Skip to main content

Kaifa Tahfazul Quran

Wanita Tua yang hanya berbicara dengan Al-Quran.
Dipetik dari kitab : KaifaTahfazul Quran ( DR Mustafa Murad )
Berkata Abdullah B Mubarak R.A:

Saya berangkat menunaikan haji ke Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Ketika saya berada di sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang berpakaian hitam yang diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua. Saya berhenti sejenak dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengannya selama beberapa minit.

Dalam dialog tersebut, wanita tua itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur'an di atas setiap pertanyaan Abdullah Bin Mubarak.




Abdullah: Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wanita tua: سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
"Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani". (Yaa Siin 56)



Abdullah : "Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”
Wanita tua : مَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِىَ لَهُ
"Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya". (Al-A’raaf 186)

Dengan jawapan ini, maka tahulah saya, bahawa ia telah tersesat jalan.

Abdullah : “Kemana anda hendak pergi?”
Wanita tua:
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬
مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin)". (Al-Israa’ 1)

Dengan jawapan ini, saya mengerti bahawa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke Masjidil Aqsa.

Abdullah : “Sudah berapa lama anda berada di sini?”
Wanita tua : ثَلَـٰثَ لَيَالٍ۬ سَوِيًّ۬ا
"Selama tiga malam dalam keadaan sihat". (Maryam 10)


Abdullah : “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?
Wanita tua : وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ

"Dialah Allah pemberi aku makan dan minum". (Asy-Syu’araa’ 79)



Abdullah : “Dengan apa anda melakukan wudhu?
Wanita tua : فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا

"Apabila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih". (Al Maaidah 6)





Abdulah : “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mahu menikmatinya?”
Wanita tua : ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ

"Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib".
(Al- Baqarah 187)



Abdullah : “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”
Wanita tua : وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui". 
(Al- Baqarah 184)

Abdullah : “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”
Wanita tua : مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ۬
"Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid". 
(Qaaf 18)



Abdullah : “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”
Wanita tua : وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ
إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً
"Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui.., karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggung jawabkan". (Al-Israa’ 36)


Abdullah : “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”
Wanita tua : قَالَ لَا تَثۡرِيبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَ‌ۖ
يَغۡفِرُ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
"Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani". (Yusuf 92)


Abdullah : “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini, untuk melanjutkan perjalanan kerana anda akan menjumpai kabilah yang di hadapan.”
Wanita tua : وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُ‌ۗ
"Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah". (Al-Baqarah 197)

Lalu wanita tua ini berpaling dari untaku, sambil berkata :
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ
"Katakanlah pada orang-orang mukminin, tundukkan pandangan mereka." (An-Nuur 30)

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan ia menaiki unta.
Tetapi tiba-tiba terdengar koyakan pada pakaiannya kerana unta itu terlalu tinggi baginya.

Wanita tua itu pun berkata:
مَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ
"Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri". (Asy-Syuura 30)
Setelah selesai mengikat unta itu, saya pun mempersilakan wanita tua itu naik.

Wanita tua berkata:
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا ڪُنَّا لَهُ ۥ مُقۡرِنِينَ
وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali". (Az-Zukhruf 13-14)

Saya pun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat pantas.

Wanita tua itu berkata lagi:
وَٱقۡصِدۡ فِى مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَ‌ۚ
"Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu". (Luqman 19)
Lalu aku jadikan unta itu berjalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair

Wanita tua itu pun berkata: فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ
"Bacalah apa-apa yang mudah dari Al-Qur’an". (Al-Muzzammil 20)

Abdullah : “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”
Wanita tua : وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Dan tidaklah mengingat Allah itu kecuali orang yang berilmu". 
(Al- Baqarah 269)

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah : “Apakah anda mempunyai suami?”
Wanita tua : لَا تَسۡـَٔلُواْ عَنۡ أَشۡيَآءَ إِن تُبۡدَ لَكُمۡ تَسُؤۡكُ
"Jangan kamu bertanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu". 
(Al Maaidah 101)

Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kabilah di hadapan kami.

Abdullah : “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”
Wanita tua : ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ
"Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia". (Al-Kahf 46)

Baru saya mengerti bahwa ia juga mempunyai anak.

Abdullah : “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”
Wanita tua : وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَہۡتَدُونَ
"Dan dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk". (Al-Nahl 16)

Daripada jawapan ini, saya dapat fahami bahawa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian saya bersama wanita tua ini menuju ke perkhemahan.
Abdullah : “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam khemah ini?”
Wanita tua :
وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ إِبۡرَٲهِيمَ خَلِيلاً۬
"Kami jadikan ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi". (An-Nisaa’ 125)
وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمً۬ا
"Dan Allah berkata-kata kepada Musa". (An-Nisaa’ 164)
يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ
"Wahai Yahya! Pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh". (Maryam 12)

Lalu saya memanggil nama-nama, ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya.
Maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. 
Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita tua itu:
فَٱبۡعَثُوٓاْ أَحَدَڪُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِينَةِ فَلۡيَنظُرۡ أَيُّہَآ أَزۡكَىٰ طَعَامً۬ا
"Maka suruhlah salah seorang dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu". (Al-Kahf 19)


Maka salah seorang dari tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, lalu dihidangkan dihadapanku, lalu wanita tua itu berkata :
كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِى ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ
"Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu". (Al-Haaqqah 24)



Abdullah: “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”




Ketiga anak muda ini secara serentak berkata :
“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya kerana bimbang tersalah bicara.”

Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha Suci Zat Yang Maha Kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:
ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
"Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar". (Al-Hadiid 21)

Bagaimana dengan kita?
Berapa banyak patah perkataan yang kita keluarkan setiap hari yang tidak mendatangkan apa-apa pahala, bahkan menambahkan dosa..
  Berapa banyak ayat Quran yang kita baca setiap hari?
**gambar sekadar hiasan daripada Google**

Comments

  1. excellent my love...keep it up. I love you so much.

    ReplyDelete
  2. terima kasih. Yang baik kita kongsi sama2 =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda