Skip to main content

Posts

Kaki pun perlukan perhatian

Assalamualaikum. Serius aku dah lama tak update blog aku. Punya lah busy... kadang2 ada cerita, tapi tak tertaip.... Dengan kesempatan yang ada ni, aku nak share dgn korang senaman terbaik utk kaki. Kadang-kadang kita selalu lupa nak jaga kaki kita. Asyik lebihkan muka je kan... mana boleh , tak adil la kan, kaki pun perlukan perhatian.   Boleh praktik kan senaman di atas, setiap kali sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah kita... Aku dapat video ni masa aku pergi seminar kesihatan kat tempat kerja aku itu hari. Jadi saja laa nak sharing dengan korang kan...  Sharing is caring.. kan kan kan.... Selamat mencuba! ^___^

Lelaki dan Perempuan boleh guna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Malas nak celoteh panjang lebar, agaknya korang pun bukan rajin nak membaca entri berjela-jela kan. Aku cuma nak kongsi produk yang aku guna hampir 3 bulan sudah ni... NUTRIGANICS ~ Smoothing Eye Cream Produk keluaran The Body Shop . Produk ni memang terbaik selama aku pakai 3 bulan ni. Produk ni sebenarnya untuk menghilangkan lebam bawah mata . Tiada lagi mata panda anda... Sesuailah untuk orang yang macam aku, Yang selalu tido lewat, bangun awal.... Yang mata tak cukup rehat... Yang akhirnya akan esok bangun pagi-pagi tengok wajah di cermin tak boleh beza diri sendiri dengan panda... Nah, ini lah penyelesaiannya! CARA GUNA Pagi, selepas mandi wangi-wangi... Malam, sebelum tidur... Sapu di sekeliling mata pada waktu pagi dan malam. Disamping itu, amalkan minum air masak 8 gelas sehari ye, kawan-kawan. Ini memang peraturan badan. TEA TREE ~ Blemish Gel Juga keluaran Th...

PRAY FOR SABAH

Asalamualaikum kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan blogger sekalian. Berniat enggan mengulas panjang dalam entri kali ini. Cuma meluah sedikit rasa hati. Apa yang berlaku dalam negara hari ini. Apa yang dah digembar gemburkan Negeri Di Bawah Bayu sana... Aku pasti, semua orang dah tahu cerita ini. Kalau yang belum tahu, silalah ambil tahu. Aku sangat risaukan Malaysia. Sabah, salah satu negeri yang aku sayangi. Yang aku sukai..... Berita ini sangat menakutkan aku. Bertambah pula dengan 2 Komando yang terbunuh. Aku mula terfikir tentang isteri & anak-anak mereka. Walau kerajaan menjanjikan pampasan kepada pejuang negara, Walau membantu meringankan beban, namun tidak dapat menggantikan dengan seorang suami & ayah. Dan ... Lagi sekali kita dikejutkan dengan 5 anggota polis yang terkorban... Ya Allah, selamatkan mereka. Marilah kita semua berdoa untuk keharmonian negara kita, terutama di Lahad Datu. Sebelum perkara ini menjadi lebih besar... ...

Masuk ke Mulut

Masa kat Hatyai, aku tak berapa nak makan sangat. Sibuk nak berjalan je, makan tu nombor 2 lah! Meh aku bawa korang tatap wajah-wajah makanan di sana. Ini disediakan oleh Prince Of Songkla University. Masa ni aku memang kemaruk Nescafe. Kat dalam bungkusan tu makanan halal. Ada pau dan wantan. Sedap! Nasib dia kasi cukup-cukup je walaupun sebenarnya tak cukup . Sebab sedap sangat. hehehe  Ini kopi ais. Seriusly memang sedap!!! Harapkan sejuk je, aku tak jadi tambah. Kopi apa lah dia guna ek.  Kerabu. Ada kacang botol, telur, lada, kerisik. Sedap. Thai & Kelantan tak jauh beza. ^___^  Telur goreng. Same je macam kat Malaysia masakan orang bujang.  Sup cendawan. Perggghhh... Terbaik! Hah, ce teka! ce teka! Yeaaa...ikan tiga rasa! Nyummy! Ini masa kami jalan2 kat night market di Bandar Hatyai. Ce tengok udang tu. Besau-besau. Begitulah bebola mataku. Kecik besau, kecik besau je nengok ke udang...

Rajamangala University of Technology, Thailand

Cerita sebelumnya : Menjejak Bumi Thailand Kampung Tammalang, Thailand Hotel Holiday Hatyai, Thailand PSU Kali ni nak cerita sikit je pasal Rajamangala University of Technology, Thailand. Lepas kami ke Prince of Songkla University, kami terus ke Rajamangala University. Sekejap saja kami kat sana. Berkenalan dengan pelajar-pelajar di situ dan melawat fakulti mereka. Salah satunya School of Art.  Ini subjek mengukir dengan tanah liat. Kelihatan mereka sangat tekun waktu kami baru sampai.    Nampak tu, teliti betul adik kita sorang ni.  Macam real je lukisan ni kan. Itu je. ehhehe

Prince Of Songkla Universiti, Thailand

Assalamualaikum kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi singgah lagi...  Lagi sambungan kisahku di Thailand. Ini kisah aku sebelum ni : Menjejak Bumi Thailand   Kg. Tammalang, Thailand Hotel Holiday Hatyai Pengembaraan di Hatyai bermula ....... Kami bangkit dengan penuh semangat. Semangat nak shoping sebenarnya. ehheheh. Ramai dah tunggu di lobby. Nampak gayanya ada yang lebih bersemangat daripada aku ni! hehehe... Bila semua dah naik bas, kami pun pusing-pusing la di bandar Hatyai.   Cuba kamu orang tengok kabel di negara ini. Berselirat! Aku pun tak tahu laa macam mana kalau ada lintar pintas, tak tahu macam mana nak bezakan antara satu persatu wayar tu. Mungkin Thailand ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Ataupun tak pernah ada pintasan letrik? Siapa tahu? Cuba kamu orang tengok pakcik/makcik ni pula. (Aku gagal mengesan jantina). Dengan selambanya dia menjual kalungan bunga di tengah-tengah j...

Hotel Holiday Hatyai.

Assalamualailkum kawan-kawan semua... Sihat ke hari ni? Okeh, aku nak sambung cerita 3 aku di negara orang iaitu : Thailand.  Sila rujuk : Cerita 1 Sila rujuk : Cerita 2 Daripada Satun ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 2jam dengan menaiki Bas. Boleh tahan la.... Sampai saja di Hatyai waktu tu, hari dah malam. Jadi, kami terus check in di Holiday Hotel, Hatyai. Penumpang 4 buah bas semuanya menginap di situ. Aku pun usha-usha la harga. Lebih kuran RM60 untuk satu malam. Dah berbaloi tu untuk hotel 3/4*. Hotel kelihatan bersih. Cuma di sini tidak lagi menggunakan bahasa Melayu. Dah boleh mula speak English atau Thai yang mana fasih. ehheheh. Sementara menunggu semua pelajar check in, aku pun massage dulu la.... Gambar . Heeee...heheheee... Kemudian, dah selesai semua. Kami pun naik lif masuk ke bilik masing-masing.  Di depan pintu bilik. Tak sabar nak terbungkam ni. Melepaskan segala penat lelah di tilam yang empuk!  Haa... ini ...