Skip to main content

New Desktop Wallpaper



2024, sebulan telah berlalu. Terlalu banyak peristiwa besar yang berlaku dalam hidup SS. Masih tersimpan semua cerita dalam draf blog. Bila masuk tahun baru, ada orang yang inginkan semua baru. Tapi SS ni mengikut situasi dan keadaan juga. Buat masa ni SS mulakan pandangan yang baru di desktop SS. Hari-hari buka mengadap laptop kan, jadi apa yang kita lihat itu akan mempengaruhi minda kita. Betul tak?




Ini design wallpaper desktop terbaru. Konsep minimalis tapi masih mengekalkan elemen nature. Dedaunan, dua kuntum bunga, tiga ekor semut dan seekor lebah sekadar menghiasi desktop. Cuma kali ini SS nak lebih feminin. Blue mint dan merah jambu menjadi pilihan. Adakah nampak bosan?



Ini design wallpaper dekstop SS tahun lalu. Kebiasanya SS suka elemen outdoor and nature. Bila tengok wallpaper yang ada pandangan macam ni, SS akan rasa fikiran ni luas, idea bercambah-cambah dan rasa tenang. Warna biru dan hijau adalah antara warna kegemaran SS. Tapi untuk tahun ni SS nak sebuah kelainan. 


Oh, kali ni SS sertakan sekali Doa Perlindungan dari Sifat-sifat Negatif dan Beban Hutang. Dulu, di pejabat SS, SS ada tampal ayat ni kat meja. Jadi hari-harilah baca doa ni terutama waktu pagi dan petang. Dan alhamdulillah doa ini memang mustajab untuk SS. Allah sentiasa tunjukkan jalan atas setiap kesukaran yang SS lalui. Doa ini menjadi salah satu doa kegemaran SS. SS kongsikan doa itu di sini juga. Semoga dapat menjadi amalan kita bersama. 


Terima kasih adik bongsu SS, Intan Shahirah yang banyak bantu SS.



Comments

  1. ALHAMDULILLAH TKSH PERKONGSIAN ILMU

    ReplyDelete
  2. Ana pun suka elemen nature hehe

    ReplyDelete
  3. doa yg diulang-ulang insya allah mudah dikabulkan-Nya

    ReplyDelete
  4. cantik wallpaper dekstop yang first tu. wallpaper dekstop saya gambar anak2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni belum ada anak2 lagi nak jadikan desktop heehe,

      Delete
  5. TQ kongsikan doa yang SS amalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, perkara baik wajib dikongsi bersama

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.