KLIK KLIK

17.6.21

TTC's Story #18 : Consume Evening Primrose Oil (EPO)

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

2015 : Aku hadiri satu ceramah agama bersama ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Waktu tu, ustazah ni memang viral dengan rancangan Semanis Kurma. Aku pun memang suka tengok rancangan tu setiap malam Jumaat. Banyak ilmu-ilmu rumahtangga percuma dapat dari ustazah dan suaminya. Berbalik pada ceramah ustazah yang aku sertai tu, ustazah ada bercakap pasal EPO. Aku tak tahu apa itu EPO. Kata ustazah EPO ni untuk stabilkan hormon. Ustazah mengamalkan makan EPO untuk menjaga kesihatan dalamanItu je seingat aku. Aku tertarik pada perkara-perkara untuk betulkan hormon ni. Habis ceramah aku terus godek-godek internet cari apa itu EPO.


Google

Evening Primrose Oil  merupakan tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan Selatan, serta tumbuh juga di seluruh Eropah dan bahagian Asia. Ia merupakan bunga kuning yang terbuka ketika matahari terbenam dan ditutup pada siang hari. (Agaknya sebab tu namanya Evening kan?). Biji bunga ini diproses untuk mendapatkan pati minyak.

Antara kelebihan EPO ini adalah :

  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) contoh sindrom seperti sakit payudara, sakit kepala dan senggugut.
  3. Menggalakkan kulit yang sihat seperti melembabkan kulit, ekzima dan alergi
  4. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak.
  5. Menguatkan kuku
Siapa yang sesuai makan EPO ni?
  1. Perempuan yang mengalami masalah hormon
  2. Haid yang tidak teratur
  3. Masalah kulit kering, berminyak atau berjerawat
  4. Mengalami rambut yang rosak
  5. Masalah kuku yang rapuh, mudah patah dan menggelupas
Cara makan EPO.
  1. Amalkan sehingga period regular. Biasanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan.
  2. Makan pada hari pertama period hingga habis period sahaja atau makan pada hari pertama hingga hari ke 14 period.
  3. Berhenti pada waktu subur dan disahkan hamil.

Google



Nampaknya EPO ni memang untuk stabilkan hormon dan memberi manfaat kepada kecantikan kulit. Waahhh... teruja kan? Jadi, aku pun mula mengamalkan EPO ni. Antara jenama-jenama suplemen yang bagus adalah seperti Blakmores, Bio-Life, Kordel's, Naturalle dan banyak lagi. Aku biasanya beli kat Watson, jenama Blackmores . Harga pun dalam RM42.00++ . Biasanya beli time promosi. Dapatlah harga murah sikit kan. Kadang-kadang tu beli yang botol besar terus, jimat dan tahan lama tapi pastikan tidak sampai ke tarikh luput ye.

Hampir dua tahun juga aku consume EPO ni. Aku mendapati masih tiada tanda-tanda kehamilan. Period aku masih tingtong. Berat badan naik dan tak ada perubahan dengan sebelum pengambilan EPO. Rata-rata kawan aku pun bagitau EPO mengganggu period mereka. Aku terus cari bahan bacaan lain mengenai keberkesanan EPO. Akhirnya aku mendapat jawapan.

EPO bukanlah untuk meransang kesuburan untuk proses kehamilan. EPO berperanan membantu mengeluarkan lendiran mukus serviks yang membawa sperma dari vagina terus ke rahim sahaja. Jadi, aku dapati ini bukan fokus utama aku. Habis botol terakhir, aku terus berhenti mengambil EPO sebagai suplemen TTC aku. Kalau nak makan semula, kemungkinan aku akan ambil waktu pra-monopos. Sebenarnya minyak ikan dan daging ikan salmon adalah lebih baik berbanding EPO. 

Tamat kisah TTC's aku pada tahun ketiga perkahwinan.
Bersambung...

Rujukan :
  1. Kelebihan EPO
  2. Kesan EPO
  3. Blog Dr. Zubaidi
  4. Facebook Dr. Hamid Arshat
 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Baik untuk mereka belum tentu baik untuk kita. Selidiki dan fokuskan keperluan diri".

21 comments:

  1. for those yg mmg tgh nak tau all the preggy's info.. mmg should come and read here :)

    ReplyDelete
  2. catik bunga kuning tapi ada khasiatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, cantik betul ciptaan Allah dan dpt dimanfaatkan oleh manusia.

      Delete
    2. Subhanallah ,indah ciptaaan Allah, dapat pulak dimanfaatkan kepada manusia.

      Delete
  3. Baru tahu EPO untuk apa.
    Sekarang saya amalkan minum air kunyit dengan halia, serai dan limau. Back to semulajadi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka minuman kombinasi air kunyi, hala, serai dan limau... sedaaappp...

      Delete
  4. Pernah makan untuk kesihatan. Rasa makan sekejap sahaja sebab malas beli lagi. Cuba vitamin lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. vitamin apa pun mmg bagus utk keperluan badan, cuma tetap kena banyak minum air.

      Delete
  5. dulu ada kawan kak ana amalkan EPO ni memang cantik sangat kulit wajah dia walaupun dah berusia , mmg ramai kata bagus ..

    ReplyDelete
  6. akak memang amalkan epo
    dari dulu2
    alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Epo mmg bagus kak. sbb tu saya pun brcadang nak ambil juga nanti. cuma buat masa ni belum jadi keperluan lagi.Semoga kekal sihat dan cantik akak.

      Delete
  7. Baru tahu
    Tapi selalu nampak botol blackmores tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, botol blackmores tu ada je di mana2. bukan hanya di farmasi.

      Delete
  8. Cantik hasil tangkapan gambar bunga berwarna kuning tu. Mat Saleh kata nice shot.

    ReplyDelete
  9. Sha dah lama tak makan EPO ni.. macam nak kena start makan balik je..

    ReplyDelete
  10. aida x makan ni, SS.
    tapi tu la. once anak sulung tu boleh makan, nak try suruh dia consume.
    at her age now, doktor tak kasik berikan apa2 suplemen utk kitaran haid dia yg tak normal.
    kerana masih peringkat umur hormon lom stabil.

    ReplyDelete

Klik Sekali