Skip to main content

Posts

Favourite In2It Liquid Eyeliner

Assalamualaikum.... Saja nak review product sikit ni... benda yang kita suka kan, kite nak share laa dengan umum... Buat masa ni, aku masih setia dengan liquid eyeliner dari brand In2It. Mesra pengguna uols...  Senang tanggal. So, tak banyak buang masa nak cuci muka. Berwuduk pun senang. Selalu sangat dengan warna hitam, kali ni tukar selera ke warna Blue Black... err... blue black ke, navy blue ? aku pun dah lupa. heheh. Masih gelap, tapi tak terlalu hitam... Aku suka warna dia...  Aku beli kat Watson je, harganya tak sampai RM20.00 pun. Tahan berbulan, itu pun hari-hari pakai tau. Ok, tengok tu berus dia..  Aku ni, berus lain tak reti, tapi berus nylon cenggini juga la yang menjadi pilihan aku.  Sekali calit je, telus menjadi. Ok. malu nak upload gambar besar gedabak.  Cukup laa sederharna besar ni kan. hehehe... Haa.. ni sekali oles je ni ...  Ehem, ehem.. selfie sikit... ehehhehe  nak tunjuk eyeliner tu j...

Wordless Wednesday #16

Maryam Anak Syurga

Assalamualaikum.., Dalam mengerjakan rutin harian seorang suri rumah, sempat juga meluangkan masa untuk membaca. Tujuan aku membeli buku ini sebagai motivasi diri, pasti ada tips yang boleh kita gunapakai dalam kehidupan seharian kita. Terbitan :  Buku PTS ` " Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu " ~At-Taghabun : Ayat 11 Mari kita belajar dari kisah hidup orang lain.  Selami. Dalami. Empati. Kita punya ujian berbeza. Tapi kisah hidup orang lain yang diuji, mampu membuat kita berfikir, bersedia  dan belajar daripada pengalaman mereka.  Moga kita terus kuat dan tabah. Bersangka baiklah kepada Allah. Dia Maha Mengetahui... ...yang terang mahupun tersembunyi. "Kita punya ujian masing-masing. Allah telah mengaturkan segalanya. Allah punya penyelesaian untu...

Menjadi Ulul Albab

Assalamualaikum... Cuti Chinese New Year baru ni aku tak ada plan ke mana-mana. Nak balik kampung, risau banjir sebab hujan tak berhenti. Rumah mertua aku comfirm cepat tenggelam kalau hujan tak berhenti ni. So, mood standby. Tengok hari cerah sikit, suami ajak ber'dating' lah.. heheh... Pergi East Coast Mall, cadang nak tengok Ola Bola, full house uolss... jadi batalkan hasrat, pergi shopping, cuci-cuci mata.... dapat laa menyambar barang kat kedai buku. Bila dah masuk kedai buku, memang payah sikit laa nak keluar. hehehehe... Ok tak mau celoteh panjang dah.  Bacaan ringan yang penuh manfaat Penulisan yang amat mudah difahami . Keluaran : Buku PTS

Bicara seorang isteri...

.................              ............................                                        ................................................ ...Aku ni dah 3 tahun berkahwin.... tapi masih terasa baru. B anyak lagi perkara-perkara yang aku masih rasa awkward dengan suami aku.. Tapi 3 perkara yang aku selalu ingatkan diri aku sejak pertama kali menjadi isteri ..... Syaitan sentiasa cari peluang nak hancurkan rumahtangga aku... itu sebab ada gaduh-gaduh, salah faham... tapi kalau sama-sama ikutkan syaitan tu, memang dah lama musnah... tapi kalau kita sama-sama berjaya atasi, padan muka syaitan tu!!! Jadi, aku kena tabah! kena kuat! Nak jadi isteri solehah bukan senang, Allah akan bagi ujian jugak... jadi sekali lagi kena cekal dan tabah menghadapi. Banyak pahala jadi suami isteri ni.. sentuh cuit pun...

Air Hijau Mak Kau Hijau.

Assalamualaikum... ~ ~ jawab dulu salam hamba ini... Ok, apa kaitan tajuk entri Air Mak Kau Hijau ni. Jeng jeng jeng.. berhenti merapu dan cerita je laa cara nak buat air tu..

Cerita Motor yang Hilang.

Ni motor kawan baik aku masa zaman sekolah menengah dulu.  Paling famous motor ni, sekaligus menjadikan kawan baik aku tu pun famous juga.  Jangan marah ye bro Kamal Muadzam!  Bukan nak cerita kisah motor hondacup yang famous ni, tapi ada cerita pasal motor. Gambar diatas adalah hiasan semata-mata ye kawan-kawan. Mengabadikan kenangan terindah zaman sekolah kat sini. Boleh rujuk cerita Poligami . ******Cerita menarik perhatian aku bila Tuan Guru menceritakan satu peristiwa iaitu seorang lelaki yang kehilangan motosikal 6 bulan lalu dan baru bertemu dengan Tuan Guru. Setelah kehilangan motosikalnya, lelaki tersebut kerap mengunjungi pawang serata tempat dan telah kerugian beribu-ribu ringgit, tapi motornya masih tidak dijumpai. Satu hari dia jumpa Tuan Guru dan cuba meminta bantuan. Tuan Guru cuma minta lelaki tu zikir "Laillahhaillallah" selama 3 hari 3 malam. Lelaki itu memberi alasan yang takkan sempat nak buat selama 3hari 3 malam kerana tunt...