Skip to main content

Deejavu di Bawah Bayu

Assalamualaikum...

Ini cerita aku di Sabah. Pertama kali aku menjejak kaki di negeri Bawah Bayu itu lebih kurang 4 tahun lalu, hati aku memang dah jatuh cinta di situ. Tahun lepas sekali lagi aku ke negeri Sabah untuk tujuan kerja dan berhasrat untuk pergi lagi. Kali ini sekali lagi penghujung bulan lepas aku menjejak lagi kaki ke situ. Setakat ni, cinta aku pada negeri Bawah Baju tetap utuh di hati... fullamak!!! 

Dari Pahang aku bertolak jam 9.00 malam ke LCCT. Sempat singgah di Perhentian Genting Sempah sebab pemandu mengantuk. Kerja sebagai pemandu ni memang penat walau kita tengok dorang drive je kan... Tanggungjawab juga besar terhadap nyawa-nyawa penumpang ni. Pergi dan balik mestilah selamat. Jadi kami berhenti minum. Aku nak kongsi minuman yang pertama kali aku cuba. Buah Kiwano. Buah dari Afrika.

Warna hijau. Rupa buah tu macam alien pun ada aku tengok. ehhehe. Rasanya macam campuran pisang dengan epal. Rasa pisang ada, rasa epal pun ada. Tapi ok lah. Nice! Untuk jadi minuman kegemaran tidak la kot. Sebab aku bukan penggemar pisang. ^___^


Berbalik pasal cerita di Sabah. Bahagian yang aku rasa macam syurga dunia sudah tentu salah satunya bab makanan. Students aku yang lebih glamor dengan nama 'Sky' bersama seorang pelajar UMS membawa aku ke situ. (Psstt : masa terluang jangan di sia-siakan, mari kita berjalan-jalan, cari makan). Dorang bawa aku ke satu tempat yang cukup membuatkan aku senyum sampai ke telinga.

 Makan ikan bakar! Kat Kuantan pun ada, tapi budaya makan di sini berbeza. Itu yang aku suka. Tempat ikan bakar ni dekat je dengan pasar Philipine. Nampak tak khemah-khemah tu, hah, sepanjang itulah orang menjual ikan bakar. Tengok sama je semua, rambang mata juga bila perut dah lapar kan..


Aku mendekati salah satu gerai tu... Kalau di semenanjung aku kira, kalau nak makan ikan bakar ni, pergi lah kat restoran yang ada jual ikan bakar, Kalau nak makan, kene pergi kat bahagian ikan. Pilih-pilih ikan apa nak, nak bakar macam mana, sambal biasa ke, petai ke.... Tapi di sini, ikan-ikan bakar siap dibakar dan di pertontonkan di hujung-hujung meja. Nak ikan apa, ambil je. Bukan ikan je ada, sotong, udang macam-mana udang pun ada... Senang kan. ^___^

Hah, tengok tu... teruja tak? Bila perut dah lapar, rasa ketar-ketar je badan ni nak ngap semua benda yang ada. heehhe... Nampak tak bekas-bekas pink tu? Itu macam ulam-ulaman. Ada yang macam kerabu.... satu piring RM 2.00. Bukan sikit tau! Penuh punya... ^___^


Akhirnya aku mengambil 'port' di kedai ni... Waktu ni dah petang. lebih kurang jam 6.00 petang. Tengah tunggu orang kedai ni panaskan ikan dan sotong yang kitaorang pilih.


Tarrraaaaaaaaaaa!!! Kalau ikot hati nak pilih semua yang ada kat situ. Tapi cuba membataskan nafsu makan. Nanti kalau tak habis membazir pula, kan. Aku pilih ikan jenahak bakar, sotong bakar (ada telur sekali tau, peerrggghhh!!!). Ayam bakar tu satu keperluan makanan aku di Sabah ni... memang best!



Hah, yang hijau ni, pertama kali aku nak cuba. Rumpai laut. Dorang kata best, tengok gaya memang macam best! Abaikan gambar yang shaking ini akibat keterujaan aku terhadap makanan-makanan yang ada di depan ku. (Camera handphone yang cikai, tapi boleh laa...)


Ni dia, aku zoom rumpai laut ni untuk tatapan korang... Peerrrgghhhh!! Rasa dia memang best! Makan dengan nasi putih pun ngam je joe! Tengok tu, begitu juicy! Aku sendiri tengok pun rasa melecur je air liur ni... Dia macam anggur tau, kecik-kecik comel je. Bila macam, meletup-letup crunchy dalam mulut.... tu yang best sangat tu! Ini membuatkan aku sekali lagi jatuh cinta. Korang bila lagi nak mencuba?


Bila semua lauk dah ada depan mata, ni dia bahan-bahan untuk membuat air asam dengan sendirinya. Rasa macam dekat rumah pula. Best! Tak peduli dah siapa di sebelah kita, di depan kita, atau dibelakang kita. Feel like  home. Ikut suka kita, nak lebih pedas ke, lebih masin ke, lebih asam ke, terpulang! Best kan?! ^___^


Asyik sangat menjamu selera sampai tak terfikir nak ambil gambar masa makan... lagi pun rasanya tak perlu kot gambar masa makan.... sedar tak sedar dah senja pun... pemandangan di sini buat aku jatuh hati lagi. Tengok gambar tu. Ni kalau tengok dengan mata sendiri, Subhanallah. Cantik sungguh langit yang kemerahan ni. 6.30 dah Maghrib. Tapi jangan risau. Surau sangat dekat dengan tempat yang kami makan. 20 langkah dah sampai pintu surau.

Akhir kata, aku nak pergi lagi ke Sabah...!!!! 

Terima kasih sudi singgah, sudi baca & sudi komen.
^___^

Comments

  1. semut yang baik hati..aduhai eka dah terliur..menggigil tengok makanan ni semua..memang mengidam sangat nak makan benda bakar2 gini..nyum nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  2. hoo syoknya.. hoho dejavu2.. udang besar2 habaq hang..

    ReplyDelete
  3. dh lama berangan nk g sabah tp takde yg sudi bawak. hahaha

    ReplyDelete
  4. wow... meriahnya tpt ni... nampak sema sedap... camna rasa rumpai laut tu...

    ReplyDelete
  5. waaa , bestye gi Sabahh .tak pernah pergi sanee .. :P

    ReplyDelete
  6. makneng follow sini
    jom follow makneng

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.