KLIK KLIK

8.2.22

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik. 

Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan (bypass), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran. 




Ohhh.... kat sini rupanya. Melopong juga SS dibuatnya. Biasa SS lalu jalan bypass ni memang ternampak papan tanda restoran ni. Tapi SS tak pernah singgah pun. Selalu terdetik dalam hati, Restoran Sedap Weh ni memang sedap ke? Akhirnya sampai juga. Kalau tak kerana Cha dan Fahmi, tak kan SS sampai sini. Nanti bila mereka dah habis belajar, pasti akan jadi kenangan untuk SS.

Waktu kami sampai, tak berapa ramai orang. Mungkin dah serbu waktu makan tengahari jam 12.00 tengahari ke jam 1.00 petang agaknya. Masuk saja dalam restoran, memang nampak orang ramai tengah makan. Terpandang rak lauk-pauk. Mak aaiiiiii, banyaknya lauk. SS anggarkan lebih daripada 40 lauk yang tersedia. Macam-macam pilihan. Patutlah ramai orang kedai ni.  SS tak sempat nak menikmati sekeliling sebab tak nak bersesak dengan orang. Jadi, bila dah beratur ambil makanan tu, jangan berhenti dah. Jaga jarak kiri kanan dengan orang. Risau! Jom tengok, ini antara sebahagian lauk yang ada.



Uish, memang rambang mata dibuatnya. SS pula sejenis tak berapa pandai nak makan lauk banyak-banyak. Kalau ikutkan hati, banyak lauk-pauk kegemaran ni! Tambahan pula, memang sediakan perut yang kosong, untuk makan tengahari dengan Cha dan Fahmi. Konsepnya adalah layan diri. Tak kuasa orang nak layan ko. Sendiri senduk nasik dan lauk-pauk, bawa ke meja makan. Minuman juga layan diri, tersedia tong-tong air. Antaranya air teh O panas, air suam, air oren, air anggur, air asam boi dan macam-macam lagi. Kemudian, staf restoran yang akan datang ke meja makan dan membuat kira-kira. Ditulis atas kertas kecil, dan diselitkan dibawah pinggan makan kita. Nanti dah siap makan, pergi kaunter untuk buat pembayaran. 


Akhirnya inilah menu yang SS pililih. Telur ikan masak lemak dan daging salai masak lemak cili padi, dan sudah tentu ulam-ulaman. Kat restoran ni ada juga pelbagai sambal dan budu. Tapi SS tak ambil. Kemudian, SS ada bungkus ikan keli dan ikan patin masak tempoyak. Cha dan Fahmi nampaknya sangat menikmati pais ikan patin masing-masing. Licin pinggan kami. 

Waktu kami tengah makan, nampaknya orang semakin ramai. Memang tak putus-putus orang datang restoran ni. Jadi, anda yang bercuti-cuti di sekitar Gambang, Kuantan, Kg.Pandan, lapangan terbang Kuantan, dan sekitarnya Restoran Sedap Weh ini salah satu pilihan makan tengahari yang tak kan gaduh punya! Banyak lauk-lauk kegemaran anda tersedia. 

Penghargaan kepada Cha dan Fahmi, terima kasih luangkan masa bersama-sama. 



Terima kasih sudi singgah dan baca blog. 
"Selagi punya masa, selagi itulah cipta memori bersama".

10 comments:

  1. Setiap kali orang sebut restoran sedap, memang sedaplah jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu Wak. Kata2 itu kan satu doa.

      Delete
  2. Meriah pilihan lauknya.. lama x jalan² cari mkn di semenanjung... rindu ikan keli air asam kt sana.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la kan. Sekarang ni nak pergi jalan mana2 pun kena fikir panjang. Utk urusan penting saja. In shaa Allah, semoga ada kesempatan utk jalan2 di semenanjung lagi. 🤗

      Delete
  3. jadi memang betul lah ye sedap. senang bila banyak pilihan sebab selera orang kan berbeza. rasanya tak pernah sampai Gambang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada ke sini, boleh laa singgah... banyak pilihan

      Delete
  4. Paes patin dia best..laok byk sampai rambang mata...semua laok yg saye teringin ade kat situ..tp perut dan poket cuma boleh isi 3 jenis sahaja.....
    Kebersihan tu paham je lah kalau dah ramai...parking pon kalau peak hour agar mencabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak yang suggest paes patin dia. tapi sis tak makan patin... betul, mmg crowded. kena pergi lebih awal.

      Delete

Klik Sekali