Skip to main content

Surprise Holiday!





Aku sekarang sedang merancang sebuah percutian bersama orang tersayang. Siapa lagi, suami aku lah!.

Birthday dia dah tak lama.
Ini sebagai hadiah untuk suami aku.
Cadangnya bulan Januari 2013.
Dimana? Itu biarlah rahsia dulu. Suami aku pun aku tak bagitau. Yang tahu hanya aku dan kawan-kawan yang menolong aku merancang destinasi kami. Tinggi harapan aku supaya percutian ini berjaya. 

Aku dan suami bekerja tak tentu masa. Kadang-kadang tumpuan kami lebih kepada kerja masing-masing daripada meluangkan masa bersama. Perkahwinan baru berusia hampir 6 bulan. Kadang-kadang aku outstation, bila balik dia pulak outstation. Kadang-kadang tak sempat jumpa. Bila balik outstation, banyak kerja nak kene siapkan kat rumah. Sejak kahwin belum honeymoon mana-mana. (Honeymoon bagi aku bercuti berdua. Meluangkan masa rehat bersama-sama). Yang penting jauh dari kerja. Jauh dari segala tekanan. Sejak kerja dengan events ni, aku dah jarang bercuti. Dulu-dulu masa riang ria remaja abah rajin bawa pergi cuti-cuti Malaysia. Tapi melihatkan betapa banyak tanggungjawab kami dengan kerja, aku rasa aku perlu rancang sesuatu untuk aku dan suami sama-sama dapat meluangkan masa. 

Waaaa....tak sabarnya! Harap, rancangan ini berjaya!





Comments

  1. Semoga holiday yang dirancang berjaya! Happy holiday in advance along! ^_^

    ReplyDelete
  2. wahh nnt cerita tau percutian tuuu . heee :D nikmat puas2 .kang sibuk keje . heheh

    ReplyDelete
  3. as salam

    moga percutian tu nanti berjalan lancar..

    ReplyDelete
  4. wahh mcm menarik rancangan tu..
    smoga bjaya ye..hehe

    ReplyDelete
  5. bagus la bercuti..lagi2 bulan january..
    kalau time cuti sekolah kos nya mahal sikit..maklum la..cuti sekolah..kan???

    ReplyDelete
  6. Semoga holiday dirancang berjaya.. Amiinnnn... XD

    ReplyDelete
  7. semoga apa yg di rancang berjaya..

    bestnya dapat pegi holiday

    ReplyDelete
  8. seronoknyer.. moga semuanya bjln lncar...amin

    ReplyDelete
  9. o baru 6 bulan..masih pengantin baru tu..pegila hanimun..hihi..

    kami pun pegi hanimun jgk februari nti..:)

    ReplyDelete
  10. Aah...u rancang nk g mne ek??

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.