Skip to main content

Menatarias Penari Persembahan Pentas





Tatarias persembahan pentas tak sama dengan tatarias (make-up) harian.  Menatarias penari juga salah satu tugas SS. Pengalaman yang tak dapat SS lupakan, SS pernah mendapat 21 orang penari perempuan (pelajar) yang tak ada pengalaman stage make-up, dan memang nak patah pinggang SS dibuatnya. Serik! 
Bayangkan kalau seorang bersiap dalam tempoh masa satu jam, apatah lagi untuk 21 orang. Kita mungkin kata mustahil zaman sekarang perempuan tak pandai make-up. Tapi tak mustahil ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kalau dapat yang ada asas tatarias pun, SS memang dah bersyukur sangat. Ringan sikit beban SS. Menatarias penari tak sama keadaan dengan make-up pengantin yang kita terlebih dahulu perlu kaji bentuk muka, pilihan tatarias yang sesuai, lebih teliti dan meluangkan masa untuk seorang pengantin sahaja atau make-up diri sendiri yang kita dah sedia maklum bentuk muka, mata, hidung, tulang pipi, bibir, kening, bulu kening, gelap bawah mata dan sebagainya. Persiapan bagi persembahan pentas perlu dilakukan dengan cepat dan pantas. Kadang-kala 2 jam persiapan pun belum cukup untuk menarias sekumpulan penari.

Susulan dari pengalaman yang serik itu, SS buat kelas asas menatarias persembahan pentas. Penari semua perlu tahu asas make-up, terutamanya cara pemilihan dan pemakaian foundation & blusher.  Pelajar yang rajin dan ada pengalaman lebih sikit tu boleh dah up level belajar make-up kening dan apply eyeshadow. Ini bahagian yang paling susah. SS cuma akan buat last touch-up sahaja. 

Mereka tak biasa make-up tebal-tebal. Mereka anggap yang dah bertempek kat muka tu dah tebal dah. Tapi rupanya perlu lebih tebal lagi. Mereka dah mula belajar, tentang keperluan menggunakan foundation yg sesuai untuk pentas dan fungsi make-up yang melibatkan pencahayaan. Apabila mereka berada di atas pentas, penonton akan nampak bentuk dan karaktor muka lebih kemas dan menonjol. Sekiranya sekadar make-up ringan, muka akan nampak berminyak dan tidak bermaya. Mereka akan mencacatkan lagi hasil videografi dan fotografi pementasan serta tidak dapat mengekpresikan raut wajah sewaktu bermain di pentas. 

Semuanya perlukan proses. Latihan dan pengalaman.  Akhirnya, ada penari yang tak pernah sentuh alat make-up seumur hidup, namun dah masuk tahun tiga, dia lebih expert tentang alatan dan cara make-up. Ada yang bermula dengan menatarias kening macam Sin Chan, tapi, masuk ke tahun tiga, dialah kening paling cantik dan menjadi rujukan. Tak perlu SS tunjuk ajar dah, mereka dah boleh buat sendiri. Malah berkongsi pula ilmu antara satu sama lain. SS tinggal nak approve saja. 

Itu yang kita mahu kan? 
Self improving & confident. 




Comments

  1. Ohh baru tau. Terima kasih atas infonya

    ReplyDelete
  2. Kunjungan pertama ke sini. Salam kenal. Ijin saya follow blognya.
    Tata rias wajah memang tidak gampang ya...

    ReplyDelete
  3. saya yang dah tua ni pun masih tak pandai mekap huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.