Skip to main content

Biar Tak Cantik, Asal Tak Sakit

Assalamualaikum
Apa khabar kamu, kamu dan kamu hari ni...

Haaa...Cik Semut ada cerita nak kongsi bersama ni...
Ni cerita pasal kanta lekap atau istilah bahasa Inggeris disebut "contact lense"...
Bukan nak jual kanta lekap tu ye kawan-kawan. Cik Semut cuma nak bercerita.

Pertama kali Cik Semut pakai kanta lekap tu agak-agak dalam 4,5 tahun lepas macam tu lah... Harga masa tu RM 70 ke atas. Hanya boleh didapati di kedai-kedai cermin mata dan klinik-klinik mata sahaja.

Hari ini di laman sosial Cik Semut tengok dah banyak yang jual contact lense ni. Kat blog-blog pun banyak. 

Macam-macam jenis ado!
Macam-macam corak ado!
Macam-macam warna ado!
Macam-macam harga ado!
Macam-macam saiz ado!
Macam-macam brand ado!

Yang pasti, budak-budak sekolah pun dah mampu nak beli. Mana tak nya, harga murah sangat. RM30 boleh pakai setahun! Atau jual package RM70 untuk 3 pasang contact lense.  Cantik dan menjimatkan! Rugi tak beli ni. Yang ada power dengan tak ada power, yang ada warna dengan tak ada warna sama je harganya...

Interframe lense i sikit.. heheheh
Cik Semut pun tak terkecuali merasai kanta-kanta lekap ni kat biji mata.
Memang ada perubahannya memakai kanta lekap yang baik dan mengikuti piawaian mata kita dengan kanta lekap yang murah dan lebih besar. 

Tapi jangan tertipu ye adik-adik, kakak-kakak.... Yang murah kita beli tu belum tentu terjamin. Bukan minta beli yang mahal, tapi biar mahal sikit asal mata kita terjaga. MATA tu aset penting tu! 


Nasihat dari pakar mata :
Sebenarnya tempoh mana-mana kanta lekap yang kita guna tu hanya boleh dipakai selama SEBULAN SAHAJA. Itu tempoh yang terbaik untuk mata. 
Dan sebenarnya juga, mata kita tidak boleh menerima saiz kanta lekap yang melebihi 13 atau 14 mm diameter. Tidak bagus untuk kesihatan mata kita sama sekali. 



Sesetengah orang berpegang pada prinsip BEAUTY IS PAIN. Tak salah sakit sikit untuk cantik... Tapi kalau dah macam ni biji mata kita, NO BEAUTY lagi dah.
Sebelum mata kita rosak, 
Sebelum mata kita kene conjuctivities
Sebelum mata kita BUTA...
PELIHARALAH ANUGERAH ALLAH INI SEBAIK-BAIKNYA.


Comments

  1. Huhu..takot plop dengor..Kite pakai pon murah2 je..tapi xdela pkai ari2..time outing jer..tu pun ikot mood..pasni kene cari yg mahal sikitla..huhu~

    ReplyDelete
  2. huhu..dlu pakai contact lens.. tu pon sbb kna pakai spek..tp xnak pkai spek..trus tuko k contactlens.. pilik kaler coklat lg..hik3.. pastu.. tamat tmpoh x beli2 lg.smpai skarang..

    wahhh..prubahan drastik pd muka along bla b'contact lens

    ReplyDelete
  3. Murahnya. RM30 boleh pakai setahun?

    ReplyDelete
  4. kak ain tak pakai pun contactlens...cermin mata pun belum guna lagi...tak tau la tak lagi kot2 rabun mata ni..kene la pakaikan spek plk...

    ReplyDelete
  5. cik tikah x reti la nk pakai bnda alah ni =(

    ReplyDelete
  6. huarghhh takut nak pakai . takut sgt . memang teringin . tapi entahlah .

    ReplyDelete
  7. betul tu..sebaiknya beli yg berkualiti dan ditmpt yg betul..

    ReplyDelete

  8. Bila seseorang itu memakai kanta sentuh, dia harus tahu mengenai risiko yang boleh berlaku sekiranya teknik penjagaan kanta sentuh tidak diamalkan dengan betul. Selain itu, sebaik-baiknya kita membeli kanta sentuh dan pencuci kanta sentuh yang berkualiti bagi memastikan mata kita tidak mengalami sebarang alahan terhadap kanta sentuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.