Skip to main content

MAS belanja McD

Tanggal                 :               20 Mei 2011 – Jumaat
Destinasi               :               Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur
Time                      :               3.00 petang – 9.00 malam
                                               

Flight Semut sepatutnya jam 5.30 petang hari itu. Seperti biasa Semut mesti sampai awal untuk mengelak sebarang kesulitan… Jadi, dengan hati yang girang Semut sampai 2jam lebih awal. (3.30 petang) ditemani seorang kawan Semut. Sebaik menjejaki kaki di ruang legar tu, Semut memandang skrin yang besar. Terbeliak biji mata Semut bila terpapar Flight ke Kuala Lumpur DIBATALKAN. Berdegup kencang hati Semut. Apa yang nak buat?


Dengan pertolongan kawan Semut tu, kami terus ke kaunter. Beratur bukan main panjang lagi. Tiba-tiba kawan Semut kenal sorang abang handsome jaga kaunter check in tu..cepat2 kami tanya abang tu. Dia bagitau Flight tu memang cancel. Tapi abang tu cool je. Mungkin dah biasa kot. Kemudian, dia cuma tukarkan waktu penerbangan Semut je. Daripada jam 5.30 kepada jam 7.00malam. 2beg Semut dah selamat check in ke Kuantan.


Sementara tunggu boarding, kawan Semut ajak Semut minum-minum dan pekene satay padang di Tanjung Aru. Pantainya lebih kurang macam Teluk Chempedak tapi lebih panjang dan lebih luas… Kami berjalan-jalan di gigi pantai… (suka sangat).6.00 kami ke airport. Tinggallah Semut seorang. Tengok kat skrin, boarding kekal di gate A3. So, Semut pun dengan lapang dada dan senang hati terus menuju ke gate tersebut. (Tak sabar nak balik Kuantan ni).


Tunggu punya tunggu. Tiba pkul 7.00. Pegawai MAS dah get ready di kaunter untuk check ticket. Penumpang-penumpang MH2631Y semua dah siap-siap bangun. Maklumlah dah lama menunggu daripada jam 3.00petang. Pegawai MAS tu pegang mikrofon dan mulakan pengumaman seperti biasa untuk melancarkan pergerakan menaiki flight. Tapi petang tu pengumumannya lain macam sikit. “Perhatian kepada penumpang-penumpang MH2631Y – Kota Kinabalu ke KLIA, kami mohon maaf. Penerbangan tuan-tuan dan puan-puan ditunda kepada jam… 9.00malam,….”. Belum sempat Semut dengar ucapan terima kasih semua penumpang-penumpang mengeluh.
“apa dah jadi ni”..
“apa MAS ni”
“macam mana ni”
….bla bla bla….


 Macam-macam persoalan yang dengar. Semut hanya membatu. Yelah, dah sorang-sorang kan. Cepat-cepat Semut keluar dari gate,terus ke seorang pegawai kastam di situ. Itu je kakitangan yang Semut nampak. Semut tanya lah pegawai tu apa patut Semut buat. Pegawai tu dengan sengih-sengih suruh Semut “tunggu sajalah kau” katanya dalam loghat Sabah. Semut pun menerangkan kat dia yang flight Semut dari KLIA ke Kuantan adalah jam 10.00 malam. (mana sempat!!!).Dia pun suruh Semut cari pegawai MAS yang lain. Tiba-tiba sorang uncle tu mencelah. Pegawai MAS semua tak ada. Yang kat kaunter tu pun technician je. Berjalan laju lah Semut dan uncle tu macam perlawanan berjalan kaki dalam Kota Kinabalu Airport. Semut orang pertama yang sampai di satu kaunter Transit. Kelihatan seorang pegawai MAS yang agak berusia. Semut terus terjah dia. Tapi dia pun cool katanya tidak ada apa-apa masalah. Semuanya akan diuruskan oleh MAS termasuk penginapan. Pastu di belakang tu rupanya ramai yang beratur. Termasuk uncle tu dan pelancong-pelancong dari Amsterdem, Agentina, China dan Mexico. Tapi dorang nak ke KLIA je. Kitorang borak-borak tak puas hati. Dorang pun sama tunggu sejak jam 3.00petang. Dorang kesian kat Semut yang transit ni. Mamat Amsterdem tu siap buat lawak. Dia suruh Semut terjun flight waktu lalui kat Pahang. Hahahahah. Kitorang pun gelak maybe tak mau rasa stress sgt kot.



 Tiba-tiba kami dengar pengumuman MAS minta kami makan di restoran-restoran dalam airport sahaja dan ditanggung oleh MAS. Suke sgt kami. Destinasi terdekat McD… sorang limited RM15. Semut order Spicy McChiken Delux.. Lapor wehhh. Nak order burger kegemaran Semut (Double Cheese Burger) tapi tak jadilah sebab selalu sgt makan yang tu. Sementara beratur tu sempat aku kenalan dengan dua orang kakak pegawai kastam dari KL. Dorang outstation mcm Semut jugak. Urusan kerja. Kami makan sambil berborak-borak. Tak de lah Semut rasa bosan sangat.


Jam 8.30 semua dah berkumpul di gate A3. Flight to KLIA. Lega hati Semut. Semua orang cepat-cepat jalan masuk. Tak sabar nak ke destinasi masing-masing. Seat Semut 12K. Agak ke depan. Lebih kurang 2 setengah jam perjalanan ke KLIA. Akhirnya kami sampai jugak. Kapal terbang berhenti. Belum sempat isyarat tali pinggang keledar dimatikan, para penumpang semua dah bangun nak ambil beg masing-masing di tempat letak beg atas seat. Lama kami berdiri tunggu pintu dibukakan…
5minit….
10 minit…..
20 minit…..
Pengumuman : “Mohon maaf tuan-tuan dan puan-puan. Gerabak yang membawa tangga masih tidak ada kerana mereka tidak tahu yang kita telah sampai”
Kedengaran riuh rendah dlm kapal terbang. Kami tunggu lagi.


5minit….
10 minit…..
20 minit…..
Pengumuman : “Mohon maaf tuan-tuan dan puan-puan. Gerabak yang membawa tangga didapati telah sampai di pintu masuk dan sedang berurusan dengan pihak di sana.”
Sekali lagi riuh rendah dlm kapal terbang. Bukan mengeluh, tapi ketawa  yang tidak kuat. Bersama senyuman, dan harapan nak cepat keluar.
Akhirnya pramugara yang segak dan pramugari yang cantik itu menyelak langsir dan meminta kami beratur dan berjalan dengan hati-hati. Semua wajah yang penat masih mampu tersenyum.



Tanggal                 :               21 Mei 2011 – Sabtu
Destinasi               :               Kuala Lumpur ke Kuantan
Time                      :               12.30 malam – 10.00 pagi

Semut sampai di KLIA. Marathon sekali lagi. Maklumlah seat Semut di barisan depan kan. Semua orang berkejar-kejar ke destinasi masing-masing. Semut berjalan laju-laju menuju ke kaunter mana yang buka lewat-lewat malam ni. Nasib baik ada sorang pegawai MAS yang handsome. Semut orang pertama yang terjah lagi. Katanya MAS dah sediakan penginapan untuk mangsa-mangsa terkandas seperti Semut di Pan Pacific Hotel, KLIA. Lega hati Semut. Luggage Semut dorang akan transfer ke Kuantan. Maknanya Semut telah sehelai sepinggang di KLIA ini. Tapi nasib baik Semut tergerak hati nak bawak sepersalinan dalam handbeg Semut yang besar gedabak ini. =). Berus gigi? Ubat gigi? Alamak……kantoi! Semut meninggalkan kaunter.
Kelihatan berpusu-pusu penumpang menuju kearah kaunter yang sama.
Berpusu-pusu bertanya itu ini kepada pegawai yang segak itu.

 Cepat-cepat, Semut walkathon sekali lagi menuju ke Pan Pacific Hotel mengikut arah tuju yang disediakan. Suasana dalam KLIA saat itu sangat sunyi.. Cuma kedengaran mesin membersihkan lantai saja yang berbunyi. Dibersihkan oleh cleaners yang berbangsa Bangladesh barangkali. Mereka memerhatikan Semut yang berjalan laju ini. (curiga jugak Semut). Tapi lantaklah. Dah penat sangat. Jalan menuju ke hotel berlorong-lorong. Kiri kanan kedai semua dah tutup. Lorong ini sunyi. Semut seorang diri. Tapi derap langkah kaki makin laju berbunyi. Kenderaan seperti bugi golf tapi bertayar banyak dan tidak berbumbung (Semut tak tahu apa nama kenderaan tu) menuju kearah Semut. “Sila naik” kata pemandunya. Semut teragak-agak (sebab takut) tapi Semut naik jugak. Tawakal je. Akhirnya sampai di hotel besar itu. Semut terus ke Receiption. Receiptionist tu pun tak pasti apa-apa. Pihak MAS tak maklumkan apa-apa kepada kakitangan hotel berkenaan agaknya. Kemudian Semut diminta tunggu sementara budak cute itu menelefon orang ini, orang itu bertanyakan tentang penginapan. Setelah disahkan penginapan ditanggung oleh pihak MAS untuk kami-kami yang terkandas ini, beliau menyerahkan kunci bilik kepada Semut. Sebaik saja capai, terus Semut naik lif, mencari bilik… siap-siap mandi dalam bilik air yang besar… (Nasib baik berus dan ubat gigi disediakan lengkap). Jam 2.00 pagi Semut baring dan tidur sehingga jam 6.30pagi.

Semut bangun dan mandi lagi,
Check out dan having breakfast.
Cari gate B6, naik flight MH 1268Y, ditepi tingkap.
Sejam selepas itu…Semut selamat sampai my hometown….



LEGA….


~~sampai sekarang Semut tak tahu apa masalah Flight MH2631Y~~
~~Terima kasih kepada MAS kerana belanja McD dan support penginapan di hotel besar~~
(walaupun kene tunggu lama…)
**(gambar semua google jerk)**





Comments

  1. hahaha pengembaraan yang hebat! tp sure penat lepak airport lama2

    ReplyDelete
  2. Mohd Shukri Fadzillah terima kasih kerana sudi membaca.. yea memang sangat penat. Tapi at least pengalaman mcm ni kene belajar utk menjadi tidak panic bila sorang2...=)

    ReplyDelete
  3. hehehehe.....mmg lawak n cemas cz klu I yg lalui smue 2 msti panic....hehehehehe

    ReplyDelete
  4. eheheh.. terima kasih sudi komen... ye lah, mmg sangat2 cemas...tapi i syukur bila dah tempoh pengalaman mcm ni, pas ni i dah tau nak buat ape yg patot... sekarang nak naik flight sorang2 dah berani.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.