Skip to main content

Posts

Suci Seorang Sahabat

Sahabat itu Hadir waktu susah Ingat waktu senang Bersama-sama Sahabat itu Saling tiada rahsia Saling mendoa Sahabat itu Tiada iri bertamu di hati "Susah nak cari sahabat ni. Ibarat sebutir belian di pasir pantai. Tapi yang telah temui seorang sahabat, tahniah diucapkan. Jagalah sahabat itu sebaiknya. Dia juga anugerah dari Allah. Sahabat inilah yang menceriakan hidup kita di bumi Tuhan, dan menjadikan siapa kita pada hari ni. Menjadikan kita tidak hipokrit, bebas dan berani menegur salah kita untuk kebaikan.   Sahabat adalah insan terpilih selepas darah daging kita".

IJAB & QABUL

Kredit gambar kepada  MeghaaMoment Studio  / Jihan Meghaa Ismail Dengan Ijab & Qabul Maka terjadilah perubahan besar Haram menjadi halal Maksiat menjadi ibadat Keji menjadi suci Kebebasan menjadi tanggungjawab Nafsu menjadi cinta dan kasih sayang Subhanallah... Indahnya janji Allah. "Siapa kenal pengantin lelaki dalam gambar di atas tu.."

Spontaneous Thursday #6

Assalamualaikum.... ~~ jawab dulu salam ku itu... =D Ok. Spontaneous kan... aku ni pun memang jarang buat Sponaneous Thursday ni. Tengok tu, baru yang ke-6.. Ok, seriusly dari pagi sampai petang ni memang tak de idea nak taip apa. Sambil-sambil buat kerja pun duk fikir-fikir juga nak buat entri apa, pun idea tak mai-mai... Nak blogwalking memang tak sempat la sebab duk siapkan kerja kat office kan... Emh.. tengok laa malam-malam nanti macam mana, kot-kot idea pi honeymoon oversea dulu kot  tak sempat nak singgah kat aku ni.. Jangan dibuatnya, idea ada...line internet pulak tak ada .... hua hua hua.... krik krik krikk laa aku nanti.  Ok. Sekian spontaneous aku, hari ni.  "Jangan marah haaa..."

Ucapan raya kami

Tak sempat nak shoot gambar utk buat e-kad raya...  Jadi... inilah hasilnye.. senang je... Guna kartun Bistrips ni.... Siapa ada buat katun ni...  aku rajin juga free-free layan katun tu...  suami aku pun sama.... heheehhe... kadang mencuit hati.... suka-suka je... 

Peristiwa Ramadhan

Assalamualaikum ..~ ~ jawab dulu salam ni...  Saja nak share sikit beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadhan, moga menjadi panduan pada kita dan anak cucu cicit kita nanti..  PERANG BADAR AL-KUBRA DARI BLOG ATRIZA 17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah 313 tentera Islam 1300 tentera kafir Quraisy (4x ganda tentera Islam) Peralatan tentera Islam sangat kurang. Tentera Islam berjaya dalam peperangan ini  FATHUL MAKKAH KLIK SINI TONTON VIDEO 10 Ramadhan Tahun ke-8 Hijrah Mekah dibebaskan daripada musyrikin Mekah Kaabah dibersihkan daripada patung-patung berhala. PERANG TABUK GOOGLE Rejab hingga Ramadhan Tahun ke-9 Hijrah Perang terakhir yang Rasulullah sertai Pasukan Romawi menarik diri setelah melihat besarnya pasukan Islam. NUZUL AL-QURAN Also by Google 17 Ramadhan Gua Hira' ROMBONGAN TAIF Taif by Google Taif merupakan tempat Rasulullah dihalau dan dibaling batu sehin...

SURAU KECIL ITU...

Assalamualaikum.... ~~jawab salam tu wajib ye kawan-kawan.. =D Daripada blog Travelog Hidayah Aku nak cerita sikit ni. Semalam aku pi solat teraweh kat tempat baru. Surau di kampung aku. Selalunya aku taraweh di Masjid Besar... Tapi semalam mak mertua request pergi surau kampung je. Mak mertua tak larat nak jalan jauh. Aku tak kisah pun mana-mana janji dapat solat teraweh berjemaah. Dapat juga la aku kenal masyarakat kan. Ok,itu mukadimah je, bukan nak cerita pasal aku pergi taraweh. Banyak perbezaan yang aku dapat waktu solat taraweh di Masjid Besar dengan di surau kecil ni.. Di Masjid Besar, siap jemput imam dari luar negara lagi. Slanga mereka tak sama mcm kita. Kepelbagaian itu membuatkan kita bersyukur dilahirkan dalam Islam. Keluarga Islam ada diseluruh dunia. Bahasa pengantar antara pihak masjid dengan imam luar negara tu adalah Bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab, bukan Bahasa Inggeris. Subhanallah...  Dimasjid besar, pelbagai peringkat usia aku jumpa. Dar...

Keagungan Ramadhan

Assalamualaikum ~~jawab dulu salam tu. Wajib kan... Masih bersisa 8 malam sebelum Syawal. Tak ramai yang nak baca ilmiah kan, tapi tak pa, bulan baik ni manfaatkan masa kita ni, moga-moga sama-sama beroleh pahala berlipat ganda.. yea... Menabung untuk masa depan yang kekal abadi. Ibn Khuzaimah meriwayatkan dalam sahihnya daripada Salman al-Farisi r.a berkata :  Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami di hari terakhir bulan Syaaban, Sabda baginda s.a.w : "Wahai manusia sesungguhnya telah tiba satu bulan yang agung lagi berkat menaungi kamu, bulan yang di dallamnya terdapat satu malam yang lebih daripada seribu bulan. " Allah menjadikan puasa satu kefarduan dan qiyam di malamnya satu sunat. Siapa yang bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) didalamnya dengan  melakukan satu bentuk kebajikan  ia adalah menunaikan satu  fardu di dalam bulan lain. Siapa yang menunaikan satu fardu di dalamnya ia adalah seperti menunaikan 70 fardu di bulan lain.   ...