Skip to main content

Posts

Kad Raya utk rakan-rakan blogger.

Aku busy

Sekian lama aku tak update blog ... Tanggungjawab makin banyak, makin besar... Nak mengadap blog, nak taip entry... semuanya bagai tak sempat, akibat mendahului perkara-perkara yang lebih penting daripada blog ini.. iaitu perkara-perkara yang melibatkan tanggungjawab dan komitmen. kadang diluar kawasan liputan... makanya, tiada liputan. ok. tu je utk hari ini. Mood : Biasa-biasa....

SEMAK ARAH KIBLAT ANDA

Assalamualaikum wbt. Insyaallah pada hari ini, matahari akan berada tegak di atas Ka'bah ( fenomena istiwa' ) pada jam 5:16 petang. Justeru, kita semua berpeluang untuk menyemak arah kiblat rumah / pejabat kita melalui bayang-bayang objek yang tegak, seperti tiang rumah, atau benang yang kita gantung di atas sesuatu.  Caranya ialah: 1. Perbetulkan jam anda tepat pada waktu yang standard (semak di talian 1051) 2. Pastikan objek yang betul-betul tegak 90 darjah di lokasi yang ingin anda semak. Cadangan terbaik ialah bayang-bayang rumah kita sendiri, atau di tempat lapang, ikat tali/benang di atas tripod, dan letakkan batu ladung/pemberat di tali/benang berkenaan (kekurangannya ialah tali/benang tersebut mungkin akan bergerak). 3. Sediakan pen marker. 4. Tepat jam 5:16 petang, 28 Mei 2013, dalam tempoh lebih kurang seminit setengah sahaja, dengan menggunakan pen marker, tandakan bayang-bayang tersebut (garisan lurus tegak). Bayang-bayang akan cen...

Menangis Di Bilik Mandi

Assalamualaikum... Tajuk entry ni, bunyi macam sedih je kan.... hehheee.... Sebenarnya aku bukan lepas menangis atau tengah menangis atau rasa nak menangis. Bukan, bukan, bukan! Aku cuma terkenangan tangis. Sejak kecil hingga membesar, siapa tak pernah menangis? Kan? Lelaki mahupun perempuan. Semua yang normal pasti akan menangis... Sekarang, Dah dewasa.... Menangis tu, normal untuk seorang manusia. Menangis tu meluah segala rasa. Bagi aku, Tempat yang paling best nak menangis selain atas katil dalam bilik Adalah.... Bilik Mandi!!! ***Mungkin korang boleh cuba! Sangat puas! Tak de orang nampak! Menangis di bilik mandi membuatkan sekarang kesakitan dalaman sembuh serta merta! Lepas menangis, Emosi kita pun kembali stabil, Fikiran kita kembali normal.... Yang penting, Kita menjadi lebih kuat! Yea, lebih kuat untuk meneruskan hidup. Lebih kuat untuk menghadapi rintangan hidup. Google

Kaki pun perlukan perhatian

Assalamualaikum. Serius aku dah lama tak update blog aku. Punya lah busy... kadang2 ada cerita, tapi tak tertaip.... Dengan kesempatan yang ada ni, aku nak share dgn korang senaman terbaik utk kaki. Kadang-kadang kita selalu lupa nak jaga kaki kita. Asyik lebihkan muka je kan... mana boleh , tak adil la kan, kaki pun perlukan perhatian.   Boleh praktik kan senaman di atas, setiap kali sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah kita... Aku dapat video ni masa aku pergi seminar kesihatan kat tempat kerja aku itu hari. Jadi saja laa nak sharing dengan korang kan...  Sharing is caring.. kan kan kan.... Selamat mencuba! ^___^

Lelaki dan Perempuan boleh guna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Malas nak celoteh panjang lebar, agaknya korang pun bukan rajin nak membaca entri berjela-jela kan. Aku cuma nak kongsi produk yang aku guna hampir 3 bulan sudah ni... NUTRIGANICS ~ Smoothing Eye Cream Produk keluaran The Body Shop . Produk ni memang terbaik selama aku pakai 3 bulan ni. Produk ni sebenarnya untuk menghilangkan lebam bawah mata . Tiada lagi mata panda anda... Sesuailah untuk orang yang macam aku, Yang selalu tido lewat, bangun awal.... Yang mata tak cukup rehat... Yang akhirnya akan esok bangun pagi-pagi tengok wajah di cermin tak boleh beza diri sendiri dengan panda... Nah, ini lah penyelesaiannya! CARA GUNA Pagi, selepas mandi wangi-wangi... Malam, sebelum tidur... Sapu di sekeliling mata pada waktu pagi dan malam. Disamping itu, amalkan minum air masak 8 gelas sehari ye, kawan-kawan. Ini memang peraturan badan. TEA TREE ~ Blemish Gel Juga keluaran Th...

PRAY FOR SABAH

Asalamualaikum kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan blogger sekalian. Berniat enggan mengulas panjang dalam entri kali ini. Cuma meluah sedikit rasa hati. Apa yang berlaku dalam negara hari ini. Apa yang dah digembar gemburkan Negeri Di Bawah Bayu sana... Aku pasti, semua orang dah tahu cerita ini. Kalau yang belum tahu, silalah ambil tahu. Aku sangat risaukan Malaysia. Sabah, salah satu negeri yang aku sayangi. Yang aku sukai..... Berita ini sangat menakutkan aku. Bertambah pula dengan 2 Komando yang terbunuh. Aku mula terfikir tentang isteri & anak-anak mereka. Walau kerajaan menjanjikan pampasan kepada pejuang negara, Walau membantu meringankan beban, namun tidak dapat menggantikan dengan seorang suami & ayah. Dan ... Lagi sekali kita dikejutkan dengan 5 anggota polis yang terkorban... Ya Allah, selamatkan mereka. Marilah kita semua berdoa untuk keharmonian negara kita, terutama di Lahad Datu. Sebelum perkara ini menjadi lebih besar... ...