Assalamualaikum..
Saja-saja aku online, google gambar-gambar style rambut. Tetiba terjumpa gambar-gambar gaya rambut untuk budak-budak & remaja perempuan. Rasa seronok laa pula.. ni kalau ada anak perempuan ni, memang aku bela rambut panjang sikit supaya boleh buat pelbagai style.
Ok. ni antara gaya rambut yang aku paling minat. Simple, cute n very nice!!! Jom tengok cara buatnya kat bawah ni. |
Ok. ini antara yang aku minat jugak ni.... |
Macam-macam gaya kreatif kan... Subhanallah.... seronok tengok. Tinggal nak buat je ni haa.. tengah fikir siapa boleh jadi mangsa aku untuk aku cuba style rambut-rambut ni. hehehe. Aku dah 3 tahun berumahtangga, tapi aku dan suami masih berusaha gigih lagi, dan tak jemu berdoa.. Pasti ada hikmah kenapa lambat kan.. Allah lebih tahu.
Daripada Aisyah r.a., daripada Rasullullah s.a.w baginda telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka"
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi)
tgk gaya2 rambut ni... memang menarik...
ReplyDeletetapi hati diruntun sebak gak bila baca part last sis..
Sabar yea sis...
Mungkin ada hikmahnya rezeki yg tertunda..
Kakak saya pun tunggu dekat 8 tahun..
Baru dapat..
Insya-Allah, akan ada rezeki buat sis.. :)