Skip to main content

Sanggup makan arnab?

KELEBIHAN DAGING ARNAB


  •  Bahagian yang terbaik adalah di pangkal peha kanan
  • Menghangatkan badan
  •   Melancarkan aliran air kencing
  • Menghancurkan batu karang pada salur pundi kencing
  • Daging di bahagian kepala elok untuk penyakit Parkinson
  • Minyak arnab sesuai di sapu pada pesakit lumpuh (cara untuk dapatkan minyak, goreng tanpa minyak di atas kuali sehingga mengeluarkan minyak)


RENDAH KOLESTROL
Daging arnab mempunyai kadar protein yang tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yang tinggi. Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yang terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.

Masih ragu-ragu untuk memakan daging arnab?Cuba dahulu dan anda akan merasai kelebihan yang terdapat di dalamnya. Ubah persepsi dan minda anda tentang daging arnab dan cuba dapatkan kelebihannya sekarang nescaya anda akan dapat merasainya, InsyaAllah..


RENDAH LEMAK
Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sangat sedikit.
Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yang terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yang baik.

Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yang mencukupi. Daging arnab yang terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.

DAGING ARNAB
Segelintir masyarakat di Malaysia menganggap bahawa daging arnab adalah seperti kucing dan juga berkeberatan untuk memakannya. Bagi yang beragama Islam daging arnab adalah HALAL dimakan tanpa perlu berprasangka terhadap kesahihannya. Tahukah anda daging arnab adalah daging yang sangat baik jika dibandingkan dengan daging haiwan lain. Bukan setakat itu sahaja, daging arnab juga mempunyai banyak manfaat dan juga boleh mengubati pelbagai penyakit kronik seperti stroke

Selain mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan rasa daging haiwan lain seperti ayam dan itik, ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Ada pihak berpendapat bahawa dengan memakan daging arnab mampu meningkatkan tenaga batin orang lelaki. Pendapat ini telah pun dibuktikan secara ilmiah. Bardasarkan kajian yang dilakukan, daging arnab mengandungi asid lemak tak tepu kadar protein yang amat tinggi sehingga dapat memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan manusia.

Mengikut kajian yang telah dijalankan,membuktikan daging arnab mengandungi kadar protein yang tinggi dan boleh diserap oleh tubuh secara langsung sehingga menghasilkan tenaga. Disebabkan oleh itu ramai masyarakat yang memakan daging arnab mempercayai daging arnab dapat meningkatkan tenaga batin.


Sumber rujukan dari Jebitrabbitty
Sumber : Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA)


Jenis daging
Protein %
Lemak %
Kalori
Arnab
20.8
10.2
795
Ayam
20.0
11.0
810
Lembu muda
18.8
14.0
910
Ayam belanda
20.1
22.2
1190
Kambing biri-biri muda
15.7
27.7
1420
Lembu
16.3
28.0
1440
Khinzir (TIDAK HALAL)
11.9
45.0
2050


"Cik Semut suka arnab daripada jenis  Dwarf Hotot berasal dari Perancis. Kalau nak kenal senang saja,bahagian matanya ada cecincin hitam, macam pakai celak... Badannya pendek, padat dan bulat. Telinganya pendek dan berbulu. Standard beratnya dalam 8-11lbs. Kalau dah bela, sayang pulak nak sembelih sebab comel sangat...gambar seperti di bawah."

Dwarf Hotot

Comments

  1. sedap tu daging arnab, saya memang suka makan daging arnab, kalau buat satu lagi sedap...tapi tak suka bela

    ReplyDelete
  2. Buluh perindu ~ Saya tak selalu makan daging arnab... saya suke makan puyuh... suke sangat... bela pun tak, tapi saya suka arnab... =0)

    ReplyDelete
  3. eh eh sebut pasal arnab, baru2 ni mimpi pegang arnab. padahal takut nak pegang haiwan berbulu selama ni. hehe

    ReplyDelete
  4. mimpi je? heheheh Cik Semut pun takot dgn haiwan berbulu ni , tapi arnab ade juga memberanikan diri pegang... ok je..tapi tak pegang lame2... ehheeh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda