Skip to main content

2nd Smoker

Assalamualaikum kawan-kawan...
Sila jawab dulu salam tu...
# Memberi salam itu sunat.
# Menjawab salam itu wajib.

Terima kasih meluangkan masa membaca entri Cik Semut kali ini.



Hari ni nak cerita pasal '2nd Smoker'..
Atau dengan kata lain penghidu asap rokok.
(Kisah benar yang diolah)

Al-kisahnya macam ni...
Di sebuah kampung bernama Kampung Pinang Sebatang, tinggallah satu keluarga yang sangat sederhana hidupnya. Mereka sangat bahagia. Ali dan Melah diserikan dengan kehadiran 3 orang cahaya mata. Ali seorang buruh sementara Melah hanyalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Melah seorang ibu mithali dan seorang isteri yang patuh pada suaminya.
(Jalan cerita telah diolah oleh Cik Semut Senyum. Suka hati je kan,).


 Anggap je ni keluarga Ali pada tahun 1985


Ali mula merokok sejak berumur 13tahun.
Mengenali rokok dari kawan-kawan sekolahnya.
Ali sudah menjadi perokok tegar.
Sebelum makan, hisap rokok.
Selepas makan, hisap rokok.
Pagi, petang, malam, hisap rokok.
Setiap 15-20minit Ali akan hisap rokok.

Waktu di rumah juga, Ali tidak segan-segan menghisap rokok depan Melah dan anak-anak mereka.
Kini Ali sudah berusia 45tahun.
Anak pertamanya sudah berusia 26 tahun. Juga perokok tegar.
Anak keduanya sudah berusia 20 tahun. Juga perokok.
Anak ketiga mereka seorang perempuan berusia 18 tahun. Masih sekolah.

Melah pada usia 40 tahun


Isterinya Melah lima tahun lebih muda dari Ali.
Pada usia 40 tahun, Melah sering batuk-batuk yang berterusan.
Macam-macam ubat klinik telah dimakan.
Macam-macam ubatan tradisional telah ditelan.
Macam-mana petua telah diamalkan.
Batuknya tak juga sembuh berbulan-bulan.

Suatu hari, batuk Melah mengeluarkan darah.
Melah terlalu takut sehingga pengsan.
Ali dan anak-anaknya terkejut dan cepat-cepat bawa Melah ke hospital.
Melah dibawa ke wad kecemasan.

Paru-paru Melah.


Dipendekkan cerita.
Melah tidak dapat diselamatkan.
Doktor memaklumkan bahawa Melah sebenarnya menghidapi kanser paru-paru tahap 4. Paling bahaya.
Punca kanser adalah disebabkan oleh asap rokok.
Ali dan anak-anaknya terkejut.
Melah tidak pernah menyentuh rokok apatah lagi menghisapnya.
Kata doktor, asap rokok yand dihidu Melah disekelilingnya setiap hari telah merosakkan paru-paru Melah walaupun Melah bukan perokok.

Moral of the story :
# Kepada perokok-perokok, kalau nak hisap rokok jauh-jauhlah sikit daripada insan tersayang.
# Kepada ayah-ayah perokok, jangan laa hisap rokok depan anak-anak. Model yang tak sihat tu...
# Semua orang sedia maklum rokok tu membahayakan kesihatan, berusahalah untuk menjauhi, mengurangkan dan berhenti merokok.
# Membakar rokok bermakna membakar duit, membakar diri, membakar insan tersayang. Jangan jadi pembunuh atau membunuh.
# Sebelum merokok, ingatlah insan yang tersayang. Anda dan mereka saling memerlukan.
#Amalkan cara hidup sihat tanpa ROKOK.


Cik Semut : Saling menghormati hak orang lain.

Comments

  1. saya paling anti dengan bau rokok apatah lagi asap rokok..alhamdulillah keluarga saya bebas dari rokok..suami pun tak merokok..syukur sangat2..


    ngeri tengok paru2 tu..huhu

    btw saya pun dah update entri,jemput singgah ye..:-)

    ReplyDelete
  2. pergh kita mmg tak blh bau langsung asap rokok..

    alhamdulillah abah da berhenti merokok..dan abg otw nk stop..itu setelah masing2 rasa asyik tak sihat je..

    hikmah disebalik sakit..

    ReplyDelete
  3. Pernh isap tapi da berhenti sbb tekak takley time .. hahaha ..

    ReplyDelete
  4. kalau ada bau rokok, lisa mesti lari dari tempat tu. busuk, sakit hidung sangat. -_- kesian melah dalam cerita ni. walau dia tak merokok, still jadi mangsa :/

    ReplyDelete
  5. ayahku tak hisap rkok! haha..

    tak suka perokok! pkai pi myak wngi sekampit,tpi rse geli dgn mulut prokok.. berbauuuu!!

    ReplyDelete
  6. msti nama asal melah adalah minah kan?ahaha..ada y awk lupa nak tukar tu..

    betul2..bahaya rokok ni..org y hisap tu mmg dah imun..org y hidu asap tu la jd bahaya kat dia..

    ayah sr bukan perokok juga..:)

    ReplyDelete
  7. wahhh
    cam2 skali
    org lain isap rokok
    yg lain plak jd mangsa

    so..pls say no to
    ROKOK
    sygilah keluarga anda...
    hihi~~
    :D

    ReplyDelete
  8. membazir duit je beli rokok,, seb bek ku tak minat.. bhhaha.. bagus share nieh cik semut,, yang tersenyum.. :)

    ReplyDelete
  9. alah pada asap rokok.
    sukur family sy tak merokok.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.