team antara yang paling awal sampai di lokasi dan paling lewat pulang. Sampai awal sebab nak raptai persembahan di waktu pagi. Petang barulah combined raptai persembahan dengan raptai pengurusan acara. Malam pula kena pastikan pelajar-pelajar dah selesai mengemas dan check-out. Jadi, ini sajalah gambar rasmi yang ada. Sijil, mock cheque, dan cenderamata. 


Aku tak pakai busana tradisional yang lengkap ya. Rasa macam derhaka pula. hehehe. Walaupun program dianjurkan berkonsepkan red carpet dengan tema black anda gold, ditengah-tengah bulan, jadi aku pakai mana yang ada saja. Baju hitam tu, asalnya beli awal untuk raya tahun ni. Memang beli siap-siap supaya boleh fokus Ramadhan. Tapi dah terpaksa rasmi dulu. Tak mengapa. Raya bukan pada baju. Kebiasaan bertugas aku selesa pakai jeans, blouse dan sport shoes. Senang bergerak ke hulur, ke hilir belakang tabir. Tapi kali ini sejak dari awal aku pasang niat untuk melaram. Saja nak bagi keyakinan dan kelainan untuk kepuasan diri sendiri. Memang dah lama sangat tak berhias diri sendiri macam ni terutama sejak masuk kerja di UMP.


Kurung moden beli online awal-awal sebab aku tak suka dah nak pergi cari baju. Mana boleh jimatkan masa dan wang ringgit, itulah dia. Sanggul lintang dan gendik tu memang aku punya. Beli dari kawan aku yang memang membuat aksesori. Siapa lagi nak sokong minat sahabat kalau bukan kita lebih-lebih lagi kami satu bidang yang sama. Aksesori yang ni nampak gah kan? Tapi ringkas je pakainya. Aku memang tak suka yang merumitkan. Tambahan pula bertugas dalam program besar, kemudian nak penuhkan keinginan hati  melaram macam ni. Tapi aksesori kepala ni memang buat aku berseri sepanjang malam tu. Entah bila pula aku nak berkeyakinan melaram macam ni.


Yang menjadi tulang belakang aku sudah pasti suami yang banyak berkorban dan memberi keizinan untuk bekerja dan berkarya. Antara kata azimat yang tersemat untuk aku,
"bekerjalah dengan ikhlas".


Aku masih dalam proses meningkatkan keyakinan diri dan melalui proses terapi diri. 
Ini salah satu prosesnya.



Lakaran Sejarah.
15 MAC 2023, 
Hotel Zenith, Kuantan. 

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.


Comments

  1. TAHNIAH SS TERBAIK USAHANYA BERBALOI

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah SS...nmpk grand event nih..keep up a good work, think positive always..pedulikan mereka yg toxic..

    Cantik perhiasan, pandai kwn SS buat...ya, support kwn²..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.