Skip to main content

Hotel Holiday Hatyai.

Assalamualailkum kawan-kawan semua... Sihat ke hari ni?

Okeh, aku nak sambung cerita 3 aku di negara orang iaitu : Thailand. 
Sila rujuk : Cerita 1
Sila rujuk : Cerita 2

Daripada Satun ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 2jam dengan menaiki Bas. Boleh tahan la.... Sampai saja di Hatyai waktu tu, hari dah malam. Jadi, kami terus check in di Holiday Hotel, Hatyai. Penumpang 4 buah bas semuanya menginap di situ. Aku pun usha-usha la harga. Lebih kuran RM60 untuk satu malam. Dah berbaloi tu untuk hotel 3/4*. Hotel kelihatan bersih. Cuma di sini tidak lagi menggunakan bahasa Melayu. Dah boleh mula speak English atau Thai yang mana fasih. ehheheh.

Sementara menunggu semua pelajar check in, aku pun massage dulu la.... Gambar.
Heeee...heheheee...

Kemudian, dah selesai semua. Kami pun naik lif masuk ke bilik masing-masing.

 Di depan pintu bilik. Tak sabar nak terbungkam ni. Melepaskan segala penat lelah di tilam yang empuk! 



Haa... ini lah rupa bentuk dalam bilik hotel ni. Simple je kan... ok lah tu. Nak tidur je pon... Nampak tak ada tag anak panah dalam gambar tu? Itu penanda kiblat. Ada....jadi, yang beragama Islam tak perlu risau.



Cuma satu bila anda di Bumi Thailand ni... di negara ini, semua suis adalah 2pin. Kalau yang 3pin macam dalam gambar ni pun, masih tak sama dengan Malaysia. Jadi, sebelum sampai ke tanah ini, pastikan kita beli charger atau soket yang 2 pin. Untuk kemudahan kita semua juga. Oleh kerana aku dan kawan-kawan tidak tahu, jadi kami terpaksa mencarinya di sini.

Happy reading!

Comments

  1. kelasss ko bercuti sampai ke sana!

    ReplyDelete
  2. Bile la u nk bwk I g hatyai 2 nnti...hehehe...( Mixer Rosak )

    ReplyDelete
  3. adaptor disediakan untuk plug 3 pin tapi selalunya hotel kat sana akan mintak 100 bath sebagai cagaran, akan di refund apabila kita pulangkan adaptor tu nnt.

    ReplyDelete
  4. smartnye biliknye.. x pnh lg pg hatyai ni..

    ReplyDelete
  5. NiniD ~ bukan bercuti.. urusan kerja sebenarnya...

    ReplyDelete
  6. the malay male ~ hotel tu tak ada. saya dah mintak dah.... tu yang terpaksa beli tu

    ReplyDelete
  7. BERT ~ bilik simple but nice... pergi la sekali... bajet tak besar ke sana.. bergantung la kalau kita nak shoping banyak mana

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.