Skip to main content

Pertama Kali Jumpa Rakan Blogger UmmiNani

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM....


Buat pertama kali jumpa dengan rakan blogger daripada KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. Biasanya kita borak-borak dalam whatsapp saja. Alhamdulillah. Dengan izin Allah dapat juga bersemuka. UN datang Kuantan. Kebetulan SS cuti hari tu, jadi syukur sangat Allah permudah pertemuan kami. Ingat kan jumpa seminit dua saja, rupanya siap pusing Kuantan lagi kami. Bila kenal UN ni tak rasa janggal pun. Betul, macam dah 10 tahun kenal. Seronok. Siap tawaf tempat sama 4kali. UN pun mungkin sampai dah boleh hafal jalan. 🤭 Banyak pula kedai yang nak pergi tu, tutup hari Isnin. 

Terima kasih Ben Ashaari dan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang menjadi punca perkenalan dan pertemuan ini. Baru sorang jumpa ni. Belum berpuluh-puluh ahli lagi. 



Teman UN sarapan sambil sesi takruf. 

Jalan-jalan ke Teluk Cempedak. Matahari meninggi.

Nak juga ambil gambar berlatarbelakangkan perkataan itu. Bukti. 



Acara penutup bersama UN minum kopi di Kuantan Pickers.


UN jangan serik naa... mai nanti, hello2 laa... In shaa Allah, ada kesempatan kita jumpa lagi. Syukur untuk kenangan terindah ini. Semoga Allah merahmati ukhwah persahabatan ini. 

Comments

  1. ALHAMDULILLAH PERTEMUAN BHGIA INDAH

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sambung ukhuwah di alam nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Bila lagi nak jumpa kak? hehe

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.