Skip to main content

Boling Cara Amatur Melegakan Tekanan dan Seimbangkan Emosi.

Sebenarnya lama betul tak main boling. Rasa-rasa dalam lima ke enam tahun juga agaknya. Tanpa latihan, tiba-tiba saja wakil jabatan.  Cuma main baling-baling saja. SS memang tak pernah belajar teknik memboling pun. Cuma nak raikan kawan-kawan saja ni. 

Posing dulu sebelum main.



Mula-mula main semangat laa.. ada yang strike dua, tiga kali saja. Tapi, masuk game ketiga, uissshhh lembik dah rasa bahu ni. Bukti di gambar last tu hahahah… 

Ada kawan memang selalu main boling, malah ada pelajar yang memang atlet boling. Jadi dikesempatan ini memang SS minta juga tunjuk ajar asas sikit sebanyak. Katanya cara balingan SS agak bagus sebab tak berdentum, agak lembut dan lancar. Cuma perlu kekuatan tangan yang lebih, atau pemilihan bola yang sesuai. 

Sepanjang permainan SS hanya guna bola saiz 10 dan 11 sahaja. Bila tengok kawan sebelah siap bawa kasut dan bola sendiri tergugat juga rasa. SS ni main suka-suka saja. Tapi suka juga tengok telatah kawan sebelah dengan bola yang direka khas untuknya. Cantik. Cara baling memang jauh beza dengan amatur. Dia memang minat main boling. Bola yang direka khas individu lebih selesa dan mampu dihayun dan dilempar dengan baik. 

Peserta yang menyertai. Ramai bukan? 
Konsep 'Closed The Gap' pelbagai peringkat jawatan bermain boling bersama dalam setiap pasukan.

Ini kumpulan kami dan kumpulan lawan sebelah. Kumpulan sebelah ada atlet. Tapi seronok main dengan orang yang pandai, boleh tahu serba sikit pasal boling.


Salah satu aktiviti yang SS suka. Tunggu bola keluar dari mesin dan susun. 


Gaya tu penting ya, kawan-kawan. Fokus tu... fokus! 


Tapi akhirnya ke longkang juga. hahahha.... 
Ini dah game ketiga, tangan pun dah lenguh. 
Ada juga strike tanpa sengaja dua tiga kali. Nasib saja tu.

Kesimpulannya bermain cara amatur sudah cukup membuatkan kita hilangkan tekanan bekerja dan seimbangkan emosi bila berjumpa kawan-kawan walaupun satu jabatan, tapi kita luaskan fikiran dengan berborak sesuatu yang diluar tugasan dan bergelak ketawa. Hargailah kehidupan ini selagi kita punya waktunya. 




Terima kasih sudi singgah di blog SS. 











Comments

  1. Ooh..baru tau boleh tempah khas bola boling untuk individu.
    Saya ni tak pernah berpeluang main boling, teringin jugak tapi takde geng la pulak.

    ReplyDelete
  2. saya pun main boling utk hilangkan stress..tahap amateur jg..byk masuk longkang je..hihi..

    ReplyDelete
  3. saya singgah sini setelah sekian lama tak blogging huhu saya seumur hidup belum pernah main bowling kecuali bowling padang haha

    ReplyDelete
  4. Mrs. A pun suka jugak main bowling tapi cepat boring jugak hehehee bila dah frame ke empat ke ke 5 ke mesti ke laut dah pointernya. Samalah kita takde bola dengan kasut pun

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.