Skip to main content

Duit Gaji Kita...




Google saja...

Assalamualaikum...
Sekadar coretan di pagi Selasa...

Cukup masa kita pasti seronok menerima gaji ...
Macam-macam dalam kepala otak kita.
PEREMPUAN : nak beli handbag baru, nak beli kasut baru, baju baru..bla...bla..bla...
LELAKI : tukar sport rim, cat kete, tukar handset, tambah gadjet-gadjet...bla...bla...bla...
IBU : tak lama lagi nak buka sekolah ni.... list, list, list.....baju sekolah anak-anak, beg, bla...bla..bla...
AYAH : bagi nafkah kat isteri, bagi ibu, belanja anak-anak, kasut kerja baru pun nak juga ni bla bla bal...

Tapi siapa tahu keberkatan duit gaji kita tu...
Kadang-kadang terlewat masuk kerja.... 
Kadang-kadang tepat jam 8.00 pagi belum tentu kita dah start buat kerja kita....
Kadang-kadang waktu rehat jam 1.00 sampai 2.00 petang, terlajak sampai 3.00 petang...
Kadang-kadang tengah sibuk-sibuk buat kerja, idea datang terus buka blog... ^___^..
Time buat overtime, sikit pun tak nak mengalah....

Apalah salahnya time over time tu, mengalah la sikit, claim sikit daripada kerja tak apa, tutup balik lubang-lubang masa kerja kita dengan kerja lebih masa tu... tak salah... 

Salah satu cara lagi, duit gaji kita mana-mana yang rasa kurang berkat tu, bersih-bersihkanlah dengan bersedekah... Moga-moga keberkatan kerja dan pendapatan kita membawa rahmat kepada seluruh kehidupan seharian kita, keluarga dan sekeliling kita... Insyallah...


Comments

  1. betul tu..apa-apa pun pasal duit ni kena kena jaga..

    ReplyDelete
  2. kadang2 kita lalai tentang keberkatan kan...sy pon cm xmoh claim jee ot..=_= tkt terguna masa berblog..=p

    ReplyDelete
  3. mcm selalu buat je. haha...niceeeeeeeee sharing.tqvm :)

    ReplyDelete
  4. Cik Eka ~ ye...betol.. tak leh wat main2...

    ReplyDelete
  5. merahitujambu ~ saya pun.. ehheheh

    ReplyDelete
  6. LAici KAng Ais ~ ye, memang pun hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.