Skip to main content

Prince Of Songkla Universiti, Thailand



Assalamualaikum kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi singgah lagi... 
Lagi sambungan kisahku di Thailand.

Ini kisah aku sebelum ni :





Pengembaraan di Hatyai bermula .......

Kami bangkit dengan penuh semangat. Semangat nak shoping sebenarnya. ehheheh. Ramai dah tunggu di lobby. Nampak gayanya ada yang lebih bersemangat daripada aku ni! hehehe... Bila semua dah naik bas, kami pun pusing-pusing la di bandar Hatyai. 



 Cuba kamu orang tengok kabel di negara ini. Berselirat! Aku pun tak tahu laa macam mana kalau ada lintar pintas, tak tahu macam mana nak bezakan antara satu persatu wayar tu. Mungkin Thailand ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Ataupun tak pernah ada pintasan letrik? Siapa tahu?


Cuba kamu orang tengok pakcik/makcik ni pula. (Aku gagal mengesan jantina). Dengan selambanya dia menjual kalungan bunga di tengah-tengah jalan raya. Ish... aku pulak yang berdebar. Dia tak hiraukan kenderaan berhenti atau bergerak. Di sini peraturan jalan raya tak ketat macam di Malaysia. Semuanya nampak tiada masalah.


Kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama kami iaitu ke Prince Of Songkla University (PSU). Tujuannya lawatan budaya. Meneroka apa perbezaan di sini berbanding di Malaysia untuk penambahbaikan kita bersama.

Kami mendengar penerangan yang disampaikan oleh wakil pelajar PSU. Turut hadir pegawai-pegawai universiti. Prince of Songkla University adalah universiti pertama di Selatan Thailand. Ia mempunyai 14 fakulti yang menawarkan pelbagai program pengajian yang terdiri dari mahasiswa dalam bidang kedoktoran. Pelajar di sini kebanyakannya tinggal di dalam kampus. Ada juga yang tinggal di luar kampus tapi untuk datang ke kampus, mereka hanya menaiki tuk-tuk / teksi ataupun motor. Tidak ada kereta yang dipandu pelajar ataupun bas. Patutlah aku jarang nampak bas yang lalu. Kalau ada pun, mungkin bas tourism. Yang banyak adalah tuk-tuk. Lepas meninggalkan dewan ni, kami melawat sekitar kawasan PSU.


Inilah rupa tuk-tuk yang ada di PSU. Semuanya warna biru.

Ini adalah kantin PSU. Aku tengok dah ala-ala R&R di tempat kita. 

 Gelanggang badminton & bola keranjang. Ada 2 gelanggang di sini.

Ini peralatan yang ada di sebuah bilik gym yang besar dan besih. Nampak pengudaraan yang baik. Tapi aku tak pasti bilik ni digunakan atau tidak memandangkan peralatannya banyak yang berkarat. Sayanglah kalau tak digunakan. Bilik ni nampak macam lengkap.

 Haaa...Kampus mereka siap lengkap dengan kolam renang lagi, ala-ala Olimpik tau! Memang luas.

Tengok cash money place mereka. Penuh dengan iklan bertampal. Kalau kampus dalam Malaysia aku tak sure ada macam ni atau tak. Harap-harap tak ada lah ye...

Ini asrama tempat penuntut PSU tinggal. Setiap bilik ada ampaian masing-masing. 

Kalau di Malaysia, kita memakai uniform sekolah paling lama pun sampai form 6. Tapi di sini, walaupun anda masih penuntut Universiti, anda wajib memakai uniform. Kalau lah di Malaysia ni, semua penuntut IPTA/S pakai uniform, agak-agak mau tak?

 Sebelum balik, kami makan di kantin PSU dulu. Mereka menghidangkan nasi ayam dengan kopi O ais.
Kopi dia, sedaaapppppnyaaaaaa!!!!!

Di kantin ni, segala pinggan mangkuk dan sudu garfu diasingkan kepada Muslim dan Non Muslim.
 Salah satu cara untuk recycle botol-botol minuman plastik.

Aku bersama dengan wakil pelajar PSU yang membawa kami meninjau sekitar kampus.

Macam biasa. Gambar kenangan.

Ok kawan-kawan. Sampai kat sini dulu lah ye... Next time cerita lagi... 
Happy Blogging!

Comments

  1. wayar elektrik berserabut.hehe

    lawanya kampus mereka, tapi upm pun lawa juga.hehehe

    bagusnya ada makanan halal dan diasingkan segala peralatan

    ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda