Skip to main content

Pasti Merindui Remy

Assalamualaikum...

19 Julai 2012
29 Syaaban 1433H
Satu malam sebelum Ramadhan.

Selagi ada waktu, 
                                       Selagi ada rindu.....

Bersyukur kerana kita masih bernafas di bumi Allah ini. Semalam, seisi keluarga duduk depan tv, dengan penuh teka-teki, dengan penuh debaran mendengar pengumuman puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.. Hati rasa sangat happy bila kita bakal menyambut Ramadhan... Bulan yang penuh dengan keistimewaan untuk umat Muhammad s.a.w. RAMADHAN AL-MUBARAK.

Selesai dengar pengumuman, macam-macam dalam fikiran. Nak masak apa esok? Berbuka pertama nak makan apa, adik beradik mana yang nak balik berbuka puasa sama-sama?, terbayang suasana kita satu family berkumpul di meja makan. Masak sama-sama, bertaktih pergi tarawih... niat nak tadarus sebulan... merancang itu ini.....

Di facebook, di tweeter, tidak ketinggalan di blog... semua berlumba-lumba mengucapkan Ahlan Waa Sahlan Yaa Ramadhan....Di office hari ni, banyak office buat port-luck... makan berjemaah menyambut Ramadhan. Ada buat tazkirah pagi menyambut dan meraikan Ramadhan di hari Jumaat yang mulia ini....Sana sini semua orang memperkatakan kedatangan Ramadhan.... Jelas ada sinar bahagia di mata mereka, jelas ada cahaya kegembiraan di wajah mereka.... 

Tapi, kita mungkin terlupa pada yang sedang bersedih hati...
Pagi tadi tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada seorang student aku, Azim. Dia terkejut dan aku bakal terkejut. Menggigil tubuh aku. Seorang student aku telah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Arwah bernama Muhammad Faiz Nor bin Mohd Fozi. Dia yang menaiki motosikal excident dengan lori. Innalillahiwainnailaihi raajiun.

Tinggal kenangan.

Faiz Nor yang lebih dikenali sebagai Remy. (Nama ni kawan-kawan dia yang bagi, aku tak pasti kenapa. Mungkin masa tu terlalu ramai orang bernama Faiz). Remy sangat baik budaknya. Sopan santun, tak banyak cakap, rajin membantu, rajin belajar dan salah seorang anak yang boleh diharap membantu keluarga. Suka menolong, tak suka menyusahkan orang lain. Salah seorang pelajar yang ringan membantu tanpa diminta. Dia Pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.


Teringat sewaktu adik-adik junior yang tertinggal bas dari Kampus Pekan nak ke Kampus Gambang, dia yang dari Beserah sanggup datang ke Pekan membantu. Sky, Nia, Aiza, Nani? kalau korang ingat abg korang ni. Tak banyak bercakap, tapi boleh diajak bergurau kan, Qila? Ana?
Dia yang rajin datang memberi sokongan setiap persembahan rakan-rakan seperjuangan. Rajin menceburkan diri bila kami tidak cukup orang membuat persembahan. Dia datang menyelesaikan kamu. Ingat lagi tak kamu, Ika, Aina, Putih, Fatin, Syaza? Amirul, Ika, Isz, Pa?

Berita pagi tadi betul-betul mengejutkan aku. Membuatkan aku masih lagi menggigil... Semua kenalan dia rasa amat-amat terkejut. Kehilangan dia amat-amat kami rasai... Seolah-olah tak percaya dia telah pergi. Membaca comments di facebooknya, membuatkan kami rasa dia masih wujud lagi. Rujuk akhbar Sinar Harian.

"Wahai Allah, 
Kau ampunilah Muhammad Faiz Nor bin Mohd Fozi, 
Naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, 
dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. 
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
Amin...amin Ya Rabb."

Kita tak tahu ajal maut kita. Usia bukan jaminan. Hari ini, esok, lusa atau entah bila-bila Allah dah tetapkan. Setiap tahun kita berdoa seperti hari ini moga ada kesempatan untuk kita berjumpa dengan Ramadhan berikutnya. Paling tidak pun diberi nafas untuk kita hidup bila membuka mata esoknya. Saat ini, betapa kita bersyukur atas nikmat kurniaanNYA. Syukur kita masih boleh memohon ampun atas segala dosa dan kekhilafan kita di muka bumi ini...

Muhammad Faiz Nor bin Mohd Fozi.
Allah lebih menyayangimu.

Aku pasti merinduinya.
Hilang lagi seorang yang baik di bumi Tuhan ini ~sky. 
Al-Fatihah..........



Comments

  1. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah,..

    ReplyDelete
  2. banyakkan bersabar ya.. semoga rohnya akan berada dalam kalangan orang yg beriman...:)

    ReplyDelete
  3. Sedihnya. Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  4. Al fatihah ,Semoga dia ditempatkan dikalangan para kesayangan Allah Swt.. CikOdah follow di sini ye

    ReplyDelete
  5. al fatihah..sedihnya..

    org y baik mmg cpt dijemput oleh Allah..semoga dia tenang di sana..

    ReplyDelete
  6. al fatiha..
    sesungguhnya tuhan lbh myayanginya,..

    salam ramadhan buat along

    ReplyDelete
  7. ajal maut kan kak. semua dia dah tentukan. :)

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah...

    selamat menyambut Ramadhan

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kalian yang mendoakan saudara seislam kita.

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah... smoga rohnya di tempatkan bersama orang2 beriman... lepak dan follow anda sekali...

    ReplyDelete
  11. salam....
    wp peristiwa ni dah lama berlalu, tp saya terharu baca cerita anda. saya rasa berbangga...rupa2nya ramai yang menyayangi dan menyenangi arwah. dia mmg anak yang baik. saya salah seorang insan yg berpeluang menatap wajahnya buat kali yg terakhir.... begitu tenang sekali wajahnya. alfatihah buat arwah...moga tenang di sana.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.