Skip to main content

Roadtour 3B Azdan Quranic Center di Pahang


Assalamualaikum semua, kenal tak siapa sebelah SS ni? Sedondon pula kami. Alhamdulillah… Terima kasih kat kawan SS, Hanum yg mengajak SS ke Roadtour 3B Azdan Quranic Center. Sebulan yang lalu memang sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, tambahan dengan keadaan diri yang kurang sihat. Bila di ajak ke sini, SS terus setuju. Benda baik yang datang kan, jadi memang tak fikir panjang, terus terima tanpa banyak soal. 



SS sebenarnya tak tahu tentang program Azdan ni, tak pernah rasa nak cari pun, sehingga SS dapt whatsapp daripada Khidmat Pelanggan Pusat Quran Azdan yang memperkenalkan dirinya sebagai Ustazah Dee. Baru teringat yang Hanum dah daftarkan nama SS. Masa tu baru tertengok poster. Laaaa ini ke Azdan-nya… Selalu sangat nampak Ustaz Anas Azami dan Ustazah Aisyah Baain lalu-lalang dalam iklan mengaji di facebook. Suka dengar bacaan ustazah. Tapi tak pernah laa nak godek-godek pasal Azdan ni.  


Ustaz Fateh mencerikan suasana seminar dengan aktiviti
yang bikin semua peserta tersenyum.

Tapi bila dapat peluang mengenali apa itu Azdan, Allahu rasa jatuh hati. Dengan semangat peserta dan perkongsian daripada mereka yang menyertai seminar ni. SS tertarik dengan perkongsian seorang peserta berumur 50-an dalam Slot Inspirasi. Beliau yang mula belajar mengaji dari kosong, mengambil masa lebih kurang dalam tempoh sebulan sahaja untuk melancarkan bacaannya. Terujanya SS!

Ustaz Anas dan Ustazah Aisyah mengendalikan seminar dengan penuh berhemah.

SS terfikir apakah kaedah Azdan bagi melahirkan ramai insan yang celik Al-Quran?. Ramai yang dah menyertai program ini mengesahkan bahawa Azdan menjadikan mereka sangat mudah belajar Al-Quran. MasyaAllah. Persoalan SS ini terjawab dalam Slot Mengaji Express. Rupanya penyampaian ustaz dan ustazah sangat berhemah dan sangat teliti dalam memberi pemahaman kepada peserta. Mereka bukan sahaja mengajar peserta mengenal Al-Quran malah mengajar untuk memahami Al-Quran melalui psikologi, bahasa dan perumpamaan yang ternyata sangat mudah difahami oleh pelbagai peringkat usia.

Ustazah Aisyah bertaranum.

Ustaz Anas memberi taklimat
 
Salah satu aktiviti keceriaan. 
Kredit : IG Story azdanofficial


Tersentuh dengan kata-kata ustazah yang meredhakan pengorbanannya dalam mewakafkan diri untuk membantu ummah membaca Al-Quran. Subhanallah. Mendengar perkongsian peserta yang memberi penuh inspirasi, sekali lagi SS kagum dengan hidayah yang Allah berikan kepada hambaNYA yang terpilih untuk mencintai Al-Quran dengan setulus-tulus cinta. Subhanallah.



Kaedah memahami bacaan dengung.



Pusat Quran Azdan mempunyai formula asas mudah mengaji dan pemantapan surah lazim dalam tempoh masa kurang 7 jam! MasyaAllah. Hebat bukan? Majlis ilmu penuh baraqah itu mengharum dengan aura-aura positif dan semangat pejuang Quran. 
MasyaAllah. Hebat sungguh.


AZDAN JOURNEY :
1) Signature Program
❤️Mengaji Express
❤️Sempurna Al-Fatihah
❤️Mantap Makhraj
❤️Nak Kuasai Huruf
❤️Amazing Quranic Life
❤️Seminar The Voice of Quran
❤️Rahsia Simbul Quran
❤️Azdan Circle Booster

2) Mentorship Programme
💛Azdan Masterclass Intensive
💛Mastery Quran
💛Ngaji Sampai Pro

3) Special Programme
💚Azdan Taranum Intensive
💚Azdan Fastrack Bootcamp
💚Extraordinary Quranic Murobbi
💚Azdan Kids
💚Bina Pusat Pengajian Berjaya.


Hanum,
sahabat yang mengajak SS ke program ini.

Bergambar bersama Pengasas Azdan Quranic Center


Bergambar kenangan peserta bersama team Azdan.

Di akhir seminar ini, peserta dapat mengetahui teknik menguasai surah lazim dan pandai mengaji dengan mudah serta formula pemantapan tajwid tanpa perlu menghafal. Sebenarnya SS rasa tak cukup sekadar menghadiri program separuh hari tu. Tapi SS tetap bersyukur waktu itu terisi dengan ilmu dunia akhirat. Semoga Allah bagi peluang untuk terus belajar, memahami dan mencintai Al-Quran dan in shaa Allah, Allah akan permudah segala urusan Pejuang Al-Quran. 

Amiin Yaa Rabb.


Maklumat lanjut boleh layari :



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda