Skip to main content

Bila Nak Minum Air?


Assalamualaikum


Semua orang telah sedia maklum air sangat penting untuk tubuh badan kita. Kita digalakkan minum 8 gelas sehari. Betul tak kawan-kawan? Tapi ini berita yang baru Cik Semut terima daripada seorang kawan  pakar jantung dan Cik Semut terpanggil untuk berkongsi dengan kamu semua. Badan kita memerlukan air minimum  untuk mengepam toksin keluar dari badan kita. Rupanya ada masa-masa tertentu yang memaksimumkan keberkesanan air kepada tubuh badan kita iaitu :


  • 2 gelas air selepas bangun dari tidur - membantu mengaktifkan organ-organ dalaman

  • 1 gelas air 30 minit sebelum makan - membantu penghadaman

  • 1 gelas air sebelum mandi - membantu tekanan darah yang lebih rendah

  • 1 gelas air sebelum tidur - mengelakkan angin ahmar atau serangan jantung





Cik Semut : "Moga-moga info ini dapat membantu diri kita dan kawan-kawan kearah kehidupan yang lebih sihat. 
SELAMAT BERAMAL.... "

Comments

  1. info yang sangat sangat berguna:)
    kena amalkan nie =)

    ReplyDelete
  2. terima kasih info cik semut..bagus!

    ReplyDelete
  3. Laskar pelangi ~ ye semestinya KENA amalkan
    abglan ~ sesame...
    merahitujambu ~ same2, Cik Semut dah mula amalkan.. =)

    ReplyDelete
  4. Wow! Bagus ni.. Terima kasih ye,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda