KLIK KLIK

7.8.12

KAMPUNG NELAYAN

Assalamualaikum...

Apa macam cuti sempena Nuzul Quran semalam? Adakah anda memanfaatkan sebaik-baiknya? Dah berapa juzuk baca Surat Cinta tu? Aku masih lagi membaca setiap hari... Cuti 3 hari lepas, aku n family sempat jalan-jalan kat kampung nelayan... Saja-saja menghirup udara pantai di Kampung Kuala Pahang.

Salah satu rumah nelayan yang ada di situ... 







Lori yang digunakan untuk membawa hasil laut ke pasar-pasar.




BUBU : Alat yang digunakan untuk menangkap ikan.



Aku zoom skit rupa bentuk Bubu ni.



Hasil laut yang dijemur dan dijual.. 
Yang paling best aku rasa, ikan kerapu.. Tak terlalu masin tau, tapi mmg sedap makan dengan nasi panas-panas pun jadi lah. Beli dengan pengusaha ikan masin ni lebih murah tau.



Kedai yang masih mengekalkan reka bentuk lama. Susah nak jumpa sekarang ni.



Rumah baru dibina bagi menggantikan rumah-rumah nelayan yang akan dirobohkan tak lama nanti.


Di sini, aku mengajak korang bandingkan perbezaan hidup korang, cara hidup korang dengan gambar2 yang aku bentangkan ni. Mungkin kehidupan kita jauh lebih sempurna dari mereka. Rata-rata aku tengok mereka bahagia walau sekecil mana pun rumah, walau sesikit mana pun habuan berbuka, walau sesusah mana berbumbung panas mentari....

Kalau ada baju-baju yang masih elok, yang dah tak muat ke, yang dah tak nak pakai ke... korang hantar je lah kat perkampung nelayan ni. Sedekah je pada mereka. Sedekah bukan setakat wang ringgit ye kawan-kawan. Bulan-bulan puasa ni apalagi, banyakkanlah amal jariah ye... Bahagia bila tengok senyuman mereka.









 Senyum pun satu sedekah
Terima kasih sudi singgah, sudi baca, sudi comment.
^___^

10 comments:

  1. oh hoo...sayu & bangga tgk sebab masih lagi ade bangunan lama mcm nie..

    ReplyDelete
  2. kan.. tang bangunan lama tu yang mahal tu.. sekarang tak dapat cari dah...

    ReplyDelete
  3. byknya ikan..
    *kita kena sntiasa bersyukur dgn apa yg kita ada..ada org yg lg ssh dr kita..sayu je tgk..
    tapi i jeles 1 bnda je dgn dorang ni..jeles sbb dorang slalu dapat mkn ikan fresh..;)

    ReplyDelete
  4. kat sabah pun ada KAMPUNG NELAYAN... rumah ada yang atas tanah... ada yang atas air...

    dah lama x jejak pahang...

    ReplyDelete
  5. rata-rata perkampungan nelayan begitulah seadanya...
    kita seperti terlepas pandang kepada mereka. Hasil pendapatan mereka banyak bergantung kepada keadaan cuaca. Itu belum tgk gamba anak2 nelayan yang lebih menyentuh hati...

    Moga kita mendapat iktibar.

    ReplyDelete
  6. Sayangnya kadang kita tak bertemu dgn org susah dik. Kalau duduk di bandar mana ada org susah kan. Kalau tidak ada yg memberi info memang kita tak tahu...

    ReplyDelete
  7. kita kna brsyukur dgn ape yg kita ade . btw , seronok sgt tgk khidupan dorg . dekat dgn keindahan alam milik Allah . :)

    ReplyDelete
  8. waa , nampak aman dan damai je perkampungan kat situ . cadangan yg bernas ! sedekah bulan puasa amat berganda2 pahala :)

    ReplyDelete
  9. kehidupan kita ngn diorg sgt berbeza kan? tp insyaAllah Allah akan murahkan rezeki diorg tu...^.^

    ReplyDelete
  10. susahnya hidup2 org nelayan nih yer...tapi ramai2 anak2 yg berjaya

    ReplyDelete

Klik Sekali