Skip to main content

Men : Watch Out! Woman got power!!


Kes penganiayaan terhadap wanita makin menjadi-jadi sekarang ni… Kadang-kadang  aku sendiri pun rasa takut nak melangkah ke alam perkahwinan ni. Siapa tahu apa akan jadi pada kita yang perempuan-perempuan ni di masa akan datang?

Entri ini bukanlah anti lelaki, tapi sekadar berkongsi dan mengajak kita semua berfikir untuk kebaikan diri sendiri dan kebaikan yang boleh kita bagi kepada orang lain.

“Seorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapatkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh atas 1 atau lebih daripada alasan yang berikut…”

Apa alasan-alasan itu yang boleh kita pelajari bersama? Mari kita fikirkan… rasa macam serius je bunyinya kan… tak kisah la rasa macam mana pun, janji perkara ini memang serius dan tidak boleh dibuat main-main…  kalau serius tak cukup, kasi up lagi 45ratus kali rius… ok kot. ^___^

1)bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada 1 tahun;
>>>>>Para suami kalau nak kemana-mana tu bagitaulah isteri anda. Mereka tidak mengongkong anda cuma mereka risaukan anda. Risau kerana sayangkan anda.  Sesibuk mana pun, hantarkan sekeping s.m.s pun jadilah ye<<<<<

2) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh 3 bulan;
>>>>>Kalau kering sangat wahai para suami, rasanya tempoh 3bulan itu sudah cukup untuk berusaha memberi nafkah zahir dan batin anda kepada keluarga.Isteri anda tidak meminta banyak, cuma sekadar memberi peluang kepada anda untuk laksanakan tanggungjawab anda<<<<<


3)bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih;
>>>>>selalu yang masuk penjara ni penjenayah. Para suami sana, sebelum buat sesuatu perkara itu fikirlah akibat dan kesannya terhadap diri sendiri, isteri dan anak-anak walau terdesak macam mana pun<<<<<

4)bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab muhasabah, kewajipan  perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
>>>>>tidak baik begitu ye, wahai suami-suami. Isteri anda juga ada kehendak, kemahuan, hati dan perasaan seperti anda juga,<<<<<


5) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;
>>>>>Sebelum kahwin pergi  laa Medical Check dulu, chek betol-betol  kesihatan tubuh badan anda. Kalau betul anda mati pucuk sila bagitau bakal isteri anda. Kasihanilah masa depan orang lain ye. Bincang bersama-sama. Kalau bakal isteri sanggup, itu adalah hadiah terbaik untuk anda ye<<<<<

6)bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau lebih atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang menghidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
>>>>>kesimpulannya, kita sama-sama jaga kesihatan diri fizikal, mental dan jiwa kita supaya tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain<<<<<


7) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinann itu sebelum mencapai umur 18 tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
>>>>>kepada wali-wali bertolak ansur lah sikit, budak belum cukup umur agak-agaklah nak kasi kahwin tu, berpijaklah di alam yang nyata<<<<<

8) bahawa suami menganiayanya , iaitu antara lain :
a)lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan  oleh kelakuan  aniayanya atau
 >>>>> rasanya korang ni memang bersikap autokratik, hati kering, tak ada perasaan, kalau kena kat korang balik baru korang tahu sakitnya<<<<<

b) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak; atau
>>>>>sudah-sudah la berkawan dengan orang jahat, terang-terang dia jahat dan hidup keji rasanya hidup korang pun tak kan aman dan tenteram sebab tu hati korang kering dah, tak de perasaan. Hati mati.<<<<


c) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau
>>>>> korang dengan SETAN memang tak de beza kot! (aku betul-betul emosi bab ni), Isteri tu amanah Allah kepada korang, sesuka hati korang nak lacurkan Isteri korang…. Astagfirullah…<<<<<

d) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada mengggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu ; atau
>>>>>korang tu jeles sebenarnya, mungkin isteri ko lebih berharta daripada ko. Tapi percayalah kalau dia isteri yang baik, korang pun ada rasa tempias dari harta-harta isteri ko. Ko sepatutnya bersyukur<<<<

e) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya atau
>>>>>Manusia apa korang ni... pasti korang kahwin pun seagama kan. Agama itu kepercayaan. Buruk benar la korang kalau ada agama tapi macam tak ada<<<<<

 contoh terbaik
f) jika dia mempunyai lebih daripada seorang isteri, dia tidak melayan isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak;
>>>>>ingat lagi korang pada lafaz taklik setelah kalian diijabkabulkan dulu? Itu janji korang. Orang munafik adalah orang yang memungkiri janji.<<<<<

9)bahawa walaupun 4bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya;
>>>>>mungkin ada sebab kenapa begini jadinya, tapi  fikirlah secara positif, mungkin Isteri anda itu adalah jodoh yang terbaik yang Allah hadiahkan untuk anda… <<<<<

10) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan,  kesilapan , ketidaksempurnaan akal atau hal keadaaan  lain yang diakui oleh hukum syarak;
>>>>>kalau nak kawen lebih daripada satu pun, tunjukkan tauladan yang baik kepada isteri anda waktu mula-mula berkenalan lagi, kalau dia tak bagi sedangkan anda ingin juga, bersabarlah…usaha lagi. Usaha kan tangga kejayaan, mintak kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Mana Menolong… tapi rasanya depands kepada niat korang nak kawen lebih la…. ^___^<<<<<


11) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan, dalam erti Ordinan Sakit Jiwa 1952 [ord.31thn 1952] bagi Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74], dan kecelaruan mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadinya tidak layak untuk berkahwin,
>>>>>Korang lebih mengenali isteri korang. Kalau isteri anda nampak celaru je, ting tong ting tong ke, bawak la pergi hospital. Check betol-betol. Kalau isteri anda memang jiwa kacau jangan korang nak mintak sign surat poligami pula, tak sah tu ….<<<<<

12) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh  di bawah syarak
>>>>kalau ada sebab-sebab lain rujuk Mahkamah je lah ye<<<<<

Apabila sesuatu permohonan untuk pembubaran perkahwinan atau fasakh  difailkan, mahkamah syariah akan menetapkan tarikh bicara untuk member peluang kepada suami untuk memberi penjelasan atau untuk membantah permohonan  isteri tersebut atau dapatkan nasihat peguam syarie.

Dah penat menaip, penat membaca, jom layan lagu ni... sesuai dengan entry ni kot :


Happy Reading. Thank You.

Comments

  1. entri yg sgt2 berguna. :)prmpn skrg bljr tggi2 tp masih ada jgk yg x fhm psl fasakh ni.bkn apa..depa malas nk membaca.thanks awk,bt entri ni.berguna utk sy sbb lelaki pun wajib tahu. :)

    p/s:entri sy tu bkn menyindir.skdr berkongsi apa yg sy nmpk disekeliling. :)maaf andai terasa.

    ReplyDelete
  2. Abg stalker ~ saya sharing je...
    p/s tak terasa pun, sebelum semua tu berlaku kepada saya, baik saya beringat2 dulu ye dak.. =)

    ReplyDelete
  3. nice entry..

    mmg sbg ppuan kita kena tahu hak kita kan..:)

    skrg2nya dptkan pengadilan y sbrnya...

    ReplyDelete
  4. ada isteri yang sanggup tunggu suami nya walaupun ditindas..
    ni terlebih baik atau bodoh..tak tahu la..
    heheeh

    ReplyDelete
  5. Juliet_iRa ~ ye, kita memang wajib tahu... sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku akan datang.. =)

    ReplyDelete
  6. diana ~ orang kata buat baik berpada-pada... =)

    ReplyDelete
  7. LAici KAng Ais ~ terima kasih sudi membaca.. sharing is caring... =)

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.