Skip to main content

BUKTI ALLAH MENDENGAR DOA

ASSALAMUALAIKUM...

Salam Jumaat penuh baraqah.

Dalam kesibukan dan kepeningan aku bekerja... aku ambik sedikit masa rehat untuk taip 1 entry.. Sekarang aku sibuk dengan urusan kemasukkan pelajar-pelajar baru di tempat kerja aku. Office aku ni pun dah macam office dorang. Keluar masuk kesuka hati... tanpa dapat dihalang lagi.. gitewww...

GOOGLE JE...

Ok berbalik pada tajuk.
Aku ada impian aku sendiri. Aku ada kemahuan kita sendiri. Aku berusaha... Aku berdoa... pagi petang siang malam.... tak cukup dengan tu, aku bangkit mendirikan solat-solat sunat terutamanya solat hajat. Meminta Allah menunaikan kemahuan aku.

Aku terus berusaha dan berdoa....
Terus-terusan.... sehingga satu masa aku rasa kenapa aku masih belum dapat apa yang aku nak?
Kenapa Allah belum tunaikan???

Jangan menyalahkan Allah.
Perasaan dan fikiran begitu memang normal. Normal bagi kehidupan manusia. Allah kurniakan otak supaya kita berfikir. Suara-suara dalam diri mengiang-ngiang diminda... Jangan diikut suara-suara itu. Itu hanya bisikan syaitan yang turut berusaha menyesatkan aku. 

Aku pun terus berusaha dan terus berdoa. 
Tapi masih belum tertunai...

Aku pun terus berusaha dan berdoa. 
Sehingga sampai satu waktu aku rasa Allah tak mendengar pun doa aku pun. Astagfirullahaladzhim...
Itu hanya andaian jauh di sudut hati, walaupun aku sebenarnya pasti, Allah itu Maha Mendengar.

Suatu hari, aku diuji.
Berada di hutan.
Handphone dah habis bateri.
Esok perlu bangun seawal 4pagi.
Macam mana ni???
(Selalunya bergantung pada 'alarm handphone')

Seperti biasa, sebelum tidur, aku berwuduk.
Istigfar, syahadah, dan doa.
Doa saja....
menyerah sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada bantuan Allah
Moga Allah kejutkan aku tepat pada waktunya.

Alhamdulillah.
Esoknya,aku bangkit seperti waktu yang aku kehendaki.
Sebenarnya Allah sentiasa mendengar.
Allah Maha Mendengar.
Berbaik sangkalah pada Allah

Tak mengapa.
Aku mula audit diri ... mencari dimana kesilapan yang ada...
Aku lihat dalam diri, mungkin ada cela yang harus dibaiki.
Aku cerminkan diri, 
Upgrade segala yang ada.

***Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.
**Aku. Hamba paling kerdil yang sentiasa perlu sedar untuk perbaiki diri.

Comments

  1. aku pun selalu merungut, kenapa Allah tak bagi apa yang aku nak, padahal Dia kata mintak je apapun kat Dia...

    hurm...tapi leka, padahal Dia yang bagi nafas sampai harini, masih tak bersyukur..

    ReplyDelete
  2. Biasalah.. kita pun manusia.. Bersyukur kerana kita masih ingat dia...
    Subhanallah...

    ReplyDelete
  3. kadang selalu jugak merungut. kenapa itu, kenapa ini. tak habis2 merungut. tapi sebenarnya sy buta. Allah dah bagi macam2, tapi diri sendiri asyik merungut je. jahil betul rasanya. sy cuba tanam dalam diri, macam mana Allah nak bagi itu ini kalau kau sendiri belum cukup usahanya ke arah itu. kadang apa yang kita nak tak dapat, tapi Dia bagi kita benda lain. ada sebabnya mengapa Dia buat macam tu. cuma kita manusia yang tak pernah berhenti mengeluh. my bad..

    ReplyDelete
  4. Nice sharing :)

    Jangan lupa join segmen ABM juge
    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-merdeka-hari-malaysia.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Hadiah & Perempuan

Assalamualaikum... Bloggers AND Readers sekalian... Macam mana semangat hari ke-3 di tahun baru ni... Moga semuanya sihat dan ceria.. Interframe sikit kat sini. Perempuan & Hadiah. Cik Semut rasa perempuan dan hadiah memang tak dapat dipisahkan. Saling mencintai.. chewah! Dengan kata mudah. Perempuan memang suka dapat hadiah... Betul tak? Tak kisah dari siapa pun.... Mak ayah? Kekasih hati? Kawan-kawan? Betul tak? Tunggu je birthday, anniversary, hari kenduri kahwin.... Perempuan memang teruja nak buka hadiah kan... sila ke blog Henchik Hensyem yang suka bagi hadiah Tapi Lelaki?? Cool je... mungkin dalam hati excited tapi ego, so cover lah sikit kan... Atau lelaki lebih suka memberi hadiah, dan melihat penerima hadiah tersenyum sampai ke telinga? Mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki? Cik Semut teka saja... Tak dapat nak tafsir hati lelaki ni.... ..minta lelaki lah yang jawab persoalan ini ye, Sebenarnya Cik Semut nak minta panda