Skip to main content

Indahnya Hidup Tanpa Derita

Assalamualaikum

**Semua gambar di google sebab cable phone tak de, card reader pun baru je rosak..adesss"

Apa khabar korang hari ni.. 2, 3 hari ni Cik Semut tak sempat nak bukak p.c... Moga korang-korang semua sehat hari ni, mata n jari pun masih bertenaga utk mengadap skrin n keyboard ye..

Hari ni Cik Semut amik cuti. Dah lama tak cuti, nak gi jalan-jalan dgn diri sendiri hehehe... Cik Semut berbintang Gemini, mungkin sebab tu Cik Semut kadang2 dating ngan diri sendiri pun ok.Sekali sekala jalan sorang2 best jugak.. Macam2 kita jumpa & terfikir...

Pagi tadi, Cik Semut mulakan perjalanan Cik Semut ke Mahkamah Kuantan.. jeng jeng jeng, korang rasa utk ape??? heheheh Cik Semut pergi angkat sumpah utk urusan kerja laaa... Sekejap je. tak sampai seminit pun dah siap. Kemudian Cik Semut jalan-jalan menikmati kehijauan padang MPK sebelah masjid. Khemah-khemah utk bazar Ramadhan dah siap dipasang. 2,3 gerai dah mula cari makan. Cik Semut singgah di gerai Satay Ikan. Salah 1 kudapan yang Cik Semut gemar. Kemudian, duduk di tepi-tepi padang tu. Suasana yang aman, dengan pemandangan hijau terbentang luas dan dibelai oleh angin yang sepoi2 bahasa tu sambil menikmati Satay Ikan amatlah mengasyikkan...

                                                                  

Kemudian Cik Semut terus berjalan menuju ke pusat membeli belah Megamall Kuantan. Mak aiii ramainya manusia hari ni. Cik Semut terus ke kedai buku Popular. Dapat bau buku sangat mententaramkan jiwa. Target nak beli 1 buku. Pusing punya pusing... belek punya belek, akhirnya karya seorang anak didik Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah iaitu Noor Laila Aniza Zakaria menjadi pilihan hati.Sebuah buku motivasi bertajuk 'Indahnya Hidup Tanpa Derita'. Harga cuma RM 21.00 sahaja. 

Buku dah beli, Cik Semut pun dah lapar. Dah lama tak makan Pizza hehehe. Kaki ni pun terus je melangkah masuk Restoran Pizza Hut. Sementara menunggu makanan sampai, Cik Semut membelek buku baru tu. Buku tu mengisahkan cerita-cerita rumahtangga dalam masyarakat kita.Banyak pengajaran, tip-tip keagamaan dan psikologi yang boleh kita jadikan panduan hidup. Bila baca buku ni Cik Semut dapat banyak info rumahtangga. Ye lah sekarang ni pun kita tengok di dada-dada akhbar, di kaca tv...banyak cerita-cerita negatif tentang alam rumahtangga. Kadang-kadang Cik Semut sendiri rasa takut nak kahwin. Takut nak menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Bila baca buku ni baru Cik Semut tersedar rupanya kalau kita merasa susah dengan  hidup kita, sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah dan mempunyai perjalanan  hidup yang lebih dasyat. Semua itu ujian dari Allah menguji setiap hambanya dan mendekatkan diri kita kepadaNYA. Buku ditutup dan Cik Semut mula menikmati Seafood Lasagna bersama Mocha Blended... Sungguh nikmat.

Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Suka betul hati Cik Semut. Bila dan kenyang, Cik Semut pergi shoping kain untuk buat baju raya. Beli untuk diri sendiri, adik-adik, mak dan abah tak terkecuali. Borong sakan la.. hehee. Bila jam dah pukul 4.00 petang. Cik Semut pun keluar dari shopingmall tersebut menuju ke Ethic Relax Spa. Temujanji telah dibuat untuk full body massage. Cik Semut biasa di situ. Massage ala-ala bali. Memang relax habis.

Jam 6.00 petang Cik Semut pergi facial pula di Herbaline Spa. Cik Semut suka buat facial kat situ. Harga boleh tahan juga bergantung kepada rawatan yang kita ambil. Di sambut dengan baik. Bau wangi serai mula meresap dalam hidung. Kemudian cuci kaki dengan garam bukit, hidu aroma herbanya, dan start facial selama 2jam. Terlena juga la Cik Semut. Selesai facial, hidu  lagi aroma herba  yang lain dan selesai pembayaran Cik Semut buat spa fish di situ. Ikan kecil kemerah-merahkan bermain-main di kaki. Melihat ikan-ikan tu berenang sangat menenangkan jiwa. 

Keluar dari gate Spa tu, my future husband dah tunggu. Time for dating. heh heh heh.(Dia baru balik kerja sebenarnya). Kami pun pergi East Coast Mall. Begitu ramai manusia di sini. Nak cari parking pun susah. Dah buang masa atas jalan tu, akhirnya dapat jugak parking. Time dah menunjukkan jam 9.00 malam. Ape lagi, kami terus pergi makan je. Pekena Rasamas. Nyam nyam. Masa dating yang singkat ini dimanfaatkan sebaik-baiknya. Bercerita itu ini sebab jarang jumpa. Sebelum shoping mall tutup, si dia hantar Cik Semut pulang ke sarang.. 



Cik Semut : "Psstt, ni cerita semalam la...tak sempat nak post sebab dah balik rumah penat sangat dan terus tidur... Hidup tanpa derita sememangnya sangat indah.."

Comments

  1. seronoknya kak dapat membelai diri sendiri kat spa. ;)

    ReplyDelete
  2. amboi, nak dating rupenya. haha ;)

    ReplyDelete
  3. sekali sekala dik. Cik Semut jarang sgt dapat meluangkan masa utk diri sendiri. Itu yang kebetulan free dari kerja, trus amik cuti. Dating tu aktiviti sampingan je. hehehe. Terima kasih sudi membaca.

    ReplyDelete
  4. Ya, benar. Hdup tnp derita indah, tp x bermakna hidup kalo xde derita. Derita ni mngjar kita erti sbnr sbuah kdupn. X gitu? :).

    ReplyDelete
  5. yer saya setuju... Derita mengajar erti kehidupan... dan jadi panduan utk masa dpn..=)

    ReplyDelete
  6. wah..penuh ya aktiviti cik semut..hehe

    bestnya g spa..lama dah xg spa.....macam best ja buku tu...

    mmg seronok andai hidup neh happy ja sokmo...xpyh fikir kesedihan n derita kan..ehheh

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.