Skip to main content

Ditegur orang yang tidak dikenali

Assalamualaikum rakan-rakan yang menjengah blog yang tidak seberapa ini..

Topik berkenalan dengan orang yang tidak dikenali. Apatah lagi dia seorang lelaki yang berjiwa kacau. Hal ni terjadi lebih kurang 5 tahun yang lalu.... waktu itu aku sedang tunggu kakak Leha untuk ambil aku di hentian bas depan hospital Kuantan. Pagi tu kami bercadang untuk ke kelas aerobik.

Sedang tunggu kakak Leha datang, aku hanya tercegat di situ menikmati suasana sekeliling... Otak tidak pernah berhenti berfikir tentang fenomena sekeliling aku. Hati memuji-muji kuasa Allah mencipta alam semesta. Seperti biasa akan ada taxi yang berhenti di situ sama ada menurunkan atau mengambil penumpang.

 **Gambar hiasan

Tiba-tiba seorang lelaki turun dari taxi itu. Dia berhenti memandang aku kemudian meneruskan langkah kakinya menuju ke arah pintu hospital. Lelaki itu berjalan terhincut-hincut. Sekejap-sekejap dia tertoleh kebelakang yang ku kira dia melihat ke arah aku. Aku makin gusar. Lelaki itu berhenti. Aku pula semakin berdebar. Tiba-tiba dia berjalan terhincut-hincut ke arah aku. Semakin kencang degupan jantung aku. Tapi cepat-cepat aku stabilkan diri supaya aku tidak tersalah anggap terhadap lelaki itu. Otak meningkah dengan menyatakan mungkin lelaki itu perlukan pertolongan aku. Tapi hati tidak bersetuju dengan pendapat otak. Hati dan otak memang selalu tidak sependapat.

Ini bukan kali pertama aku berseorangan. Sejak single aku memang kerap keluar seorang diri. Menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti sihat bersama kawan-kawan. Lagi pula, aku memang suka hidup berdikari sejak kecil lagi. Bukan time single je, sebab boyfriend aku sebelum tu pun memang tinggal jauh. Tak ada masalah kalau kemana hanya bersama diri aku ni saja. Tapi nak dijadikan topik entri hari ni, aku mengimbau kenangan tu. Waktu aku ditegur oleh seseorang yang tidak aku kenali yang berjiwa kacau.

Lelaki itu seorang tua, rambut beruban, bertopi lusuh,t-shirt kelabu berkolar, seluar slack hitam, kasut sandal lelaki.  Jalannya terhincut-hincut. Matanya sebelah normal, sebelah lagi kelabu mungkin buta. Di waktu usiaku itu, aku agak takut berhadapan dengan manusia yang jarang aku jumpa seperti dia. Tapi otak dan hati saling bekerjasama menenteramkan jiwa kacau aku. Kaki kukuh berpijak atas lantai kemanusiaan. Aku perlu hormat dia sebagai manusia ciptaan Allah.

Dipendekkan ceritanya, nanti panjang-panjang aku merapu pulak.. Lelaki itu bertubi-tubi menyoal aku. Dari mana? Mahu ke mana? Tunggu siapa? bla bla bla..... sehingga melahirkan rasa ketidakselesaan aku pada setiap pertanyaan dan setiap perilakunya yang cuba mendekati aku. Namun aku masih menghormatinya. Cuma aku berwaspada sambil menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Berdoa sesungguhnya dalam hati agar aku tidak diapa-apakan walau hari masih cerah siangnya, walau orang masih lalu lalang, walau kereta, motor, lori juga tidak lekang dari jalan raya depan mata.

Lelaki tua itu tiba-tiba menyanyi-nyanyi lagu-lagu lama... dia merenung aku. Dia senyum. Aku masih berdiri dan cubaan menstabilkan diri supaya tidak nampak terlalu kaku. Otak ligat berfikir langkah untuk aku jauh dari situ. Tapi ternyata hanya aku dan dia saja yang masih berdiri di situ bertemankan kenderaan pacuan empat roda dan dua membingit jalan raya. Kredit aku tinggal 1 sen saja. Apa harus aku buat? Apa yang aku masih ingat, dia bertanya nama aku. Aku mula khuatir. Berbaur takut. Aku menipu dengan memberitahu bahawa namaku Fifi. Ditanya nama penuhku. Ntah dari mana datangnya idea aku terus memberitahu nama ku Fifi Afida. Yea, aku menipu. Sambil ligat jari jemariku menaip sistem pesanan ringkas kepada seorang sahabat baik ku yg juga Active Five nombor handphone maxis. Masa tu nombor Active Five Maxis hanya RM0.01.

"Tolong call kak Leha, mintak dia ambil saya secepat mungkin. Ada lelaki borak-borak dengan saya. Saya sedikit takut. Last kredit". Message sent.



Lelaki itu bertanya aku berbintikan siapa. Lantas je aku jawab "Ibrahim". -Nama pegawai aku sebenarnya.
"Fifi Afida binti Ibrahim. Emh, cantik nama tu. Nanti saya akan buat satu puisi bertajuk Fifi Afida Ibrahim. Err....boleh bagi nombor telefon? "

Otak ligat membenarkan nombor telefon yang juga rekaan. Tapi belum sempat aku bagi nombor handphone palsu dia bersuara "awak jangan bagi nombor phone palsu. Saya akan call awak sekarang. Kalau handphone awak tak berbunyi siap awak!!!" Macam mana dia tahu niat aku, aku pun tak tahu.

Kawan Active Five aku tu terus call aku. Alamak! Terlupa pula aku nak bagi nombor kak Leha. Nasib baik nombor kak Leha ada dalam kepala otak aku. Waktu tengah bercakap dengan kawan aku tu, dia tanya keadaan aku. Alhamdulillah aku ok. Aku pun terus bagi nombor phone kak Leha supaya kawan aku dapat call kak Leha secepat mungkin. Tanpa aku sedari, lelaki tu dah simpan nombor phone Kak Leha. Alamak, dia dengar la pulak...dia kata dia akan call Kak Leha. Lagilah membuatkan aku rasa lelaki ini menakutkan. Tapi aku cuba bertenang. Kemudian, dia meminta nombor handphone aku. Aku dah jadi serba salah. Aku cuba melengah-lengahkan dia, bertanya itu ini padanya. Tapi dia terus mendesak aku. Mendesak mendapatkan nombor handphone aku. Otak ligat mencari helah, sehingga hati rasa takut dengan langkah kaki lelaki tua itu yang makin merapati aku. Aku terpaksa memberi juga atas arahan otak dan hati supaya kalau dia call, jangan pernah jawab. Biarkan dia simpan. Aku masih pura-pura stabil. Kemudian dia buat miss call. Tersenyum dia bila Nokia 3310 aku berbunyi.

Kak Leha masih belum sampai. Ntah berapa banyak puisi dia deklamasi depan aku. Ntah berapa banyak lagu-lagu lama dia dendang untuk aku, aku masih setia menunggu Kak Leha. Janji itu aku pegang kukuh. Ingin rasa mau naik taxi atau bas yang dah berpuluh kali berhenti, tapi risau akan menyusahkan lagi kak Leha yang dalam perjalanan mengambil aku. Aku nekad untuk bertahan saja. Kemudian lelaki pendesak itu menceritakan kisah dia bermata sebelah yang buta dan berkaki tempang. Aku setia mendengar. Dia kemalangan sebenarnya. Kemalangan itu juga meragut nyawa isterinya yang tercinta. Daripada ceritanya aku merasakan yang dia sangat mencintai isterinya. Dia seolah tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya telah tiada. Aku tiba-tiba tersentap bila katanya, wajah ku mirip arwah isterinya. Gulp! Aku kesian bercampur takut. Aku rasa dia memang punya masalah jiwa. Kak Leha pun sampai. Aku lega sekali. Terus naik kereta. Sepanjang perjalanan aku ceritakan hal itu kepada kak Leha. Sempat aku berpesan supaya kak Leha berjaga-jaga kalau lelaki tua itu cuba menelefon kak Leha. Sempat aku simpan nombor dia sewaktu miss call aku tadi. 'Hamba Allah'.

Keesokan harinya, Kak Leha ambil aku di rumah saja. Rupanya lelaki itu ada call Kak Leha jam 2.00 pagi. Terkejut Kak Leha. Nasib baik Kak Leha ingat pesan aku. Aku minta maaf juga atas kelalaian aku. Tapi kak Leha dah setel. Dia bagi suami dia bercakap dengan 'Hamba  Allah' tu. Suami Kak Leha menyamar menjadi polis. 'Hamba Allah' tu berjanji tak kan call Kak Leha lagi.

Selang seminggu macam tu, 'Hamba Allah' itu call. Aku tidak menyambut. Seperti yang aku jangka 'Hamba Allah' yang pendesak itu akan terus mendesak. Hampir 40kali dia call. Jiwa aku pun dah jadi kacau disebabkan call dia tu. Akhirnya aku mengalah. Aku tak bercakap. Cuma mendengar saja. Dia mendeklamasikan sebuah puisi bertajuk Fifi Afida Ibrahim seperti yang dia janjikan dulu. Manusia itu juga berpegang pada janji. Boleh tahan juga puisi dia tu. Setiap panggal huruf pada nama Fifi Afida Ibrahim itu, dia jadikan satu puisi yang indah. Aku kagum dengan kekuasaan Allah kurniakan padanya. Itu kali terakhir aku menjawab call dia.

Hari ini, setelah 5 tahun itu berlalu, aku mendapat panggilan dari nombor yang aku tidak kenali. Aku menjawab.
"Errr..boleh cakap dengan Fifi Afida binti Ibrahim?"
Aku sentap walau aku tidak lagi mengingati bunyi suara itu. Tapi yang pasti nama itu tidak akan aku lupakan.
"Tak de orang nama tu, encik ni silap nombor ni."
"Errr..er.... betul ke tak de? Errr..awak ni siapa?" dia cuba memulakan perkenalan dengan aku lagi untuk kali kedua.

A - Pilihan untuk mewujudkan satu watak lagi? Tapi ia akan berterusan.
B - Pilihan untuk berkeras mengatakan TIDAK dan ia akan berhenti di sini.


Otak memberi dua pilihan. Sudah pasti aku memilih B. Bersikap lebih tegas.

 "Errr... er... awak tengah buat apa tu?"

 "Encik ni siapa? Nak cari siapa sebenarnya? Orang yang encik cari tu tak ada kat sini!"


 "Errr... mintak maaf.. mintak maaf... ni... ni... kat mana ni...?"

 "Ini balai polis."

"Er...Errr... balai polis bahagian mana?"
banyak soal pula orang tua tu. Ini mula mendatangkan marah pada aku.

 "Encik ni siapa? Nak cari siapa sebenarnya? Orang yang encik cari tu tak ada kat sini.Tolong jangat buat kacau atau saya akan ambil tindakan atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam!!!"


 "Er... ok ok.. maaf. maaf." Tup! Talian dimatikan.
Aku lega.

Kenangan Fifi Afida binti Ibrahim bermain di tabir mata.
Aku tersenyum. Moga Allah memberkati hidup lelaki tua itu.


TERIMA KASIH SUDI BACA.
^___^

Comments

  1. wawa.... secret admire..
    sampai puisi bagai...
    jodoh kot =)

    ReplyDelete
  2. waa msih wujud peminat tu smpai skrg,...5 thun dh brlalu,...

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.