Bahasa Melayu (BM) jati diri Melayu.
BM bukan sekadar alat komunikasi, tetapi lambang identiti, warisan dan jiwa sesuatu bangsa.
Bahasa Melayu mencerminkan cara berfikir, nilai, dan adab orang Melayu. Melalui bahasa, terserlah kelembutan budi, kesopanan tutur kata, serta kehalusan budaya yang diwarisi turun-temurun. Ungkapan seperti peribahasa, pantun, dan bidalan menjadi bukti kekayaan pemikiran serta falsafah hidup masyarakat Melayu.
Loghat adalah warna-warni dalam keindahan yang mencerminkan keunikan dan identiti sesuatu komuniti Melayu. Loghat bukan kesalahan bahasa, tetapi kekayaan budaya yang menjadikan komunikasi lebih mesra dan hidup.
BM juga menjadi penyatu masyarakat. Walaupun berbeza latar belakang, bahasa ini menghubungkan rakyat dalam satu kefahaman dan semangat kebangsaan. Sebagai bahasa kebangsaan, ia memainkan peranan penting dalam membina identiti negara dan memelihara perpaduan.
Jati diri ini perlu dipelihara. Pengaruh bahasa asing dan penggunaan bahasa rojak boleh menghakis keaslian bahasa Melayu jika tidak dikawal. Memelihara jati diri ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Memartabatkan BM bermakna memelihara jati diri bangsa. Jika bahasa dipinggirkan, maka hilanglah sebahagian daripada jiwa Melayu itu sendiri. Kerana itulah bahasa adalah jiwa bangsa.
SS jarang juga baca buku-buku macam ni. Kebiasaannya buku-buku bersifat imaginasi dan motivasi. Agaknya kali terakhir baca buku ilmiah macam ni waktu di Tingkatan Enam dulu. Ok laa kan. 🐜
Comments
Post a Comment