BLOG…
Kenal saja image kat atas tu kan.
Aku baru dalam dunia blog ni,
Aku terdetik untuk ada blog dah lama dah…
Dulu aku ingat bila ada blog ni kita kene fokus berjam-jam, rupanya tidak.
Lagipun aku ni bukan pandai sangat pasal-pasal I.T, pasal-pasal dunia alam maya ni…
Kalau aku tahu lah blog ni semudah ini dan bebas dah lama aku buat blog…
Tujuan aku ada blog
aku minat menulis & menaip
sekadar suka2,
mengisi masa,
berkongsi idea & ilmu atau apa saja.
Dunia alam maya ni membuat aku BEBAS dan AMAN.
Kalau tak ada orang baca pun tak pe… =)
Janji boleh bagi kepuasan bila aku menaip dan meluahkan segala yang ada dalam hati, dalam otak..
Bila aku baca blog kawan-kawan yang lain rupanya
ada juga orang tak senang dengan blog-blog kita…
kutuk sana, kutuk sini, maki sana, mengata sini…
bab gossip-gosip orang ini, orang itu ramai je follower…
kalau benda yang pelik-pelik pun ramai yang nak baca, nak tengok...
ada juga buat blog semata-mata nak mengkritik
Orang itu, orang ini.
Syarikat itu, syarikat ini….
Institusi itu, institusi ini….
Artis itu, artis ini…
Sebenarnya nak memberontak atau meluah rasa tak puas hati dengan PHD yang ada...
Sebenarnya nak memberontak atau meluah rasa tak puas hati dengan PHD yang ada...
Ada juga yang menjadikan blog sebagai diari hidup
diceritakan semua aktiviti seharian,
dari bangun tidur sampai nak pejam mata di malam hari…
Ataupun tempat meluahkan perasaan dan bertanya pendapat
tak puas hati kat kawan ni,
masalah keluarga, masalah cinta,
suami curang, isteri keluar dating dengan lelaki lain
masalah kesihatan, sakit ini sakit itu…
nak bersemuka segan, jalan terbaik luah saja kat blog.
Kawan-kawan blog tak kenal orang yang kita cakap tu.
Sekurang-kurangnya lega rasa hati.
nak bersemuka segan, jalan terbaik luah saja kat blog.
Kawan-kawan blog tak kenal orang yang kita cakap tu.
Sekurang-kurangnya lega rasa hati.
Ramai juga yang prihatin, tolong bagi pendapat macam-macam… (saya senyum membaca)
Sharing is Caring
Yang tengah hangat bercinta pulak
Blog dah macam novel cinta dan drama romantik
Aktiviti berdua, kenangan bersama, falsafah cinta, gaduh-gaduh manja,
Aktiviti berdua, kenangan bersama, falsafah cinta, gaduh-gaduh manja,
So sweet! (saya senyum lagi)
Tak lupa yang tak kedekut ilmu,
Macam-macam yang dorang nak kongsi
Petua, cara pakai tudung, ilmu-ilmu agama
Resepi, teknik itu ini, macam-macam lah
Jadikan blog sebagai tempat bisness
Dan sumber pendapatan
Jual minyak wangi, jual tudung, jual baju
Perabot, Nuffnang la…macam-macam lah
Apa pun terpulang kepada kita sebagai blogger
Kita yang tentukan cara kita
Kita dah boleh fikir mana baik, mana buruk
Mana mendatangkan faedah, mana yang sia-sia
" taip lah apa saja yang membahagiakan, hidup ni akan aman kalau tak de orang kacau orang"
haha terbaek lah...! saye setuju ni hehe!
ReplyDeleteyeah..kita sama. tujuan berblog adalah utk menulis n mengisi masa lapang sambil bertukar idea n pendapat tapi bukan utk ber'gosip atau mngata. hehe
ReplyDeleteMohd Shukri Fadzillah ~ terima kasih. Kita bebas menulis, kan
ReplyDeleteLiyana ~ saya setuju... ape yang kurang tolong lah komen, saya budak baru belajar ye...=)
saya stuju
ReplyDeleteaslkm...salam perkenalan...
ReplyDeletesetuju dgn pendapat cik semut...chaiyok2...keep on blogging!! =)
doktor cinta ~ terima kasih..=)
ReplyDeletehayatunfadzila~ wslm, salam perkenalan juga.... support awak jugak... keep blogging!! =)
biarlah mereka asal kita jangan begitu
ReplyDeleteye blackroses... cik semut mendoakan yang terbaik utk sahabat2 blogger cik semut.. =)
ReplyDelete