Skip to main content

KELEBIHAN KOPI

Aku btol2 jatuh hati ngan kopi. Dah lama dah, sejak aku kecik2 lagi. Masa tu aku ingat kopi tu minuman org2 tua tapi aku belasah je, lebih2 lagi kalau arwah Tok aku yang bancuhkan kopi O.. Perrgghhh….

KOPI  buat diri aku penuh semangat utk mulakan hari aku.
Bau dia tu boleh buat aku terangkat bila aromanya terhidu dan terus meresap bersama-sama aliran nafas ku….giteww!
Setahu aku,kalau kite tak minum ngan ‘kreamer’ ataupun gula kopi ni banyak antioksida dan rendah kalori . Aku lebih suke minum ngan gula, tapi agak berhati2 jugak la masa masukkan gula tu.. takut pulak terlebih manis, kena pulak kencing manis… kalau minun Nescafe, aku suka minum ngan susu, pun takot terlebih susu.. Aku jadi serba salah bile teringat pesan org-org tua “Yang manis tu racun, Yang pahit itu ubat” tapi hati aku selalu memujuk yang baik itu ade buruknya, yang buruk pun ade baiknye.. heheheh...

Aku pernah terbaca tentang kajian-kajian mengenai kopi dan kopi tersenarai antara bad’s foods yang sepatutnya kita makan… suke sangat la aku!! Sebabnya kopi ade kebaikan utk kite jugak.. 

ANTARA KELEBIHAN KOPI :

MELINDUNGI HATI
Peminum kopi sedang iaitu antara 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang lebih rendah terkena strok daripada bukan peminum kopi. Kopi mempunyai antioksidan lebih daripada blueberry, sehingga menjadi sumber terbesar antioksidan dalam diet Amerika. Semua antioksidan dapat membantu mengesan kerosakkan daripada peradangan pada arteri. Setelah minum, kopi dapat meningkatkan tekanan darah dan detak jantung, tapi selama jangkamasa yang panjang, itu benar-benar dapat menurunkan tekanan darah. Antioksidan kopi mengaktifkan asid nitrik dan melebarkan pembuluh darah. Peminum kopi dapat merendahkan insiden sirosis dan penyakit hati yang lain. Salah satu analisis tentang sembilan kajian mendapati bahawa setiap peningkatan 2 cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 43 peratus. Antioksidan-klorogenat dan asid kafein ini boleh mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser merebak.


MENCEGAH DIABETIS
Antioksidan (asid klorogenat dan quinides, khususnya) boleh meningkatkan kepekaan sel-sel anda 'terhadap insulin, yang membantu mengatur gula dalam darah. Bahkan menurut beberapa kajian, orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai risiko lebih rendah menderita diabetes jenis 2. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa kafein boleh menumpulkan peningkatan sensitiviti insulin, jadi jika anda minum beberapa cawan sehari, cuba campurkan kopi yang bebas kafein sekali.


 


MENINGKATKAN KEKUATAN OTAK
Minum antara 1 dan 5 cawan sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson. Antioksidan ini dapat mencegah kerosakan sel otak dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi kognitif untuk bekerja dengan lebih baik.





MEMBANTU SAKIT KEPALA
Melewatkan dos harian kafein TIDAK akan menyebabkan sakit kepala! Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein (jumlah dalam 16 ons membuat kopi ) boleh membantu sakit kepala termasuk migrain. Bagaimana kafein mengurangkan sakit kepala itu tidak jelas. Tetapi para saintis tahu bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel-sel otak yang menyebabkan sekitar pembuluh darah mengerut. Satu teori adalah bahawa penyempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang menyebabkan rasa sakit, (Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor neurologi dan pengarah Klinik Sakit kepala di University of Vermont Medical School)


MENGURANGKAN BARAH RAHIM
WANITA yang minum banyak kopi mungkin mengalami risiko yang berkurangan untuk menghidap barah rahim, demikian menurut satu kajian di Jepun.Kajian oleh Kementerian Jepun itu telah memantau kira-kira 54,000 wanita berusia antara 40 tahun dengan 69 tahun sepanjang tempoh 15 tahun, lapor AFP.  Dalam tempoh itu didapati 117 orang daripada wanita-wanita itu menghidap barah di rahim atau uterus mereka. Para pengkaji dari Pusat Barah Nasional Jepun itu telah membahagikan wanita-wanita itu kepada empat kumpulan mengikut jumlah kopi yang mereka minum.  Mereka mendapati kumpulan wanita yang minum lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari adalah lebih 60 peratus kurang berkemungkinan menghidap barah rahim, berbanding mereka yang minum kopi kurang daripada dua kali seminggu, menurut kajian itu. 'Kopi mungkin mempunyai kesan untuk mengurangkan paras insulin, lantas menyekat risiko barah rahim,' menurut kajian itu lagi.Kumpulan pengkaji itu juga telah mengkaji kesan-kesan meminum teh hijau, tetapi tidak menemui kaitannya dengan barah rahim.

 JADI...

.....kopi itu bukan penyebab. Beberapa orang yang super-sensitif terhadap kafein akan mengalamai gelisah atau cemas selepas minum kopi, peminum kopi kebiasaan mengembangkan toleransi terhadap kafein yang  mampu menghilangkan masalah ini tapi mereka  perlu berwaspada terhadap kafein dan mencegah sakit kepala. Kopi juga boleh mengganggu tidur. Meminum kafien pada siang hari dapt mengelak kesan ini. Terkini, kopi tanpafilter (seperti yang dibuat dengan pers Perancis) dapat meningkatkan kolesterol LDL, jadi penapis itu digunakan untuk kesihatan jantung.

Kalau sukakan kopi kita boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah!

Comments

  1. Eh.. Elok ek? Baru tau.. Tapi aku minum kopi kacip fatimah keluaran.. Hahaha.. Ok jugak tu kan..

    Entry Terbaru 1 : Berkat Emak Undi ; Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010
    Entry Terbaru 2 : Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

    ReplyDelete
  2. err, x suke minom kopi..

    ReplyDelete
  3. d_tieah ~ setiap yang buruk itu ada baiknya, yang kuat jugak ade lemahnya...

    ika chenta ~ suke minum ape?

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.