Skip to main content

Lumba Basikal


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum 

Tuah basikal pinjam


Sekali lagi terjebak dalam kayuhan. Tak berhajat langsung. Hari tu kayuhan santai pun, kawan yang ajak. Tapi sebab santai, SS setuju sajalah. Kali ni bila anjurkan perlumbaan, memang SS buat tak tahu je. Tapi jiran sebelah meja SS ni tiap2 hari ajak SS untuk cukupkan penyertaan wanita. 2 - 3 minggu juga dia pujuk SS. Akhirnya dengan berat hati, SS bersetuju. Twist mindset kepada menyokong program anjuran kawan SS ni. Alang-alang SS dah jadi sekretariat program membantu kelancaran penganjuran, dapatlah SS cari pengalaman dalam menguruskan program sukan pula.

SS sebenar-benarnya memang tak suka terlibat dalam acara sukan, permainan lebih-lebih lagi pertandingan/perlumbaan. Tak suka aura dia. SS ni berdarah gemuruh and i'm not a fighter. Namun, kerana berjaya dipujuk kawan, SS redha.

Pertama kali dalam hidup SS terlibat dalam perlumbaan. Oh tak, paling akhir sertai perlumbaan pun waktu sekolah dulu. Itu pun kerana terpaksa untuk mewakili rumah sukan dan sekolah. Lepas juga ke peringkat daerah. Semuanya sebab keterpaksaan. SS ambil bahagian dalam acara bola jaring dan olahraga. (Sekolah rendah jadi SS di posisi GA/GS, lompat tinggi/ lompat jauh, sekolah menengah mampu jadi C & WA dan larian jarak jauh 4x400m, 4x800m & 1500m mungkin sejak sekolah menengah tumbesaran SS dah terbantut tapi stamina yang mula meningkat). Jadi, SS ada pengalaman sertai aktiviti sukan dan SS akui tidak ada jiwa dalam kesukanan. Tapi, syukur SS ada kenangan untuk disingkap.
 
Lumba basikal di waktu usia mencecah pertengahan 30an, bukan suatu perkara mudah tambahan pula, SS bukan ikut trend masa kini rakan-rakan pengayuh basikal. Kali terakhir jadi heroin basikal pun, 21 tahun yang lalu bersama kawan-kawan pusing kampung petang hari dan pergi tuisyen di bandar. Inikan pula tiba-tiba nak sertai perlumbaan basikal. Latihan pun tak pernah buat, memang mengundang betul SS. Cuma kali ni memang atas sebab sebuah persahabatan saja. Itupun SS minta dia masukkan nama SS akhir sekali waktu tarikh tutup penyertaan. Mana la tahu, kalau-kalau ada orang lain yang masih berminat, sekurangnya mereka ada peluang. Akhirya memang SS menjadi orang terakhir yang berdaftar.
 
Alhamdulillah satu kenangan tercipta. Terima kasih staff Pusat Sukan & Kebudayaan yang menyokong. Setinggi-tinggi ucapan teristimewa kepada kat jiran sebelah meja SS, Ila namanya kerana tiap2 hari pujuk SS utk sertai, sampai terbuka hati SS. Akhirnya, berdirilah sis bersama 8 orang finalis kategori 'Mountain Bike' Wanita. 
 
Bergambar beberapa saat sahaja.

 


Menyertai acara lumba basikal ni, memang ini pertama kali dalam hidup SS.  Dia punya debaran memang lain macam. Tambahan pula SS memang tak suka berlumba-lumba ni. Seminggu tengok ramalan kaji cuaca. Bersyukur sebab hujan rahmat. Siap thunderstorm lagi katanya. Tapi pasukan kami sebulat suara untuk teruskan perlumbaan dengan mengambil kira pandangan dan nasihat daripada pengadil yang bukan calang-calang orang (Tapi SS tak kenal siapa). Tak sempatlah nak jenguk para pengadil. Dari mula sampai akhir, SS hanya ambil berat dengan degupan jantung yang semakin laju, tapak tangan dah mula berpeluh, hati gundah dan jiwa kacau.
  
SS semakin kecut perut apabila melihat basikal peserta yang bukan sembarangan. SS semakin rasa menggigil apabila peserta kelihatan begitu tenang sekali. Tak seperti SS yang dah mula seperti cacing kepanasan. Ke hulu ke hilir, keluar masuk dewan tanpa sebab. 8.30 pagi, bermula dengan saringan kategori lelaki. Hujan agak lebat. Tapi peserta lelaki memang steady. Giliran team wanita, jam 11 baru boleh mula. Sangat bersyukur kerana waktu giliran team wanita, hujan rintik-rintik manja turun ke bumi.

Perasaan nervous SS agak luar biasa. Cuma SS tak turutkan hati. Dalam hati sis berkata "apa nak jadi, jadilah! Janji kayuh sampai selesai!".
 
Waktu kayuhan SS tak fikir apa dah sehingga di kilometer ke-2, SS dah tak rasa lengan dan betis SS. Tapi keduanya memang terus mainkan peranan kayuh tanpa henti dan pegang handle dengan kemas.

Walaupun ada kawan-kawan yang offer SS guna basikal pro mereka, tapi SS risau berlaku kerosakan berpunca dari tangan SS. Lagipun, SS lebih selesa guna basikal universiti, pinjam dari Pusat Kokurikulum UMP walaupun basikal itu sebenarnya tunggu giliran untuk diselenggara. Tawaqaltualallah.

Bersedia untuk berlepas. SS tak sampai kaki, tak boleh nak duduk atas seat macam orang lain.

Inilah jiran sebelah meja yang hari-hari pujuk SS sampai terbuka hati walau dalam keterpaksaan.


Jadikan kenangan dan pengalaman.

Rezeki dan tuah.

Loghat Pahang : Gagohmu (Gagah kamu) Gatih (Kayuh)

Candid camera.


Akhirnya SS berjaya selesaikan Cycling Challenge Race 2020 sejauh 5km. Masih tak percaya dalam rasa ketidakyakinan untuk sertai acara lumba basikal, SS akhirnya berjaya dapat tempat ke-3. Itu pun kena pintas dek kawan SS waktu hampir ke garisan penamat. Hehehe, rezeki setakat tu, Alhamdulillah.

Alhamdulillah wa syukurillah.
Teristimewa ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada suami yang mengizinkan dan sahabat SS - Ila yang mendorong, Pusat Kokurikulum yang pinjamkan basikal, Pusat Kesihatan yang bagi minyak panas dan kawan-kawan sekeliling yang sangat supportive.
 
Cabaran disahut, memori tercipta.
Cerita menggamit kenangan
28 November 2020

Terima kasih sudi singgah dan baca entri.

You gain strength, courage and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You are able to say to yourself, l lived through this horror. I can take the next thing that comes along.

Comments

  1. tahniahnyer semut.. leh senyum pasni šŸ˜…

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..tahniah!!...cantik medalnya..
    dah lama x naik basikal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Medal buat kenangan. Boleh dah start kayuh basikal pusing taman tu. .

      Delete
  3. fuyyoooo!!
    Dah lama x men beskal..
    rasa2 nya x sure la bole kayuh lagi ke x ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, boleh lagi tu. Saya yg dah berpuluh tahun x kayuh ni, mmg ambik masa juga pusing2 tempat kerja.

      Delete
  4. Wow... Hebat nyer SSšŸ‘šŸ‘
    Cikbunga pon ade basikal kat rumah... Lama. Dah tak kayuhšŸ¤ŖšŸ¤Ŗ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dah pelan-pelan start kayuh tu cikbunga

      Delete
  5. Kak Feni datang melawat ni. Bestnya kayuh basikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak feni sudi singgah sini. Jom kayuh.

      Delete
  6. Tudia mengayuh dalam keterpaksaan pun dapat no 3. Kalau rela masuk bertanding, confirm SS juara nih hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir jugak kalau banyak training mesti lagi tinggi stamina. Tapi cukup laa setakat ni. SS tak suka vibes racing ni. Hehehe

      Delete
  7. Alhamdulillah syukur..
    Tahniah Semut.

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah SS. Dapat nombor 3 pulak tuu :)
    Btw done follow SS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki hari tu. Terima kasih sudi follow.

      Delete
  9. Wah, dalam gemuruh tu dapat jugak tempat ketiga, tahniah SS

    ReplyDelete
  10. Tahniah. Hebat mengayuh basikal ni. Andalah fighter sebenar :)

    ReplyDelete
  11. wahhhh dalam tak nk tak nak tu pun dapat no 3... tahniah

    ReplyDelete
  12. medal comel gagohmu gatih.. haha

    ReplyDelete
  13. tahniah! saya tak boleh kayuh basikal, sakit bontot hahaha

    ReplyDelete
  14. ehhh ump pahang...SS stay pahang ke?weh sama negeri la kite..abg AD gile dgn basikal ni..hari2 pergi mengayuh.g jambori sana sini..AD sejenis tak minat hahaha

    ReplyDelete
  15. Wah! Tahniah SS.
    Dalam tak mahu tapi dapat juga medal ya ;-)

    ReplyDelete
  16. Tidak bersedia pun dapat nombor 3. Si Ila tahu SS boleh lakukan.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.. Memang dah rezeki SS..
    Tahniah ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.