Skip to main content

Pendaftaran Pelajar Baru...



Assalamualaikum bloggers and readers..... hehehhe macam la Cik Semut ni ramai readers, tapi saja-saja nak taip macam tu... Hari ni 4 September Cik Semut masih kerja... Pelajar baru daftar di Universiti Malaysia Pahang, tempat Cik Semut kerja... jeng jeng jeng.... Hari ni kerja dari pagi sampai malam. Seronok juga tengok pelajar-pelajar baru. Datang dengan muka yang membawa 1000 harapan gituu... bagus lah adik-adik. Harap kamu semua berjaya dan seronok di sini.... (Macam lah depa baca apa yang Cik Semut taip ni)... hehehe. Siang tadi Cik Semut jaga bahagian penginapan Siswi..

Ada yang bercakap laju duk depan Cik Semut..
Ada yang terketar-ketar duk depan Cik Semut...
Ada yang kalut-kalut duk depan Cik Semut...
Ada yang blur-blur duk depan Cik Semut...
Ada yang sengeh je macam Cik Semut..

Apapun kedatangan dorang kat kampus ni sangatlah dialu-alukan. Terima kasih kerana memilih Universiti Malaysia Pahang... (Kira promote la ni). Cik Semut tetap memberi senyuman manis lagi ikhlas lahir dari hati nurani Cik Semut ni untuk menghilangkan rasa gemuruh depa semua...Sementara menunggu students daftar sempat Cik Semut snap picture dengan Hanset Cap Ayam Cik Semut...

 Ada 20 kaunter penginapan bertugas sejak dari pagi


Barisan pendaftaran pelajar


 Ada orang interframe la pulak..  hehehe


 Sempat berbincang mengenai pendaftaran penginapan hari ini, setakat ni semua puas hati.


Gambar ni besar sikit sebab ada Cik Semut. Cuba korang cari yang mana satu..ngeeh ngeeh ngeeh...

Comments

  1. best kan dpt hanlde budak masuk

    duu penah handle budak matrik

    ReplyDelete
  2. he3..msti lucu tgk gelagat masing2 kan..

    ReplyDelete
  3. Lea ~ best! suke tgok ragam dorang.. heheh

    ReplyDelete
  4. lyly ~ ye betol tu.. itu yang paling suke sekali..hehehe
    semua mcm nerd je...

    ReplyDelete
  5. Lya ~ seronok tgok gelagat dorang smue

    ReplyDelete
  6. selamat bertugasa dan melayan karenah pelajar baru..hehe

    ReplyDelete
  7. mana satu cik semut ni..nk tgok dgn jeles..uhuk..

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Semut,

    Teringat zaman mendaftarkan diri diUitm..hehe
    Selamat hari raya..;-)


    p/s: Suka makan kuih raya Sarang semut!;-P

    ReplyDelete
  9. Shorim Kasih ~ semuanya selamat.. terima kasih..

    merahitujambu ~ hehehe, yang pakai baju polkadot tu lah cik semut.. ehhehe

    Sandra azwan ~ ok tak masa mula2 daftar dulu? hehehe patut la sarang semut slalu hilang bila time raya..ehehe

    ReplyDelete
  10. hehehe mana satu dia ni ahh..yang pepel tu bha kan :)

    ReplyDelete
  11. haha... cik semut !
    membe sy pat msok UMP :)
    agak2 cik semut kenal ta?haha

    ReplyDelete
  12. dulu masa mula2 daftar, perasaan dia macam2 kak. haha bila di kenang semula, kelakar je. ;)

    ReplyDelete
  13. etong ~ i'm the polkadot one.. hehehe, betol ba tu!

    ReplyDelete
  14. sirap merah ~ uiks... sirap tu kenal la... hehehe, kalau masuk sini, boleh la jumpa... hehehhe

    ReplyDelete
  15. siti kektus ~ ye betol tu.. mmg kelakar kan.. ye lah budak baru masuk kata kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.