Assalamualaikum..
Dah seminggu lebih tak post entry baru. Alasan seperti biasa. Tanggungan kerja yang tak tentu masa dan outstation... Masa untuk diri sendiri pun tak ada apatah lagi nak berblogging...
Hari ni nak cerita pasal apa yang berlaku di sekitar Cik Semut...
Semalam...
Cik Semut balik kerja lewat sikit dalam jam 6.30 petang macam tu...
Singgah la di sebuah restoran untuk dinner.. (memang awal dinner)...
Restoran tu lengang. Masa tu ada 1 meja saja yang ada pelangan. Pekerjanya pula begitu asyik menonton cerita Tom & Jerry... ( Cik Semut pun suka,boleh tumpang tengok sekali).
Minuman dan makanan yang diorder telah pun sampai. Kueh teow kungfu dan air limau suam.
Laju la sebab tak ramai orang kan. Nak kata sedap sangat, tak juga. Biasa-biasa saja.
Cik Semut pun makanlah dengan penuh nikmat. Tak lah pelahap sangat.
Tup..tup...sayup-sayup kedengaran satu suara yang merdu dikejauhan..
Cik Semut mengamati suara itu betul-betol...
Jam menunjukkan pukul 7.00petang. "Eh, dah nak Maghrib ni," bisik hati kecil Cik Semut.
Suara yang sayup-sayup dibawa angin itu makin lama terasa makin dekat di telinga...
Meresap ke dalam hati....
Ooohhh...suara orang mengaji dari surau berdekatan rupanya... Patutlah syahdu.
Tapi tak jelas kerana bunyi dari televisyen tu lebih kuat bunyinya...
Beberapa kali Cik Semut menjeling ke arah pekerja-pekerja restoran yang ada.
Tidak sedikit pun antara mereka yang berganjak untuk memperlahankan volume tv.
Tak perlu berganjak kot, remote mesti ada....
Terdetik juga dalam hati Cik Semut yang mereka semua tu tak dengar ke?
Tapi macam mustahil je tak dengar... malah makin seronok pula mereka ketawa dengan telatah katrun-kartun dalam tv tu... Astagfirullah...
Peringatan kepada diri sendiri juga :
Hormatilah bacaan-bacaan daripada surah-surah Al-Quran Karim...
x taw lah kenapa ada segelitir org macam tu..syie pn pernah alami..waktu solat jumaat ada satu tempat pelancongan yang famos jugak ni..pasang lagu bukan main kuat..sampai macam berlawan-lawan dengan sound orang mengaji sblm solat jumaat...
ReplyDeletehari tu kak ain tengok wayang hari jumaat ade jugak org lelaki tengok Ombak rindu...mcm tak de hari lain nak tengokk...
ReplyDeletehormatlah. mcmlah paham klo tgk kartun tu pn. bukannya bercakap...
ReplyDeleteitu la realiti..kalo bulan puasa nak alert je dgr azan mgrib tnda bbka..btul x?
ReplyDeleteGincoMerahJambu ~ betl tu... berlawan-lawan sama kuat dgn azan... kita yang dengar ni jadi malu...
ReplyDeleteainnoraini ~ emh, lelaki sekrang pun ramai je tak gi solat jumaat...
ReplyDeleteChaCha ~ betl tu... kartun tu bila2 pun boleh tengok.... ulang-ulang lagi...
ReplyDeletesay to easy =) ~ setuju tu...
ReplyDeletehaish..dunya dunya...
ReplyDeleteassalamualaikum cik semut...die org tu pekak kot x dengar suara bacaan Al-quran tu kot...:)
ReplyDeletecik cempaka ~yea, berpijak di bumi nyata tu
ReplyDeletewaalaikummussalam MASZULL ~ de pulak dorang guna bahasa isyarat, amik order ok je. hik hik hik
ReplyDeletebetul..kena la hormat ayat2 Allah tu... :)
ReplyDeleteStesen TV pun kena la mainkan peranan...ni tak..asyik nak tyg citer best time maghrib yg kejap tu juga..huhu
Iznie ~ betol tu... sekarang ni cite famous Tentang Dhia...
ReplyDeleteselalu mcmtu..diorang tak peka..
ReplyDeletemgkin kita blh mnta mereka slowkan..:)