Skip to main content

2 Tangan, 10 Jari

ASSALAMUALAIKUM.


Fuuhh.... kesibukan bagai tsunami yang menghempas diri aku saat ini... chewah! berbunga-bunga ayat.Serius! Aku memang sibuk. Dengan program, dengan kerja hakiki... macam-macam lagi lah.
Ini belum students masuk lagi, kalau dah masuk lagi tak tau laa mcm mana keadaan aku.

Kerja di hujung jari.
Masuk office, buka PC... tup tap tup tap tup tap... check memo, appointment segala....
Tup tap tup tap tup tap.... menaip....
Tup tap tup tap tup tap... kriiinnnggg!!!! Telefon berbunyi. Ok aku tipu, sekarang bunyi handphone tak de nak kriiinnggg kriiinnngg dah .... segala macam lagu ikut kesukaan kita kan. Tapi kriinnnnggg tu dah cukup melambangkan bunyi telefon.... ok.
Bla...bla...bla.... pot pet pot pet, bercakap dgn orang di sana. Tup! Talian dimatikan.
Ok ade kerja. Perlu berhubung dengan students.
Ok, nak mudah, murah, cepat dan berkesan..... ok, bukak facebook.
Tup tap tup tap tup tap... menaip....
Tup tap tup tup tup tap... bersoal jawab dengan student...
Teneneettt,... teneenettt.... bunyi wassup masuk...
ok jari layan phone pulak...
tup tap tup tup tup tap.... zass...
tup tap tup tap tup tap...zasss....

Begitu lah roda kehidupan.

Sekeling aku urusan kerja.

Dulu pakai handphone cikai-cikai dah cukup..
Sekarang ni tak boleh, kena pakai smartphone.
Maklumat sampai dengan cepat dan pantas.
Itu je...

Full stop.

Tarik nafas... pejam mata.... lepakan perlahan-lahan.

Syukur Allah kasi 2 tangan, 10 jari.

Aku rasa kalau Allah bagi banyak-banyak tangan, banyak-banyak jari pun, 
belum tentu kita dapat selesaikan segala urusan kerja kita dengan cepat & pantas.

Syukur lah Allah kasi 2 tangan, 10 jari.
Sudah memadai.
Sudah cantik.

Itu pun rasa tak terkejar dengan semua macam benda.
Semua nak cepat.
Semua nak pantas...
Tak sedar masa berlalu dari pagi sampai ke petang.
Sekejap saja.

Hidup semakin singkat.
Moga kudrat 2 tangan, 10 jari 
Terus berbakti
ke jalan yang diredhai.

Comments

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.