Assalamualaikum kawan-kawan. Last post 24.12.2012. Memang sangat lama. Aku terlalu sibuk. Ni dah 23hari masuk tahun baru, baru aku nak post satu entry. Haiiyaaaa!!!! Tapi tak pe lah. Sekurang-kurangnya aku tak lupa aku ada blog ni... dan aku ada uolss yang sudi menjenguk aku. Terima kasih banyak2 lah ye...Kali ni pun tak mau sembang banyak. Nak tunaikan janji. Pasal ke Thailand tu lah... Kamu orang tengok je lah gambar ni ye....
Sebelum ke luar negara tu, tukar siap-siaplah duit tu ye.. Tak adalah nak buang masa bila dah sampai sana kan.... Aku tukar tak banyak. RM306 sahaja bersamaan 3,000baht.
Jadi, sebelum sampai ke pintu masuk tu, perlulah kita mengisi borang-borang ini dulu yea.
Memandangkan rombongan aku lalu ikut Perlis, sempatlah aku melepaskan rasa rindu menghirup udara di sawah padi di Negeri Perlis Indera Kayangan ini.
Akhirnya tibalah kami di Wang Kelian. Destinasi pertama kami adalah di Kampung Tammalang, Satun. Bila dah nampak signboard ni, lega rasa hati setelah lebih 18jam perjalanan kami dari Pahang. Macam-macam hal. Terutamanya pasport tamat tempoh. Terpaksa kami berhenti di Pejabat Imegresen Perlis untuk menyelesaikan masalah. Buat pasport tak susah, sehari dah siap. Bayar RM100 untuk tempoh masa 2 tahun. atau RM300 untuk tempoh 5 tahun. Lepas hantar borang, sila tunggu 1jam untuk dapatkan Buku Merah anda. Mana-mana negeri pun sama prosedur ni kot.
H
Hah, yang pendek itu aku lah tu. Bersama dengan Buku Merah aku.
Ini konsep Drive Thru untuk cop Buku Merah anda. Tak payah susah-susah nak jalan macam kami. Kami kena jalan kaki pasal, kami datang dengan 4 buah bas. Bas tak muat nak masuk. Bas kena guna laluan tanpa bumbung.
Ok, seperti biasa. Mari ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Ini ada satu cerita. Bila dah sampai kat sini, ramailah yang nak terkencing sebab lama benor duduk dalam bas. Sampai saja di sini, masing-masing pergi lah serbu tandas awam. Di perkarangan kawasan menuju ke tandas tu, bersih. Maksud aku kat situ tak ada sampah sarap pun. Tapi, bila jejak kaki dalam tandas, bukan kotor.....bukan.... bukan.... cuma, tandas mereka sangat menyeramkan. Pernah tengok filem seram Thailand? Hah! Rupe itulah dia! Tak ada touch-up apa2 pun! Sunyi, gelap...belakang bukit pula tu.. Aku tak tahu lah dorang sanggup buang air atau sanggup bertahan lagi.... heheheh. Ok, habis cerita part tu.
Disepanjang jalan, ada stalls yang menjual macam-macam makanan ringan. Murah-murah. Bantal, selimut, periuk-periuk, tikar, teddy bear...pun ada! Pun murah!
Tarrraaaa...!!! Ini contoh stall yang jual pelbagai kudapan. Banyak stall jual benda2 ni....
Waktu kami sampai tu, masih dalam waktu Asar. jadi terfikir juga macam mana nak solat. Jalan ke depan sikit, jumpalah masjid kecil ini... satu-satunya yang ada disitu. Apa lagi, ramai-ramai turun solat di situ. Alhamdulillah ada, daripada tak ada kan.
Sudah masuk Thailand. Pertama sekali jumpa sawah padi. Beras Siam ni...
Ok lah. aku terpaksa stop kat sini dulu. Insyaallah esok lusa, aku update entry baru pasal aktiviti aku kat sana. Okeh.... Take care kawan-kawan!
Ala comelnyer masjid tu hehe.. Pergh lama 18 jam tu.. Kalau jauh pakai darat mmg sy tak larat.. Mabuk huhu.. Tp teringin jugak nak pegi thailand
ReplyDeleteterima kasih eva. a'ah masjid tu kecik saja... kalau hitung ngam2 12jam saja. sakit pinggang pakai darat ni... heheheh.
ReplyDeletesalam..boleh x nak mintak no telefon saudari...kami akn buat lawatan ke thailand jugak insyaAllah
ReplyDelete