Skip to main content

...kerana RM 500.00

 Sumber Google

.....satu pagi
.....di warung
.....sebuah kampung

Aku duduk di penjuru sudut mengadap jalan tar, melihat kereta-kereta yang lalu lalang di jalan kecil itu.
Sementara menunggu minuman dan makanan sampai, aku memerhati keadaan sekeliling.

Terdengar perbualan pakcik-pakcik di sebelah meja.
Ku kira perbualan antara seorang nelayan dan pemandu bas.

 Sumber Google

Sumber Google

Pakcik Ali (bukan nama sebenar) bercerita mengenai bot, laut, ikan-ikan...
Pahit maung di laut melawan ombak.
Hasil tangkapan tidak menentu.
Lauk pauk sama setiap hari..

Pakcik Abu (bukan nama sebenar) bercerita mengenai bas, tempat-tempat, penumpang bas...
Kemalangan di jalan raya.
Tinggalkan keluarga berhari-hari.
Keluar awal pagi, pulang lewat malam...

Cuma yang sama antara mereka, kedua-duanya berwajah ceria. Penuh senyuman. Bersembang mengenai RM500.00 bantuan kerajaan tempoh hari, macam-macam yang mereka beli untuk anak-anak dan isteri masing-masing. Suka sekali aku tengok riak wajah mereka. 


Contoh keluarga bahagia

Bercerita tentang beli baju baru, beli barang-barang sekolah...
Bawa keluarga pergi jalan-jalan...
Bawa keluarga pergi makan-makan... 
RM 500.00 menjadikan hidup mereka lebih selesa...
RM 500.00 mendekatkan mereka bersama keluarga.

RM500.00 dimanfaatkan sebaiknya...
Rezeki itu dikongsi bersama seisi keluarga...
itu detik yang paling bahagia dalam hidup.
Kongsi.
...dan menghabiskan masa bersama-sama keluarga.

Aku tumpang gembira.
Sharing is Caring.
Caring is Loving.


**Terima kasih sudi membaca. ^__^

Comments

  1. Kite pun tumpang gembira dengar stori ni..Itulah kasih seorang suami & seorang ayah..Tidak mengapa jika diorang tak dapat ape2, asal dapat berikan kegembiraan buat anak2 dan isteri.. =)

    Do visit us at:
    RAFHANAH BLOGSHOP

    ReplyDelete
  2. saat bersama keluarga la paling indah kan...;)

    ReplyDelete
  3. makcik kita cakap budak2 sekolahkan dapat 100,,anak dia ada 7 orang yang sekolah,,tgk berapa banyak kerajaan bagi,,700,,+yang dia dapat 500,,,da 1200,,suka sangat dia..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..

    duit tu dpt kat org yang betul..:)

    seronok tgk..hee

    ReplyDelete
  5. sedih bace

    kite2 skng ni

    dapat duit je xpnh nk bersyukur

    ReplyDelete
  6. baguslah kalau begitu.

    tapi yang paling kecewanya bila ada yang menggunakan wang itu ke jalan yang salah.

    ReplyDelete
  7. terharu pulak saya baca entri ni..huhuhu..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..
    rezeki masing2 kan...
    tuah ayam nampak di kaki..
    tuah manusia kita xtahu...:D

    *nak 500 jugak..heee

    ReplyDelete
  9. aik?wujud ke duit 500 sekeping ni?xpnh tgk pn

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah ada yg manfaatkan sebaik2nye..:)..


    jgn jadi yg mcm dapat baucer tu..*terasa..hahaha

    ReplyDelete
  11. alhamdullilah.. kerana 500 mereka berbahagia..

    ReplyDelete
  12. 500 tu amat bermakna pada yg benar2 memerlukan.alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. pandai gue duit,, alhamdulillah.. :)

    oh ye,, btw,, pra test tuh lulus la,, tgok la camne JPJ test bulan 2 nantih,,haha.. takde tips keh cik semut?

    ReplyDelete
  14. ngee..trase bhagia mmbace entri ni.. =)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah.. tersenyum bc entri ni.. ;) rakyat terbela ;)

    ReplyDelete
  16. sebenarnya walaupun di dalam kesusahan,keluarga kurang berkemampuan ni lebih menonjol dari segi kasih sayang berbanding dengan keluarga yang lebih berkemampuan.apa2pun,nice sharing :)

    ReplyDelete
  17. tak dapat 500 pun.tapi bagus lah coz dapat pada yang betul2 susah ni..

    #tapi pelik orang senang pun ada yang mohon dgn rsa tak malu...sedih!!

    ReplyDelete
  18. walaopn 500 jnji bersykur insyAllah bhagia..

    ReplyDelete
  19. thun ni byk dpt duit.. bdak2 skolah dpt 100,pastu baucar buku 200, lain2 500..

    aku yg lepasan spm? topup 10 henggent pon semputt (~,~)

    Apepon.. syukur sgt =)

    ReplyDelete
  20. bg mereka yg betul2 memerlukan..jumlah itu amat bernilai..dimanfaatkan sebaiknya..syukur padaNya~ =)

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.