KLIK KLIK

4.11.11

Tak Senonoh Weh..!!!

Pencarian Google. Kredit kepada Kucing Biru
 
Hai kawan-kawan...
Kawan-kawan tahu tak apa jenis haiwan di atas?
Yea...tepat sekali... ini lah dia KAMBING nama nya...

Ni aku nak cerita sikit, pasal seorang perempuan.
Aku perkenalkan dia sebagai  Joyah binti Jenok (bukan nama sebenar)
Dia ni bukannya pengembala kambing atau berada di sekeliling kambing-kambing...
Tapi minah ni jenis yang TAK SUKA MANDI...
Spesis ini kan, sangat terkenal dengan haiwan di atas itu ye kawan-kawan...

Aku tak tahu lah nak kata macam mana..
Terkejut kambing juga laa aku bila dia sendiri mengaku yang dia memang tak suka mandi.
Dia akan mandi ikot mood dia.
Kalau dia rasa nak mandi, dia mandilah...
Bila aku tanya kenapa tak suka mandi.... takot air ke? kot-kot la dia ada peristiwa yang trauma dengan air kan...mana la kita tahu, tapi jawapan yang diberi adalah MEMANG TAK SUKA MANDI.
Itu je. Aku memang tak boleh terima langsung alasan tu.
Kalau pergi kerja dia hanya basuh muka, gosok gigi SAHAJA...
Kalau 5 hari dia MALAS, maka 5 hari itulah dia tak mandi...
Aku tergamam dengar dia cerita tanpa segan silu...
Dia perempuan macam aku juga...tapi aku tak tahu lah macam mana rasa kalau tak mandi tu...
Haishhh miang-miang badan!
Tapi Joyah binti Jenok ni relax je aku tengok...
Nak kata ada bau-bau yang kurang menyenangkan, tak pulak adanya...
Katanya sembur perfume banyak-banyak....
Haisshhh....boleh pula macam tu ye...?
Aku TERGAMAM.

Aku kata : 'Tak senonoh la weh! Ko tu pompuan"
Joyah hanya ketawa besar dan berkata "relax la...bukan aku buat salah apa pun"
Aku memang TERGAMAM!

Aku nak kongsi kat blog ni pun dia tak kisah...sambil ketawa-ketawa.
Joyah ni cantik orangnya, putih melepak!
Periang, suka ketawa, cool dan slumber...
Aku geleng-geleng kepala je...
Positifnya dia tak kalut-kalut time tak ada air dan bil air rumah dia comfirm jimat!
Dia pun minta nasihat ada tak cara-cara untuk dia suka mandi..
Aku senyum-senyum kerana masih TERGAMAM.

16 comments:

  1. Hah!!! kes berat nii... WuMing mandi tak lama...tapi satu hari boleh mandi 3-4 kali... lebih-lebih di rumah mak kat kampung(masa tak kerja)..

    Syokk wooo.......

    ReplyDelete
  2. sy blk mesti nk mandi x leh tido x mandi..apa laa..xleh buat bini..=p

    ReplyDelete
  3. Mesti hapak2 sikit bau dia...

    ReplyDelete
  4. seriously ada pmpn mcm ni?? aiyooooo

    ReplyDelete
  5. ni cerita betul ke rekaan semata-mata? senang je ni. bagi dia sorang boyfriend. pandai la dia jaga kebersihan diri.

    ReplyDelete
  6. Adake macam ni..kalau kita sehari tak mandi pun dah rasa lain.. ;)

    ReplyDelete
  7. hahaha..kirim salam dia eh.meh srh dia jd gf abg.tahu la abg nk rendam dia dlm kolam 3hr 3mlm. :P nsb baik la bdn dia jns x berbau.tp tahu x,wlupn x mandi daki tu tetap ada.srh dia basahkn ckit kulit dia x kesah kt mana2 then gosok slow sampai keluar daki.tgk la byk mana. +_+ sedulang agknya.

    ReplyDelete
  8. huih gila.dulu ada kawan lelaki kat kampus pun tak suka mandi,haih,

    ReplyDelete
  9. mmg x senonoh, wa ha ha
    selamat hari raya aidiladha buat anda juger :)

    ReplyDelete
  10. tergamam jugak!!!

    rasa cm pengotor ja...huwawwa...kalau boleh ila nak 3 kali sehari mndi..bagi bersih n wangi..

    pelik sungguh la dia tu...kita gegel xleh malas2 sgt kan..ehheh

    ReplyDelete
  11. Joyah binti Jenok...macam kenal jew...hahaha...;d

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya aidiladha..

    kambing lagi wangi kot...

    ReplyDelete
  13. seriosly, ini kesah benar.. yang reka tu nama dia je...

    dia pun dah bce komen korang... dan nampaknya, dia akan berubah.

    katanya tunggu dia dpat boyfriend nanti baru berubah (sambil ketawa).

    ReplyDelete
  14. hahaha..adoi..selesa ke haaa..

    ReplyDelete

Klik Sekali