Skip to main content

Musuh Aku

Assalamualaikum ...
Korang dah blogwalking ke hari ni? Dah siap entry baru? Cik Semut ni bertaktih jenuh menyiapkan satu hari satu entry... itu pun kalau masih punya kesempatan...

Ni hari ni nak cerita pasal musuh Cik Semut...
Orang kata jangan mencari musuh, tak baik...
tapi kadang-kadang kita tak cari pun dia datang kat kita...
Kadang-kadang terlalu dekat dengan kita...
Kadang-kadang kita tak perasan pun dia ada....
Cerita pasal musuh Cik Semut ni sebenarnya bukan musuh sangat pun cuma Cik Semut je tak suka kat dia...



Ni haaa, musuh Cik Semut ni.. geram juga bila jumpa dia depan mata Cik Semut. Selalu Cik Semut memang menghindari bila berjumpa dengan dia.. tengok muka dia pun kalau boleh memang tak mahu lah...
Tapi kalau dah jumpa, dah duk dekat, Cik Semut cuba lari lah.. kalau tak dapat lari biarkan saja dia di situ...
asalkan dia tak ganggu hidup Cik Semut ni.. heheeheh

Tapi hari ni Cik Semut teringat kat dia setelah terserempak dengan dia waktu makan tadi...
Dia ada depan mata Cik Semut, nak buat tak nampak memang dah nampak...
Hampir terbantut juga selera makan, tapi oleh kerana terlalu lapar, ku gagahi juga.... ngap ngap ngap...

Mak ada pesan,
Musuh tu baik untuk Cik Semut...
Mana tahu satu hari nanti Cik Semut akan perlukan dia, 
Cik Semut akan cari dia...
Emh... mungkin betol...
Tapi Cik Semut memang tak suka sangat-sangat kat dia ni haaa...



Cukup  tak suka bawang... kalau boleh masak tanpa bawang pun Cik Semut sanggup.... tapi apakan daya mak selalu pesan yang bawang tu penting dalam masakan. Bawang juga awek muda... (Tak kira lah walau awek muda sekali pun memang Cik Semut tetap tak suka.). Tak tau la apa salah Kak Bawang ni sampai Cik Semut tak boleh dengan dia..Kesian dia kan... Minta maaf ye Kak Bawang.

Tapi kebelakangan ini, Cik Semut mula suka kupas bawang je... makan bawang tetap tak suka!! Jeruk bawang???? Erk! Lagilah rasa nak pengsan! tapi pergi rumah bakal mertua, bawang lah yang Cik Semut cari dulu .. heheheheh (kene la tunjuk rajin) hahahahah.




Pesanan Umum :
Musuh juga perlu dalam kehidupan kita sebab musuh mampu memberitahu secara nyata atau tidak mengenai kelemahan diri kita... kalau kawan baik belum tentu dapat berbuat demiakian ye... Mungkin juga kita memang perlukan  musuh untuk upgrade cara hidup kita ke arah yang lebih baik.. SELAMAT BERHIJRAH.

Comments

  1. hadoiiiiiiiiii... bunya lah xcited baca... upanya bawang... ish3... terbantut pembacaan ku... hahahhahaa

    ReplyDelete
  2. hahaha sengal gilo .
    hadeiii ai .

    ReplyDelete
  3. terkono den!! hurmmm... Tapi betoi la ckp mak cik semut, ada ketikanya musuh tu jugak la yang kita cari utk selamatkan keadaan.. Kan..Kan...?

    ReplyDelete
  4. Nyamuk ~ bukan takot bawang tapi tak suka bawang la.... heheh

    ReplyDelete
  5. kotak mancis ~ betol la tuh, dia mmg musuh cik semut pun... jgn la terbantut2.. ehhehe

    ReplyDelete
  6. Saddila ~ sengal ke.. hahahah, tapi ini reality la..

    ReplyDelete
  7. che'gu anuar ~ ini cerita benar.. fikir positif kebaikan musuh,.

    ReplyDelete
  8. dulu tak suka bawang jugak sebab ada dengar kalau makan bawang badan berbau. tapi tak pon. hei bawang sedap rupanya. memang tak lengkap lah masak kalau tak bawang.

    ReplyDelete
  9. hehhehehe/....sabar ja la..

    kak bawang jugak yang terkena...wakkakak

    ReplyDelete
  10. Yat S. ~ tu lah... bawang ada baik jugak.. sekarang berjinak2 dgn bawang utk masak, tapi nak makan still tak boleh terima lagi.. ehhehe

    ReplyDelete
  11. SaveTheWorld ~ ye itulah musuh saya.. heheheh

    ReplyDelete
  12. ila HonEyBuNNy ~ hehehe.. ye mmg pun saya mmg tak boleh tengok bawang dlm makanan.. mesti kaut letak tepi. hehehe

    ReplyDelete
  13. merahitujambu ~ hehehe.... suspen ye.. tapi itulah kenyataannye. h eheh

    ReplyDelete
  14. hikkhikk... kena kwn baik dgn bawang tau... nnt mak mertua potong markah. haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda