Skip to main content

BOHSIA...

Assalamualaikum kawan-kawan yang membaca..

Macam mana dengan sambutan Aidiladha anda? Meriah atau biasa-biasa saja..
Apa pun yang penting, hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan oleh Allah SWT supaya mengorbankan puteranya, Nabi Ismail a.s.

Carian Google.


Tapi topik Cik Semut hari ini adalah pasal BOHSIA.
Cik Semut mengenal perkataan tu sejak sekolah rendah lagi. Masa tu darjah 6, bohsia ni 'famous' dikalangan kakak-kakak sekolah menengah. Bohsia yang Cik Semut definisikan dalam kepala otak masa tu adalah  para perempuan yang buruk tingkahlakunya dan pergaulan yang bebas. Jadi masa sekolah rendah tu agak berdebar bila nak melangkah ke alam menengah sebab takot terserempak dengan kakak-kakak bohsia yang pada ketika itu dalam fikiran Cik Semut ni, bohsia ni seorang yang sangat negatif tingkahlakunya. 

Tapi bila dah melangkah ke alam menengah, bila dah tengok dengan mata kepala sendiri tak adalah seperti yang Cik Semut risaukan sangat pun. Janji pandai jaga diri sudah.... Cik Semut pun ada kawan-kawan yang memang bohsia ni. Dari segi mereka berpakaian pun kita dah boleh tahu Minah tu bohsia ke tak... ada juga yang berpakaian lagak seperti bohsia tapi sebenarnya bukan bohsia pun...

Hari berganti hari, tahun berganti tahun Cik Semut tetap tak memilih kawan. Cuma mereka yang bergelar bohsia ni saja yang segan-segan nak berkawan dengan Cik Semut kerana ketika itu Cik Semut adalah  Penolong Ketua Pengawas sekolah.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, setelah 5 tahun berkenalan dengan mereka yang pada hemat Cik Semut ada juga yang teruk rutin hariannya tapi ada juga yang baik hatinya.Mengapa mereka jadi macam tu? Kerana  faktor sejarah silam mereka. Ada yang telah menempuh sejarah hitam sejak kecil lagi. Tapi itu bukan kehendak mereka Ada juga yang kerana perasaan yang memberontak dan inginkan perhatian. Majoriti daripada mereka adalah daripada latar belakang keluarga yang porak peranda dan kurang kasih sayang. Itu pun bukan kehendak mereka. Cuma mereka memilih jalan yang salah.

Tapi hari ini, bila laman sosial 'facebook' mula mengeratkan persahabatan Cik Semut dengan mereka semua,  kami yang jauh terasa dekat. Terima kasih kerana masih sudi menjadi kawan Cik Semut lagi. Kami tidak pernah mengungkit cerita tentang keadaan dan sejarah mereka dulu-dulu. Menyimpan kemas rahsia silam itu. Kerana dulu adalah yang dulu. Hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Hari ini, Cik Semut boleh simpulkan mereka yang pernah menjadi bohsia telah menemui kehidupan yang lebih bagus. Ada yang lebih bagus dari diri Cik Semut sendiri. Pintu taubat dibuka sepanjang masa.  Mereka telah menemui kehidupan yang lebih bagus. Melihat kebahagiaan dan kejayaan mereka hari ini membuatkan Cik Semut tersenyum. 

Moral of the story : Kalau ada kawan-kawan yang negatif, doakan dia.. Jangan buruk-burukan dia. Kerana setiap kata-kata yang lahir dari lidah itu adalah satu doa. Oleh itu, berdoalah sesuatu yang positif untuk mereka. Moga-moga yang membaca blog ni kita semua sama-sama diberi kekuatan dan kreatif dalam mendidik anak-anak kita supaya mereka menjadi generasi yang positif minda dan tingkah laku serta gemilang kepada negara. Insyaallah.


Comments

  1. betul tuh, peluang masih terbuka utk berubah. tiada istilah terlewat..

    ReplyDelete
  2. bohsia.. jgn pilih jalan hitam

    ReplyDelete
  3. betul tu..setuju sgt2.. kbyakan mrk tu smutjadi krn dtg dr masalah keluarga y porak peranda n pgaruh kwn y negetif.. tp mmg x diakui... walaupun zaman skolah dulu dia org sgt2 hot bab disiplin..tp kini bla dh besar... n bkeluarga..msing2 dh berubah prangai.. dan ada y mjadi lebih baik serta berjaya..

    sbnarnya.. bohsia ni didefinasikan utk mrk y murah harga diri kan.. tp zaman skolah kt..mna2 y poblem dlm disiplin/samseng skolah..semua kt sebut bohsia/bohjang.. hakikatnya hati dia ttp sama mcm kita :-)

    ReplyDelete
  4. japp.. zureen tak pernah kot tengok bohsia ni.. tak tahu laa tak pernah ke tak tahu yang mereka ni bohsia.. sbb memang tak pandai nak beza.. teruk sangat eh bohsia ni? dulu-dulu zureen ingatkan bohsia ni pompuan murah yang dok tepi jalan tggu turn kena 'beli'...

    ReplyDelete
  5. Yang penting kita kena pandai memilih kawan n jgn sekali-kali terjebak dgn gejala bohsia.

    ReplyDelete
  6. betul tu..dulu biasalah zaman nak up kata orang..

    nasib lah eka tak pernah jadi sosial macam tu..takut emak ayah...

    sekarang masing2 dah bsar boleh berfikir..
    cik semut add la fb eka..cari je cik eka

    ReplyDelete
  7. "Kalau ada kawan-kawan yang negatif, doakan dia.. Jangan buruk-burukan dia. Kerana setiap kata-kata yang lahir dari lidah itu adalah satu doa" Sokong sangat ^^

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah,...doirang dh berubah,..rahmat allah sapa yg tau,...kdg2 kita yg eok ni yg lg "bermasalah" dr diorg sbb dok rasa diri elok,...=)

    ReplyDelete
  9. bagus2.. doakan yg baik2 utk semua... jgn mengata buruk kpd sesiapa :)

    ReplyDelete
  10. remaja zaman sekrang terlalu berani dan hilang rasa malu

    ReplyDelete
  11. ya...banyak anak gadis kita dah jadi cm tu..byk terpengaruh dengan kawan2...

    betul tu...xbaik kita lagi mengata..sepatotnya doa y elok2 agar terbuka pintu hati mereka..heheh

    ReplyDelete
  12. ngeri jee tengok gambar tu..harap bila dh ada anak sy dpt didik baik2..=_=

    ReplyDelete
  13. betul2...bg dorg peluang kedua...sama2 berpikir dan ambik pengajaran :)

    ReplyDelete
  14. bohsia byk dr golongn bdak yg bru nak up .. pehtu dorang ni kurang dpt perhatan . so if kite ade kawan yang mcm tue , kite kene bimbing die la.. jgn kite ikot care die plak :))

    ReplyDelete
  15. bohsia! kesilapan memilih jalan yang salah. tapi x sume bohsia tu mmg bohsia kan? hehe

    ReplyDelete
  16. remaja skrg mudah terikut..ikut...memilih kawan tu perlu..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.